Nuffnang

Ahad, 30 Disember 2012

Azhar Sulaiman - Google Blog Search

Azhar Sulaiman - Google Blog Search


<b>Azhar Sulaiman</b>: Umno Dituduh Murtad, Saya Jadi Panas!

Posted: 23 Nov 2012 04:00 AM PST

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 23 NOV 2012: Pelakon kacak, Azhar Sulaiman akui berang serta membangkang kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laporan akhbar Utusan, Ahad lalu yang melabelkan Umno sebagai parti murtad.

Ketidakpuasan hatinya itu diluahkan di dalam status akaun Facebook milik Azhar Sulaiman sendiri semalam dengan cara sindirin selepas mengaku dirinya kini sudah murtad kerana merupakan ahli UMNO.

Azhar Sulaiman berkata kenyataannya itu ringkas untuk difahami supaya status murtad tidak sewenang-wenangnya dilabelkan begitu sahaja kepada sesetengah pihak.

"Pada usia saya yang sebegini, saya tidak pernah terlibat di dalam politik secara serius walaupun saya sendiri merupakan ahli Umno, namun bila Nik Aziz mendakwa semua ahli UMNO adalah murtad saya jadi panas!

"Jadi saya menulis di status saya secara sindirin yang agak nakal tetapi ringkas dan straight to the point untuk difahami. Malah saya sengaja menjadi pencetus kepada dakwaan Nik Aziz itu supaya semua pihak membuka minda memikirkannya.

"Mengapa begitu mudah dia (Nik Aziz) menghakimi orang (UMNO) sebegitu rupa? Padahal siapa pun kita, sebagai seorang Islam kita menyembah Tuhan yang sama," jelasnya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Dalam statuts akaun Facebook Azhar menulis " Assalamualaikum ustaz... Saya ni sebenarnya sudah murtad sebab saya ahli UMNO dan penyokong kerajaan Barisan Nasional... jadi macam mana untuk saya pulang ke semula kepangkuan agama Islam... Harap bantu..Tq"

Status atau kenyataan Azhar itu bagaimanapun telah mengundang rasa tidak senang oleh beberapa pihak yang merasakan dia cuba untuk memesongkan akidah serta memecah belahkan orang Islam.

Namun Azhar memberitahu, sepatutnya isu murtad sebenarnya yang berlaku dalam realiti umat Islam sekarang perlu diambil berat, berbanding menggunakan kepentingan agama di dalam politik semata-mata.

"Saya sedar ketika saya menulis status tersebut di facebook dan selepas itu saya pun mengucap dua kalimah syahadah. Jatuhnya murtad saya atau tidak itu antara saya dan Allah.

"Mungkin mereka yang memberi komen begitu prihatin kepada saya supaya seorang kaum seagamanya ini tidak tidak terkeluar daripada agama Islam. Namun apa pula ceritanya dengan sejumlah umat Islam yang sudah memohon untuk ditukarkan agama? Adakah mereka sedar?

"Mungkin mereka sudah terbuai dengan kata-kata Nurul Izzah (Naib Presiden PKR) yang mengatakan Melayu sepatutnya bebas beragama. Apa itu? Ia telah melemahkan orang Islam begitu sahaja," luahnya lagi.

Dalam pada itu, Azhar berharap sesetengah pihak tidak menganggap isu yang dibangkitkan itu hanya untuk meraih publisiti murahan memandangkan dia seorang selebriti yang dikenali ramai.

"Saya bukan mahu meraih apa-apa populariti atau publisiti apa yang saya tulis itu saya maksudkan dan harap isu murtad ini mendapat prihatin lebih ramai pihak dan diselesaikan secara baik," tambahnya lagi.

Mengenai perkembangan terbaru Azhar, dia kini baru sahaja memulakan penggambaran drama bersiri 26 episod untuk RTM1 bersama pelakon Intan Ladyana, Norman Hakim dan ramai lagi.

Yuna - Google Blog Search

Yuna - Google Blog Search


AOA&#39;s <b>Yuna</b> celebrates her birthday

Posted: 30 Dec 2012 12:33 PM PST

Rookie group AOA's Yuna recently celebrated the big 2-1, marking an important day for the girl group member.

"Hello this is Yuna♥" she posted on her Twitter, along with a photo of her holding a celebratory birthday cake in the shape of a heart and emblazoned with her name. "Today is my 21st birthday!! Thank you so much to everyone who congratulated me, I shared this pretty cake with our members♥ I'm so happy on this very special day."

Happy birthday, Yuna!


'); script.type = 'text/javascript'; script.src = 'http://widget.crowdignite.com/widgets/25307?_ci_wid=_CI_widget_'+_CI.counter; script.async = true; ref.parentNode.insertBefore(script, ref); })();

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


<b>Alyah</b> Tak Hargai Komposer Lagu “Kisah Hati”? | OHBULAN!

Posted: 18 Dec 2012 07:19 PM PST


Kecoh sebentar dengan isu pertelingkahan di laman Twitter diantara dua orang pereka fesyen dan juga Alyah baru-baru ini. Puncanya apabila Alyah dikatakan sengaja tidak memakai baju yang ditaja dan dianggap tidak menghargai jasa mereka. Namun, Alyah telah menjelaskan bahawa baju yang ditaja mengalami masalah dan tidak boleh digunakan.

Terbaru, terdengar pula desas-desus mengatakan, selepas Alyah memenangi anugerah 'Lagu Terbaik' di Anugerah Planet Muzik (APM) 2012 yang berlangsung baru-baru ini di Singapura, dia dikatakan tidak sedikit pun mengucapkan terima kasih kepada komposer asal, iaitu Adi (Sixth Sense), apatah lagi selepas 3 hari anugerah berakhir.

Semalam, OHBULAN! berjaya menemui Adi untuk mendapatkan kepastian daripadanya samada betulkah perkara ini berlaku ataupun Alyah sudah menghubunginya.

"Tak ada. Mungkin nanti dia akan bagitahu kemudian kot sebab masa Anugerah Juara Lagu dulu pun dia bagi tahu lambat," ujar Adi mengaku Alyah masih belum menghubunginya selepas 3 hari anugerah tersebut tamat.

Komposer dan vokalis kumpulan Sixth Sense ini walau bagaimana pun hanya merendah diri dan tidak kisah samada Alyah mengucapkan terima kasih kepadanya ataupun tidak.

"Bagi saya, asalkan lagu itu dah menang lagu terbaik kira bagus untuk saya sebenarnya. Kalau Alyah tak 'wish' dekat saya, saya tak kisah pun," tambah Adi lagi.

Dalam pada itu, Adi yang telah mencipta lagu untuk Alyah dan juga lagu "Muara Hati" nyanyian Hafiz dan Datuk Siti Nurhaliza, kini, sedang merancang untuk mencipta lagu yang bakal dinyanyikan Noryn Aziz. Menurutnya, lagu yang akan dicipta selepas ini akan mempunyai unsur ketuhanan.

Along Eyzendy - Google Blog Search

Along Eyzendy - Google Blog Search


.: Filem Longkai ( Kelab E46 )

Posted:

Antara pelakon-pelakon yang menjayakan filem ni adalah Faizal Hussein, Erra Fazira, Niezam Zaidi, Wawa Zainal, Dira Abu Zahar, Along Eyzendy, Mikael Andre, Zul Suphiaan, Eddy Rauf, Black Mentor dan ramai lagi.

Fouziah Gous - Google Blog Search

Fouziah Gous - Google Blog Search


<b>Fouziah Gous</b> Nafi Sudah Berkahwin Dengan VVIP | OHBULAN!

Posted: 16 Dec 2012 04:05 PM PST


Pelakon cantik, Fouziah Gous menafikan bahawa dia sudah pun berkahwin dengan seorang VVIP sebagaimana yang dihebohkan oleh beberapa pihak.

Ketika ditemui di lokasi pengambaran filem seram, "Sunti@Facebook" baru-baru ini, Fouziah Gous cukup terkejut dan kesal apabila ada pihak yang sengaja menimbulkan isu sensitif seperti ini.

"Bagi saya, isu ini sengaja diwujudkan. Mungkin saya tidak ada gosip untuk diketengahkan, jadi timbul isu mengatakan saya kahwin secara senyap. Kalau saya nak kahwin pun, saya akan pastikan perkara baik seperti ini diketahui ramai dan tidak perlu dirahsiakan," ujarnya dengan tegas.

Jelas Fouziah lagi, dia seboleh-bolehnya tidak mahu memperbesarkan isu berkenaan tetapi sangat berharap agar pihak berkenaan memeriksa terlebih dahulu kesahihan fakta atau mungkin bertanyakan kepada dirinya dahulu.

"Bagi yang membuat gosip ini, sila kemukakan bukti yang mengatakan saya sudah pun berkahwin, tak perlu cakap tanpa bukti. Apa motifnya saya nak kahwin sorok-sorok? Saya rasa kelakar tentang perkara ini dan saya tidak ambil serius, lainlah kalau perkara itu betul-betul berlaku," ujarnya lagi.

Menurutnya, dia memang mahu melangkah ke alam perkahwina namun masih belum menemui jodoh yang sesuai lagi buat masa ini.

"Hati saya memang nak kahwin tetapi tiada jodoh lagi. Saya seorang yang memilih dan semestinya saya nak pilih yang terbaik untuk hidup saya. Lagi pun saya bukan jenis yang mudah jatuh cinta," jelasnya lagi.

Terbaru, Fouziah Gous sedang menjalani sesi penggambaran filem seram "Sunti@Facebook" dan memegang watak Sunti, sorang gadis kampung yang telah dirogol oleh kumpulan remaja lelaki yang dikenalinya. Sunti muncul setelah dua tahun menghilangkan diri untuk membalas dendam kepada kumpulan remaja lelaki yang telah merogolnya melalui laman sosial 'Facebook'.

Filem arahan James dan diterbitkan oleh Nusantara Seni Karya (NSK) ini akan turut dibintangi oleh pelakon lain seperti Izzue Islam, Lufya Omar, Jenny Cotez, Anas Mentor, dan juga Syazwan Zulkifli. Filem ini bakal menemui penonton pada pertengahan tahun 2013.

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


Fashion Corner with <b>Zizan Razak</b> | Trendsetter Online - KL SOGO

Posted: 19 Dec 2012 06:39 PM PST

December, 2012

Zizan Razak's fashion style is all about hip hop, simple with ease! As a fashion trendsetter, he prefers simple outfits for others to copy! Zizan was spotted by Trendsetter Online team during EH! 20 Yang Anggun & Disenangi 2012 event at The Pool, Ampang.

Take a look at other celebrities on
1) www.klsogo.com.my
2) www.trendsetter.com.my
3) www.facebook.com/klsogo
4) www.twitter.com/klsogo
5) www.youtube.com/klsogo

Maya Karin - Google Blog Search

Maya Karin - Google Blog Search


<b>Maya Karin</b> Terharu Cikgu Keluarkan Duit, Belanja Anak Murid <b>...</b>

Posted: 10 Dec 2012 04:05 PM PST


Semalam, berlangsungnya tayangan filem Lagenda Budak Setan 2 di panggung wayang TGV, Wangsa Walk. Apa yang menarik disini, tayangan filem ini telah diadakan khas untuk 600 orang pelajar yang baru menamatkan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan ditaja sepenuhnya oleh cikgu, Encik Venkateswaran.

Tujuan Encik Venkateswaran adalah untuk menggalakkan pelajarnya menonton dan menyokong filem-filem Melayu. Tayangan filem ini turut dihadiri oleh salah seorang aktress popular yang turut terlibat dalam filem LBS2 iaitu Maya Karin.

"Saya sangat terharu yang cikgu sanggup keluarkan duit dan belanja untuk anak murid dan sokong filem lakonan saya. Masa sekolah saya tak pernah dapat pengalaman macam ini," luah Maya.

Bukan kali pertama, Encik Venkateswaran juga pernah menganjurkan program yang sama ketika filem 'Ombak Rindu' dipawagam. Namun, pelakon yang hadir pada waktu itu adalah Lisa Surihani dan kini telah pun bergelar isteri kepada Yusry KRU.

"Saya mahu buat macam ini lagi selepas ini," ujar Maya merujuk pada tayangan filem lakonannya untuk pelajar lepasan SPM.

Dalam pada itu, Maya ketika ditanya mengenai percutiannya di Nepal turut berkongsi sedikit pengalaman ketika mendaki gunung disana. Dia menjelaskan, ketika berada disana, tidak pernah muncul masalah untuk menunaikan kewajipan agama.

"Senang saja, kalau di tempat yang susah dan tak ada tempat selesa, kita boleh sembahyang dimana-mana. Tak perlu pakai telekung pun tak apa, yang penting menutup aurat," jelasnya

Maya juga memberitahu sepanjang berada disana, dia hanya mengamalkan pemakanan sayur-sayuran sahaja. Pelakon berusia 33 tahun ini bakal muncul dengan filem terbarunya iaitu Lagenda Budak Setan 3 dan juga Jwanita.