Nuffnang

Jumaat, 1 Mac 2013

Akim - Google Blog Search

Akim - Google Blog Search


<b>Akim</b> & Zura Part II « 2612

Posted: 07 Feb 2013 02:49 AM PST

Hakim & Zura

Hakim & Zura

Hakim & Zura

hakim & zura

Coming Soon…. =)

Fahrin Ahmad - Google Blog Search

Fahrin Ahmad - Google Blog Search


<b>Fahrin Ahmad</b> Jadi Penyanyi

Posted: 16 Feb 2013 02:06 AM PST

KEKOK dan bagai tidak percaya. Itulah yang terlintas dalam fikiran aktor Fahrin Ahmad apabila mendengar lagu berjudul Siapa Ingin Membawa dendangannya sendiri buat pertama kali.Lagu ciptaan Hafiz Hamidun dan lirik oleh Fetri Yahya itu merupakan lagu runut bunyi untuk drama bersiri terbaharu di slot Akasia TV3, Rindu Bertamu di Abu Dhabi lakonan Fahrin bersama pelakon Tasha Shila, Fouziah Gous, Shahrizal Jaszle dan Aiman Hakim Ridza.

Menurut Fahrin yang ditemui pada majlis pelancaran drama itu di Kuala Lumpur baru-baru ini, dia bukan sengaja untuk menjadi penyanyi kerana semua berlaku tidak dirancang."Semuanya bermula dengan gurauan apabila saya kata boleh cuba untuk menyanyi tetapi kena buat betul-betul dan lagu harus sesuai dengan tahap vokal saya.

"Penerbit drama ini terus minta lagu dan suruh saya menyanyi lagu ini. Semuanya berjalan dengan pantas kerana proses rakaman mengambil masa selama tiga hari sahaja," kata Fahrin.Tidak mengikuti sebarang kelas vokal mahupun mempunyai pengalaman menyanyi secara langsung di hadapan khalayak, Fahrin sendiri berasa sungguh lucu apabila dia ditebak dengan persoalan adakah dia kini mahu jadi penyanyi?
"Sebenarnya saya sendiri berasa kelakar sebab selama 10 tahun menjadi pelakon, ini kali pertama kali saya menyanyi. Sebelum ini saya menyanyi di karaoke untuk suka-suka sahaja, tidak pernah pun masuk studio rakaman sebelum merakam lagu untuk drama ini."Bagi saya, nyanyian adalah satu cabang yang baharu kerana sebelum ini saya telah menjadi pengacara, jadi apa salahnya untuk mencuba," ujarnya.
Tambah Fahrin, meskipun sudah memiliki sebuah single, dia belum terfikir untuk menjadikan nyanyian sebahagian daripada kerjaya utamanya."Nyanyian sekadar kerjaya sampingan sahaja. Saya lihat dulu respons peminat terhadap lagu pertama ini, jika ada sambutan bolehlah diteruskan.
"Jika tidak ada sambutan, inilah lagu pertama dan terakhir saya (ketawa). Saya bukan ikut trend pelakon jadi penyanyi, tetapi hanya sahut cabaran yang diberikan kepada saya," tuturnya.Bercerita mengenai pengalamannya di studio rakaman membuatkan Fahrin sedar bahawa menjadi penyanyi bukan satu perkara yang mudah.
"Selepas saya melalui sendiri pengalaman merakam lagu, baru saya sedar bahawa nyanyian bukan mudah. Sekarang saya lebih menghargai penyanyi."Menyanyi perlukan latihan, tidak mustahil jika saya diberi masa yang lebih lama, mungkin saya boleh menyampaikan lagu ini dengan lebih baik.
"Bagaimanapun, saya menyedari diri ini boleh menyanyi tetapi bukanlah penyanyi yang baik. Jika lagu ini diterima peminat, saya sudah cukup bersyukur," balasnya.
Berbicara tentang drama bersiri Rindu Bertamu di Abu Dhabi yang menggantikan drama bersiri popular, Setia Hujung Nyawa, Fahrin yakin drama lakonannya itu mampu menarik perhatian peminat."Drama ini cukup menarik jalan ceritanya kerana naskhahnya berdiri dengan sendiri. Drama Setia Hujung Nyawa mempunyai ramai pengikut mungkin kerana cerita daripada sebuah novel popular.
"Saya berharap drama Rindu di Abu Dhabi akan mengatasi drama Setia Hujung Nyawa. Gementar juga kerana saya dengar rating drama itu sangat tinggi," ungkapnya.Bercakap tentang pengalamannya sepanjang sebulan menjalani penggambaran drama di Abu Dhabi, kata Fahrin, pada mulanya sukar untuk menyesuaikan diri.
Namun, keramahan rakyat Malaysia di sana melayan semua kru dan pelakon menyebabkan mereka merasa seperti berada di tanah air sendiri."Abu Dhabi memang tempat yang cantik untuk bercuti tetapi kalau sudah hampir sebulan duduk di sana tetap rindu nak balik Malaysia. Nasib kami baik, di sana ramai rakyat Malaysia, jadi tidaklah rasa janggal sangat," terangnya.
Drama bersiri 28 episod terbitan Zeel Production yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis mulai 11 Februari lalu itu mengisahkan tentang Firdaus (Fahrin) yang membawa diri ke Abu Dhabi kerana difitnah.Angkara fitnah tersebut, Firdaus terpaksa memutuskan pertunangan dengan Fatin (Fouziah Gous) dan berkahwin dengan Ain Farohah (Tasha Shila).-kosmo

Azlan & The Typewriter - Google Blog Search

Azlan &amp; The Typewriter - Google Blog Search


<b>Azlan & The Typewriter</b> - Tanda Tanya | InfoTaip

Posted: 12 Oct 2012 08:16 AM PDT

Single terbaru kumpulan Azlan & The Typewriter   
  Lirik Lagu Azlan & The Typewriter - Tanda Tanya
Melangkah di lorong tak bernama
Bersandar di taman kata
Matahari bertukar arahnya
Bergetar seluruh jiwa
Terbayangkan kesunyian
Walau tergantung tanda tanya

(korus)
Kau adalah misteri yang bernyawa
Melihat, mendengar dan kau menghidup juga
Kau seperti wangian sanubari
Dapat menghapuskan inderaku

Kata hati semakin berputar
Mengikutkan arah masa
Melintasi lopak di landasan
Mengukir satu makna
Ada lagi seribu jawapan
Yang tersangkut di fikiran
Walau bercampur tanda tanya

(ulang korus)

Tak pernahku aku berlari
Menembusi saat indah sejauh ini
Tak terhitung tidak terganti
Waktu ku lewati sampai akhir nanti

Biarkan saja mereka kan lupakan jawapan
Tapi yang pasti tetap teguh menanti
Mencari rahsia ini

(ulang korus)

Percikkanlah semangat mimpi-mimpiku
Engkau dan aku tetap terus bersama
Untuk menghiasi warna
Jelaskanlah segalanya

shahir af - Google Blog Search

shahir af - Google Blog Search


IamLiniey When I&#39;m Typing : Lirik Lagu Aku Yang Berdosa-<b>Shahir AF</b> 8

Posted: 21 Sep 2012 09:39 PM PDT


Sejauh mana
Langkah ku di sana
Aku melupakan Mu

Seluas mana
Kau beri padaku
Masih ku angkuh pada-Mu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah
Apa yang bisa
Tebus kepada-Mu
Atas dosaku

Ya Allah
Hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu

Alif Satar - Google Blog Search

Alif Satar - Google Blog Search


Shahril Haikal Story : <b>Alif Satar</b> - Pendusta

Posted: 17 Feb 2013 01:18 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Alif Satar - Pendusta. Posted by Shahril Haikal Story at 01:18 ... Blog Archive. ▽ 2013 (5). ▽ February (1). Alif Satar - Pendusta. ▻ January (4). ▻ 2012 (5). ▻ November (2). ▻ October (2). ▻ September (1). Ieda Gafimmers ...

kumpulan Fabulous Cats - Google Blog Search

kumpulan Fabulous Cats - Google Blog Search


Farhana Tinggalkan The <b>Fabulous Cats</b>

Posted: 24 Apr 2009 06:07 PM PDT

Bagaikan satu sumpahan, setiap ahli wanita yang menyertai kumpulan The Fabulous Cats pasti tidak akan bertahan lama. Mungkin tiada keserasian atau ahli-ahli lelaki kumpulan ini sering membuli?

Apapun alasannya, ketua kumpulan ini, Cat Farish pernah mengeluarkan kenyataan bahawa semua ahli wanita itu menarik diri kerana ada komitmen lain. Bukan kerana tiada keserasian atau perselisihan faham.

Kali ini, giliran Farhana pula meninggalkan The Fabulous Cats. Kenyataan ini dikeluarkan oleh syarikat rakaman Metadome Sdn. Bhd berkuat kuasa serta-merta.

Walaupun begitu, segala aktiviti promosi, persembahan, sidang media, temubual bersama media cetak dan eletronik bersama The Fabulous Cats tetap berjalan seperti biasa. Setiap persembahan yang akan diadakan nanti hanya akan disertai oleh Cat Farish, Wangi dan Adeep.

Menurut Farhana, tindakannya keluar daripada kumpulan itu adalah untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap bidang yang ingin diceburinya iaitu bidang peragaan, perniagaan, pengacaraan di samping menyanyi.

Cat Farish pula memberitahu yang dia berasa sedih dengan pengunduran Farhana.

"Segala aktiviti yang telah dirancang oleh pihak pengurusan akan berjalan seperti biasa. Ia tidak mematahkan semangat kami, kami akan terus berjuang di dalam industri ini malah kami amat teruja dan tidak sabar untuk menembusi pasaran Indonesia", ujar Cat apabila diminta mengulas tentang pengunduran Farhana.

-Gua

Tag:

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Azhan Rani - Google Blog Search

Azhan Rani - Google Blog Search


PELAKON <b>AZHAN RANI</b> DIKENALI KERANA WATAK JAHAT <b>...</b>

Posted: 27 Feb 2013 12:41 AM PST

Mencari Kerja Sambilan (Part Time) Di Rumah? Klik Sini!
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

PETALING JAYA: Pelakon Azhan Rani bersyukur diberikan banyak watak jahat kerana perkara itu membuatkan dirinya lebih dikenali.

Azhan mengakui, sejak berkecimpung dalam dunia lakonan pada tahun 2006, dia kurang didedahkan kepada publisiti media tetapi gembira setiap kerja lakonannya berjaya meninggalkan kesan kepada penonton.

"Alhamdullilah, selama lima tahun bergelar pelakon, saya tak pernah mengharapkan publisiti.

"Apa yang saya lakukan hanya berlakon sebanyak yang mungkin dan diakui saya mula dikenali kerana watak-watak jahat yang saya lakonkan," katanya.

Tambah Azhan dia tidak kisah jika tidak ramai pihak media yang memberikan publisiti kerana dengan cara itu lebih mudah untuknya melihat sejauh manakah tarikan lakonannya terhadap penonton.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Dalam pada itu, menceritakan mengenai kekerapannya yang membawa watak jahat termasuklah drama Amukan Pocong yang sedang disiarkan di TV3, adakalanya dia tidak faham dengan pilihan penerbit yang sering menawarkannya watak antagonis.

"Saya percaya, pastinya ada yang bosan dengan lakonan saya yang jahat itu. Tetapi, mahu atau tidak, kerjaya lakonan adalah punca rezeki saya dan apabila ditawarkan sesebuah watak, saya perlu menerimanya sebagai pendapatan tetap.

"Bagaimanapun, saya gembira kerana keterbukaan stesen televisyen pada masa kini memberikan peluang kepada saya untuk meneroka watak-watak lain, kalau tidak, asalkan watak jahat sahaja, mesti muka saya," selorohnya.

Mengenai perkembangan terbaru, Azhan akan memulakan penggambaran dalam masa terdekat ini bagi filem terbitan KL Zombie, terbitan Grand Brilliance dan Cinta Dalam Hati(RTM).

Incoming search terms: