Nuffnang

Sabtu, 2 Mac 2013

Azlan & The Typewriter - Google Blog Search

Azlan & The Typewriter - Google Blog Search


Lirik | Kord Gitar | Video Klip | Tanda Tanya By <b>Azlan & The Typewriter</b>

Posted: 29 Dec 2012 06:00 PM PST

Lirik & Kord Gitar Tanda Tanya – Azlan & The Typewriter | Lagu yang mempunyai arrangement bass yang menarik. Sedap di dengar.

Kord gitar untuk lagu ini akan dimasukkan kemudian. Sementara ini layan dahulu video dan lirik yang disertakan :)

Lirik | Kord Gitar | Video Klip | Tanda Tanya Azlan & The Typewriter

Tanda Tanya – Azlan & The Typewriter

Melangkah di lorong tak bernama
Bersandar di papan tanda
Matahari bertukar arahnya
Bergetar seluruh jiwa
Terbayangkan kesunyian
Walau tergantung tanda tanya

Chorus
Kau adalah misteri yang bernyawa
Melihat mendengar dan kau menghidup cinta
Kau seperti wangian sanubari
Dapat menghapuskan indera

Kata hati semakin berputar
Mengikutkan arah masa
Melintasi lopak di landasan
Mengukir satu makna
Ada lagi seribu jawapan
Yang tersangkut di fikiran
Walau bercampur tanda tanya

Ulang Chorus

Tak pernah ku
Aku berlari
Menembusi saat indah sejauh ini
Tak terhitung tidak terganti
Waktu ku lewati sampai akhir nanti

Biarkan saja mereka kan lupakan jawapan
Tapi yang pasti tetap teguh menanti
Mencari rahsia ini

Ulang Chorus

Bangkitkanlah semangat mimpi-mimpiku
Engkau dan aku tetap terus bersama
Untuk menghiasi warna
Jelaskanlah segalanya

Incoming search terms:

  • tanda tanya chord (73)
  • azlan and the typewriter tanda tanya chord (43)
  • kord gitar tanda tanya (39)
  • kord gitar tanda tanya azlan (39)
  • tanda tanya azlan chord (29)
  • tanda tanya azlan and the typewriter chord (20)
  • kord lagu tanda tanya (16)
  • kord gitar lagu tanda tanya (16)
  • tanda tanya chord azlan (16)
  • tanda tanya kord (14)

Shila Amzah - Google Blog Search

Shila Amzah - Google Blog Search


Takkan Benarkan Diri Dirisik – <b>Shila Amzah</b> | OHBULAN!

Posted: 26 Feb 2013 04:30 PM PST

Shila AmzahSelepas melalui kontroversi hangat, bukan mudah untuk berlagak biasa dan menganggap seperti tiada apa yang berlaku.

Namun, Shila Amzah tetap mampu tersenyum dan menjawab segala pertanyaan yang diberikan media. Ditanya tentang isunya berkenaan Sharnaaz Ahmad, penyanyi ini dalam kenyataannya hari ini memberitahu bahawa dia tidak mahu membenarkan dirinya dirisik lagi buat masa ini.

"Setakat ini saya tidak akan benarkan diri saya dirisik. Bagi saya, jodoh, pertemuan, ajal, maut biarlah Tuhan yang menentukan. Kita tidak mengetahui jodoh kita. Andai yang bercerai pun boleh rujuk semula.

"Apa yang pasti, saya mahu memandang ke depan. Dugaan yang Allah beri nampaknya sama besar dengan rezeki yang dikurniakan. Saya perlu lebih realistik malah kini saya sudah nampak hikmahnya." – Shila Amzah dipetik dari Berita Harian.

Dalam laporan lain, Shila Amzah menyatakan bahawa dia sudah tidak sabar untuk menunaikan umrah bersama keluarganya tak lama lagi.

Baguslah kalau begitu, kalau ada jodoh, tak lari kemana pun.

Tags: ,

Stephen Rahman Hughes - Google Blog Search

Stephen Rahman Hughes - Google Blog Search


Album melayu pertama <b>Stephen Rahman Hughes</b>

Posted: 03 Mar 2012 09:12 AM PST

kumpulan Fabulous Cats - Google Blog Search

kumpulan Fabulous Cats - Google Blog Search


Petikan dari Jomstar.com: <b>FABULOUS CAT</b> Tak Pernah Buat Hal

Posted: 30 Aug 2008 12:07 AM PDT

Kemunculan Fabulous Cat dalam industri pastinya sering dinanti-nantikan oleh anak muda masa kini. Apatah lagi genre muzik yang mereka bawa beserta mesej yang disampaikan dalam lagu sangat sesuai bagi setiap peringkat usia. Muzik Hip Hop yang cuba diketengahkan juga nyata tidak sia-sia bila nama mereka semakin dikenali dikalangan para peminat.

Namun begitu kumpulan ini ibarat mempunyai masalah dalaman apabila setiap kali mengadakan persembahan di khalayak ramai, vokalis wanita mereka sering bertukar ganti. Banyak desas desus timbul yang mengatakan tidak ada persefahaman antara mereka dan ketuanya Cat Farish dan ada juga yang mengatakan vokalis itu sendiri yang tidak boleh memberikan komitmen terhadap kumpulan ini.

Farhana adalah vokalis wanita yang ketiga setelah dua orang vokalis wanita mereka menarik diri disebabkan terikat dengan komitmen lain. Bagi Cat selaku ketua kumpulan, bukan sengaja mencari publisiti dengan masalah begini sebaliknya dia ingin mencari seseorang yang boleh memberi tumpuan dan sepenuh komitmen terhadap Fabulous Cat.

Baginya Farhana adalah pilihan yang tepat kerana sejak mula menyertai kumpulan ini Farhana dilihat begitu bersungguh-sungguh menunjukkan minat dan keseriusannya dalam mengembangkan muzik Fabulous Cat. Farhana juga turut terlibat dengan kumpulan indie lain iaitu Oddstar dimana Farhana juga menjadi vokalis bagi kumpulan ini.

Pun begitu, ia sedikit pun tidak mengganggu perjalanan seni Farhana dengan Fabulous Cat sebaliknya Farhana kini banyak menghabiskan sepenuh masanya terhadap kedua-dua kumpulan ini dan yang utama adalah Fabulous Cat.

Bagi Cat sendiri, dia memahami industri seni ada pasang surutnya dan tidak selamanya kumpulan ini akan lebat dengan show justeru dia memberi peluang pada setiap ahli untuk melakukan part time lain terpulang pada kebolehan masing-masing.

Seperti Cat, selain bersama kumpulan ini dia masih ligat menggubah lagu untuk artis lain dan turut aktif berlakon dan terbaru Cat berlakon sitkom berjudul Geletek yang bakal disiarkan di tv9. Adeep pula terlibat dengan kerja-kerja belakang tabir untuk rancangan kartun walt disney yang disiarkan di Astro dengan menyumbangkan suara yang telah dialih bahasa selain turut menyanyikan lagu Chanteek yang menggandingkannya bersama kumpulan Ultimate.

DJ Sumo pula sibuk dengan aktiviti karnival remaja seperti rakan muda dan both remaja yang terdapat di gerai Jom Heboh. Mengekalkan sikap terbuka, Cat berharap kesibukan setiap ahli pada komitmen yang sedia ada tidak akan membuatkan kumpulan ini terbiar dan terus berkubur begitu sahaja.

"Saya tak pernah ada masalah atau buat hal dengan vokalis wanita yang dulu. Saya cuma mengharapkan mempunyai seorang vokalis wanita yang boleh memberikan keutamaan dan komitmen pada kumpulan ini meskipun mempunyai pekerjaan lain. Seperti Farhana sendiri dia juga mempunyai kumpulan lain. Namun dia masih mampu memberi komitmen pada kumpulan ini dan setakat ini Farhana tidak ada masalah dengan saya.

"Vokalis yang dulu bukan mereka tidak bagus dan saya tidak pernah menyalahkan mereka dengan pengunduran diri masing-masing, sebaliknya mereka sendiri yang minta untuk menarik diri dan ingin memberi tumpuan kepada perkara lain. Harapan saya biarlah vokalis kali ini akan bertahan dengan Fabuluos Cat sampai bila-bila kerana saya lihat Farhana mampu pergi jauh dalam bidang ini ditambah dengan kesungguhan yang ditunjukkannya saya yakin Insya-Allah," kata Cat.

Terbaru Fabuluos Cat sedang sibuk dengan pembikinan album kedua mereka yang dijangka siap pada bulan Mac ini dan konsep mereka masih tetap sama seperti album pertama.

Mereka juga dalam perancangan untuk menghasilkan produk barangan sendiri dengan menggunakan perkataan 'Lenggok' yang menunjukkan muzik Hip Hop sinonim dengan tarian Lenggok dan perkataan ini juga bersesuaian dengan cita rasa orang Melayu. Antara produk barangan mereka seperti T-Shirt, topi dan pelbagai lagi aksesori lain bakal dipakai dan diperkenalkan oleh Fabuluos Cat dalam rangka mempromosikan album kedua mereka nanti.

Wangi bakal tinggalkan <b>kumpulan</b> The <b>Fabulous Cats</b>

Posted: 11 Mar 2011 10:49 AM PST

artis.my Wangi bakal tinggalkan kumpulan The Fabulous Cats

Wangi, atau nama sebenarnya Wangi Julianda berkemungkinan besar akan meninggalkan kumpulan The Fabulous Cats (TFC) untuk bergerak secara solo.

Menurut ketua kumpulan tersebut, Cat Farish, kontrak kumpulan The Fabulous Cats sudah tamat dengan Alibi Music Januari lalu, namun masih di bawah label tersebut atas sebab sudah merakamkan beberapa lagu yang bakal dipromosikan nanti.

Wangi masih lagi belajar di sebuah universiti di Bandung, dan tempoh masa ini diperuntukkan untuk promosi dan persembahan tanpanya sehinggalah dia habis belajar. Terpulang pada Wangi sendiri samada untuk meneruskan kerjasama dengan TFC ataupun sebaliknya. Tambah Cat Farish, TFC tidak bercadang untuk menyambung kontrak semula selepas lagu-lagu baru itu dikeluarkan dan dia tidak mempunyai masalah kiranya Wangi enggan menyertai TFC.

"Memang setakat ini saya nampak dia lebih ke arah untuk bergerak solo, tapi saya tak berani nak cakap apa-apa. Semuanya terpulang kepadanya.

"Kami pun tak kisah kerana lagu-lagu solo wangi akan dihasilkan oleh TFC juga," ujarnya.

Hazama af - Google Blog Search

Hazama af - Google Blog Search


Celebrities Bulletin: Kesian <b>Hazama AF9</b> tak laku (4 GAMBAR)

Posted: 10 Nov 2011 05:54 PM PST

HAZAMA mengaku dia suka untuk mempunyai band sendiri berbanding menjadi penyanyi solo.

GAGAL sekali tidak bermakna akan gagal untuk selama-lamanya. Itulah prinsip yang dipegang oleh pemilik nama Hazama Ahmad Azmi atau lebih dikenali Hazama AF 9 dalam meniti perjalanan kariernya sebagai anak seni.

Setelah gagal dalam percubaan pertamanya untuk mencipta nama menerusi rancangan realiti Akademi Fantasia (AF) semasa musim keempat, akhirnya kejayaan telah diraih oleh Hazama lima musim selepas itu.
Lebih manis lagi buat penyanyi berkenaan, dia merupakan juara terakhir untuk rancangan tersebut apabila pihak Astro mengambil keputusan untuk menamatkan terus rancangan yang mendapat sambutan hangat penonton serta melahirkan bakat-bakat baharu dalam bidang seni suara.
Bagaimanapun, sebelum menyertai AF tentu ramai yang sudah tahu mengenai Hazama yang pernah menjalinkan kolaborasi bersama kumpulan Meet Uncle Hussein (MUH) untuk mengadakan persembahan bersama mereka.
Ditanya mengenai statusnya sekarang bersama MUH setelah mula bergandingan pada tahun 2009, penyanyi berkenaan memberitahu bahawa dia sebenarnya tidak pernah menjadi vokalis tetap untuk kumpulan tersebut.
"Apa yang boleh saya beritahu sepanjang dua tahun bersama mereka, memang status saya adalah sebagai vokalis sementara untuk MUH. Ketika mula-mula mereka memberi tawaran dahulu, saya telah diberitahu tentang status saya itu.
Berkenaan dengan projek khas bersama MUH, Hazama menjelaskan mereka sudah bekerjasama menghasilkan dua buah single yang berjudul Ya Habibi Ali Baba dan yang terbaharu menerusi lagu berjudul Pokok.
Biarpun kerjasama di antara dia dan MUH sudah agak lama terjalin, namun penyanyi berkenaan mengakui sehingga kini dia memang tidak pernah ditawarkan untuk menjadi vokalis tetap kumpulan tersebut.
"Memang saya tidak kisah sangat kerana kerjaya saya sebagai penyanyi solo sudah pun bermula. Namun, terus terang saya katakan yang sebenarnya jiwa saya lebih terarah untuk menyanyi dengan band.
"Bukan saya tidak gemar atau kurang selesa menyanyi secara solo, tetapi saya lebih mendapat kepuasan kalau menyanyi bersama band dan itulah yang saya dapat rasakan semasa mengadakan persembahan bersama MUH," jelasnya.
Menurutnya lagi, dia telah memasang impian untuk membentuk sebuah band dan perkara tersebut telahpun dinyatakan kepada pihak pengurusannya iaitu Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB).
Ujarnya, buat masa ini dia akan memberi sepenuh tumpuan dan komitmen terhadap kerjaya solonya terlebih dahulu memandangkan jadual kerjaya seninya sekarang yang agak padat.
"Perkara ini sudah saya nyatakan kepada pihak pengurusan dan ternyata memang mereka agak berminat memandangkan masih belum ada lagi sebuah band yang bernaung di bawah pengurusan AESB," ujarnya.
IMPIAN Hazama (kiri) untuk berkolaborasi dengan Amy Search tercapai apabila
mereka berduet untuk lagu Simetri.


Berbanding dengan kebanyakan bekas juara AF yang lain sebelum ini, Hazama dilihat antara juara realiti rancangan tersebut yang kurang menyerlah dan seolah-olah perjalanan kariernya bergerak agak perlahan.

Namun begitu, penyanyi berkenaan memberitahu sejak menamatkan saingan dengan merangkul gelaran juara AF 9 pada bulan Jun lalu, jadual hariannya sebagai anak seni memang agak padat.
"Mungkin orang jarang melihat kemunculan saya sama ada di media cetak atau elektronik sehingga membuat tanggapan perjalanan karier seni saya seperti tidak berkembang berbanding juara-juara AF sebelum ini.
"Sedangkan jadual seni saya boleh dikatakan agak padat, cuma saya banyak terbabit dengan kerja-kerja di dalam studio seperti rakaman dan lebih gemar tampil di media kalau saya ada menghasilkan produk terkini seperti pembikinan muzik video Simetri ini," jelasnya.
Ujarnya, dalam tempoh lima bulan selepas berakhirnya AF dia sebenarnya banyak terbabit dengan pelbagai acara di merata tempat di seluruh negara, tetapi acara yang tidak mendapat publisiti media.
Luah Hazama: "Secara jujurnya saya tetap gembira walaupun terbabit dalam acara yang tidak mendapat sebarang publisiti. Bagi saya apa yang lebih penting dapat mendekatkan diri dengan peminat-peminat saya."
Walaupun kini dia sedang mula mencipta nama di pentas nyanyian, siapa sangka penyanyi berusia 29 tahun ini sebenarnya turut memendam impian untuk bergelar sebagai seorang pelakon.
Menurut Hazama, dia sudah pun ada menerima tawaran daripada sebuah syarikat untuk berlakon filem. Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut kerana buat masa ini ia masih lagi di peringkat perbincangan.
"Memang tumpuan saya sekarang adalah lebih terarah kepada bidang nyanyian, tetapi tidak salah rasanya kalau mencuba satu bidang seni yang lain seperti lakonan kerana saya juga minat berlakon.
HAZAMA tidak kisah kurang publisiti asal dia tetap menerima tawaran tanpa putus dan bertemu peminatnya.


"Sebenarnya saya ini jenis yang tidak suka melepaskan peluang yang sudah terbentang luas di depan mata. Lagipun kalau saya menolak tawaran yang diberikan seolah-olah saya telah menolak rezeki," ujarnya.
Jelasnya lagi, dia berharap agar impiannya untuk tampil di layar perak dapat direalisasikan dan menyasarkan untuk berlakon sekurang-kurangnya sebuah filem pada tahun hadapan.
Ditanya tentang genre filem yang disukainya, penyanyi tersebut menjelaskan dia gemar untuk berlakon dalam filem yang memberikan mesej yang positif kepada penonton dan kisah yang memaparkan kehidupan seorang individu seperti Forest Gump.
"Saya sendiri tak kisah untuk berlakon dalam apa sahaja genre, tetapi seboleh-bolehnya saya memang mahu mengelak untuk berlakon dalam filem hantu kerana saya tidak suka genre itu," jelasnya.

Iqram Dinzly - Google Blog Search

Iqram Dinzly - Google Blog Search


Foto : <b>Iqram Dinzly</b> & Fauziah Gous Mesra Di Sabah | OHBULAN!

Posted: 16 Oct 2012 12:30 AM PDT

Sempena Majlis Pelancaran Program "Jelajah Janji Ditepati" di Kudat, Sabah, beberapa artis popular seperti Tomok Oiam dan Black Mentor telah turut serta mengambil bahagian bagi memeriahkan program belia itu.

Apa yang menarik, pasangan "teman tapi mesra"  iaitu Fauziah Gous dan Iqram Dinzly, 31 tahun, turut menyertai program belia yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd.Najib Tun Abd.Razak.

Menerusi laman Twitter, Iqram Dinzly melaraskan sekeping gambar untuk dikongsikan bersama peminat dimana di dalam gambar tersebut Fauziah Gous melentokkan kepala dibahunya semasa berada didalam bas untuk mengelak daripada terkena panas.

Keakraban mereka jelas terpancar dari tingkah laku mesra yang ditonjolkan ketika berada di Sabah. Adakah keakraban seorang sahabat? Atau pasangan kekasih? Apa-apa pun, nantikan ketibaan artis ini ke destinasi seterusnya iaitu di Kota Kinabalu, Sabah.

Antara foto-foto mesra Iqram Dinzly dan Fauziah Gous :

Tags: , , , , ,

Alif Satar - Google Blog Search

Alif Satar - Google Blog Search


Lirik Lagu Pendusta - <b>Alif Satar</b>

Posted: 04 Dec 2012 04:54 PM PST

KaizenZone: MusicZone: Abdul by <b>Alif Satar</b> with lyric

Posted: 03 Nov 2012 02:37 AM PDT

Aku punya seorang sahabat
Namanya Abdul Junior bin Abdul
Perasan lelaki paling hebat
Sekali lirik wanita terus terpikat
Tapi itu tak pernah terbukti
Buktinya ia masih sendiri
Inilah liku-liku laki-laki tak laku-laku
Yang penting exist exist
Abdul Abdul Abdul dul betul
Abdul Abdul macam betul
Abdul Abdul Abdul dul betul
Abdul Abdul macam betul
Pernah satu ketika dirinya
Ungkapkan cinta pada wanita
Konsert nyanyi di atas menara
Sungguh bikin rasa sekampung senegara
Mesti berkali terkena reject
Baginya macam tak ada effect
Ini betul-betul kisah Abdul Junior bin Abdul
Yang penting narsis narsis
Abdul Abdul Abdul dul betul
Abdul Abdul macam betul
Abdul Abdul Abdul dul betul
Abdul Abdul macam betul
Tapi ia paling setia
Meski kadang terlalu banyak gaya
Dia yang selalu menceriakan suasana
Kurangnya adalah saat beraksi dekati wanita
Abdul meski dia susah
Tak pernah nampak gelisah
Sedikit berkeluh-kesah
Tak buat dia jadi marah-marah
Abdul tak putus asa
Walau selalu gagal bercinta
Jodoh takkan ke mana
Apa saja cara menjemputnya
Abdul siapa mahu jangan ragu dia
Sahabatku
Abdul takkan lari jangan pergi dia
Sahabatku paling juara
Abdul Abdul Abdul dul betul
Abdul Abdul macam betul
Abdul Abdul Abdul dul betul
Abdul Abdul macam betul