Tahniah buat kedua pelakon yang telah menggondol Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem dan juga Pelakon Wanita Terbaik Filem, Maya Karin (Ombak Rindu) dan juga Shaheizy Sam (Songlap).
Kemenangan Shaheizy Sam ini bermakna dia telah mengalahkan 4 lagi pelakon lelaki lain iaitu Aaron Aziz, Faizal Hussein, Beto Kusyairy dan juga Que Haidar. Sam dalam kenyataannya berterima kasih pada semua krew yang terlibat dalam filem Songlap.
"Sam bagi kredit besar kepada kedua penerbit besar dan juga semua yang terlibat," ujar Sam.
Sam turut mengagumi Faizal Hussein dan mengaku bahawa pelakon itu adalah seorang yang hebat. Tapi Sam bersyukur kerana rezeki berpihak padanya.
"Saya kagum dengan Faizal Hussein dan menontonnya ketika kecil. Tapi itulah, rezeki berpihak pada saya."
Maya Karin pula telah berjaya mengalahkan 4 pesaing lain termasuklah Nabila Huda, Sara Ali dan juga Intan Ladyana. Untuk pengetahuan, anugerah yang sama pada Anugerah Skrin 2011 telah dimenangi oleh Remy Ishak dan juga Eja.
AC Creations Media recently finished a BOH Teh Tarik Kurang Manis TV Commercial appointed by BG Advertising Malaysia. Zoot review is a TV commercial platform design by Buchanan Group worldwide, By appointing local celebrity by providing real opinion about the products. This time we shot Jehan Miskin, Belinda Chee and Owen Yap. This 2 Malay and Chinese Language TV Commercial produced by AC Creations Media Executive Producer Lucas Ang, and Directed by Film Director Andy Chan. We shot this commercial by getting the most genuine comments about the product from these celebrity after these celebrity has been using the products for a period time. The below are the 2 tv commercial in BM and Chinese language
MALU tetapi tidak mampu melakukan apa-apa kecuali tidak menonton lakonan sendiri di kaca televisyen (TV). Mungkin pendirian itu dianggap remeh oleh sesetengah orang tetapi tidak bagi Diana Amir.
Tanpa berselindung, Diana tidak menafikan dia kurang senang dengan beberapa tayangan filem dan drama yang pernah dilakonkan sebelum berhijab yang dianggap sangat memalukan.
"Saya pernah buat silap dan saya sedar dengan kesilapan itu. Bila saya sedang terlibat dalam program usrah atau mana-mana kuliah agama, orang akan tweet kata tengok saya dalam TV cerita-cerita zaman saya tidak bertudung.
"Hakikatnya perkara itu amat pedih dan perit. Sebab itu saya anggap pihak-pihak berkenaan patut ambil berat dan ambil tahu dengan masalah artis-artis yang telah berhijrah macam kami.
"Bukan saya sahaja yang menghadapi situasi ini tetapi ramai. Sebelum ini Wardina Safiyyah pernah membangkitkan sama apabila drama lama lakonannya diulang siar. Tapi tiada tindakan.
"Sama juga hal dengan saya dan rakan-rakan. Kami berhasrat bawa isu ini kepada pihak Persatuan Seniman. "Mungkin mereka boleh bantu artis-artis macam kami untuk selesaikan isu ini dengan pihak berwajib.
"Saya cuba untuk berubah jadi orang yang lebih baik. Sebab itu saya minta ihsan stesen TV agar kaji semula isu ini. Apa yang penting saya sedar itu kesilapan sendiri dan mereka juga perlu bantu saya untuk jadi lebih baik," kata Diana.
Mengulas mengenai perkahwinan pula, artis ini mengakui telah bersedia untuk menjadi isteri sejak beberapa tahun yang lalu.
Malah impian untuk berkahwin dan menjadi isteri yang solehah tidak pernah terpadam biarpun niat suci tersebut masih belum tercapai sehingga hari ini.
"Saya memang telah bersedia untuk berkahwin. Kalau ditakdirkan ada jodoh, saya mahu disatukan pertengahan tahun ini.
"Buat masa ini ramai yang sudah menyatakan kesudian untuk memberi tajaan seandainya saya berkahwin nanti. Saya tak ada masalah dalam isu itu tetapi berharap agar semuanya dipermudahkan seperti saya impikan.
"Lagi bagus kalau perkahwinan itu dilakukan secara sederhana. Saya pun tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak. Asalkan semua senang, itu sudah cukup baik," tambahnya yang kini menjadi tunangan kepada seorang pensyarah sebuah universiti tempatan bernama Muhammad Habib Bullah.
UmrahBakal berangkat ke Jepun dan Switzerland pada bulan hadapan bagi mengacara program SIS untuk TV9, Diana juga mengajak para peminat untuk mengerjakan umrah dan ziarah ke Tanah Suci Mekah pada bulan April nanti.
Menawarkan pakej umrah dan lawatan ke Mesir dengan harga RM9,789 seorang, program dianjurkan syarikat miliknya, Kembara Addin dan Mantop Travel & Tours Sdn. Bhd.
"Saya hanya sasarkan 40 hingga 60 orang sahaja. Selepas melakukan umrah, kita bercadang untuk singgah di Mesir untuk tujuan lawatan," jelasnya yang turut dilantik sebagai jurucakap Karnival Jom Kahwin pada 15 hingga 17 Februari depan.
Sempena Majlis Pelancaran Program "Jelajah Janji Ditepati" di Kudat, Sabah, beberapa artis popular seperti Tomok Oiam dan Black Mentor telah turut serta mengambil bahagian bagi memeriahkan program belia itu.
Apa yang menarik, pasangan "teman tapi mesra" iaitu Fauziah Gous dan Iqram Dinzly, 31 tahun, turut menyertai program belia yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd.Najib Tun Abd.Razak.
Menerusi laman Twitter, Iqram Dinzly melaraskan sekeping gambar untuk dikongsikan bersama peminat dimana di dalam gambar tersebut Fauziah Gous melentokkan kepala dibahunya semasa berada didalam bas untuk mengelak daripada terkena panas.
Keakraban mereka jelas terpancar dari tingkah laku mesra yang ditonjolkan ketika berada di Sabah. Adakah keakraban seorang sahabat? Atau pasangan kekasih? Apa-apa pun, nantikan ketibaan artis ini ke destinasi seterusnya iaitu di Kota Kinabalu, Sabah.
Antara foto-foto mesra Iqram Dinzly dan Fauziah Gous :
haaissshhh ! dah lama sangat cik mimiey tak update blog kan . rindu tak dengan cik mimiey ? cakap laa rindu . pleaseee . haha . aku tahu korang rindu dekat aku kan . cakap je laa jangan malu jangan segan nanti dapat kaki cik mimiey . hahaha . tibatiba nak bagi kaki free of charge dekat orang kan. jahat betul cik mimiey nih . alaaa, bukan selalu kan. gurau jehh. nih haaa dah tertera gambar fina AF tu kan . nak cerita psal dia lahh nih.
Sekarang nih ramai cakap Akademi Fantasia dah bosan sesangat tapi cik mimiey tengok biasa je. tak bosan sangat laaa . tengah tengah gituu lah ye . hehe :) dulu sebelum Fina masuk cik mimiey dah sokong Aida . sekaliii Fina masuk dan Aida keluar . hape lagii sokong laa fina. suara dia ? prghhhh! memang terbaik lahh . kalah suara kakak dia Aida . mungkin sebab suara dia nyaring kot . cehh , macam guru vokal pulak cik mimiey nih kan . muda lagi tuu budak Fina tuuu, amboi , budak . macam dah kenal lama je kan . umur dia baru lapanbelastahun tu . tapi bila tengok dari segi muka . si Fina nih lagi matured daripada kakak dia ohh . kan kan ? baik cakap! hehe :)
yela kan. entri dia pasal Fina je kan . so , cik mimiey tulis laa ape yang cik mimiey tahu pasal dia nih . nak merepek kejap. tak suka ? suka hati cik mimiey lahh . blog aku kan. so , DIAM ! :) e.m.o. kejap. nak cerita lagi nih . potong stim laaa . haha. macam konsert pertama dia semalam. dia nyanyi lagu english kan. "All By Myself" tak silap cik mimiey lahh nama lagu tuu . mula mula slow je . sekali high note ,, hambikkk kauuu ! naik bulu roma aku tahuu . suara dia memukau ya amatt . terbaik lah Fina . Confirm lah AF 9 juara nya perempuan, F.I.N.A :)
terima kasih . cik mimiey excited nak buat entri pasal budak Fina nih sebenarnya . hehe :)
Menurut mStar Online, Dimas sudah membawa isteri dan anaknya yang berusia 4 tahun ke Malaysia dan sudah hampir sebulan menetap di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Dalam kenyataannya kepada wartawan mStar, Dimas menjelaskan bahawa dia akan memohon kerakyatan Malaysia selepas menangguhkan hasratnya beberapa kali.
"Saya akan membuat permohonan untuk menjadi penduduk tetap di negara ini selepas menyelesaikan beberapa perkara," ujarnya kepada mStar Online.
Tambah Dimas lagi, "Sebelum ini lagi isteri saya ingin mengikut tinggal di sini tetapi terpaksa ditangguhkan kerana dia sibuk menguruskan perniagaan milik keluarga di sana. Bagaimanapun Alhamdulillah lah akhirnya mereka dapat bersama saya di sini."
ZoOM : Jika sebelum ini yakni tahun lepas kisah Aaron Aziz pelakon utama Filem Ombak Rindu memohon kerakyatan namun sepi tanpa berita, kini seorang lagi artis daripada seberang yang melihat peluang yang cerah jika berada di Malaysia. Fikir-fikirkanlah wahai rakyat Malaysia…sedangkan orang luar ingin menjadi rakyat Malaysia, tetapi anda yang hanya mementingkan diri sendiri !!!?#$@$
Namun inilah natijahnya apabila nafsu menguasai diri ….Fikir….fikirkanlah… Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis
Direct Email
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();