Nuffnang

Selasa, 19 Mac 2013

Memey Suhaiza - Google Blog Search

Memey Suhaiza - Google Blog Search


(TAHNIAH)<b>Memey Suhaiza</b> Selamat Lahirkan Anak Lelaki <b>...</b>

Posted: 01 Feb 2013 04:44 PM PST


Tarikh 1 Februari menjadi satu kenangan yang terindah buat Memey Suhaiza dan suaminya, Norman Hakim. Kira-kira jam 9.55 malam di Dewan Bersalin Muslimah Sunway Gombak, Memey telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki secara normal. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan.

anak memey suhaiza

Bayi lelaki yang diberi nama Mohamed Darwisz Hakim itu dilahirkan dua minggu lebih awal daripada tarikh yang dijangkakan. Kata Memey:-

Alhamdulillah, semuanya selamat. Doa saya untuk bersalin secara normal dimakbulkan. Abang Norman menemani saya di bilik bersalin dari awal sehinggalah saya selamat melahirkan.

Semoga Mohamed Darwisz Hakim membesar dengan sihat, sempurna dan menjadi anak yang soleh. Tahniah sekali lagi kepada Memey Suhaiza dan Norman Hakim atas kurniaan cahaya mata anda. Info Facebook Media Hiburan

P.S: Kekayaan 5 pemain bola sepak terkenal

Baca Yang Ini Pulak:-


Fina af - Google Blog Search

Fina af - Google Blog Search


<b>Fina AF9</b> Akui Muatnaik Gambar Pusat, Tapi Akui BUKAN Pusatnya <b>...</b>

Posted: 23 Oct 2012 04:12 AM PDT


Jarang muncul di dada akhbar bukan bermaksud tiada orang yang ambil kisah dengan kehidupan selebriti ini.

Kata orang, seperti daging yang diperam, makin lama, makin lazat isinya.

Baru-baru ini, Fina AF9 yang popular dengan lagu 'Menangis Lagi' telah menimbulkan kontroversi di dunia Instagram apabila memuatnaik sekeping gambar tindik di bahagian pusat dipercayai adalah dirinya.

Bukan itu sahaja, penyanyi bersuara lantang ini juga dipuji amat berani oleh followers-nya kerana memuatnaik gambar yang memaparkan bahagian abdomen yang ramping itu, sedikit sebanyak memberikan imaginasi nakal kepada mana-mana lelaki yang melihatnya.

Berikutan daripada itu, pihak OHBULAN! menemubual Fina AF9 bagi mengetahui apakah yang sebenarnya dikejar oleh penyanyi berumur awal 19 tahun ini.

Adakah dia sengaja membangkitkan kontroversi, atau terlepas pandang semata-mata?

 "Sebenarnya, gambar itu bukanlah saya. Saya cuma ambil dari internet dan sengaja memilih gambar wanita yang rambutnya hampir serupa dengan saya dan muatnaik untuk suka-suka.

" Tak mungkinlah saya nak tindik pusat, kemudian masukkan ke laman sosial. Kalau ibu saya tahu, dia pasti akan marah. Jadi, tak ada sebab saya mahu lakukan perkara sebegitu."

Selain itu, beberapa keping gambar yang memaparkan Fina memakai gaun ketat dan seksi juga turut dimuatnaik ke laman Instagramnya. Gambar-gambar tersebut telah menimbulkan beberapa spekulasi serta persoalan kepada para peminat.

Ditanya kenapa kini sudah berani berpakaian begitu, pantas Fina menjawab,"Fina berpakaian sebegitu hanya untuk sesi fotoshoot dan kesemua baju tersebut telah ditaja, jadi Fina pun pakailah."

"Pihak penaja cuma mahukan Fina berpakaian sebegitu, tidaklah seksi pun dan Fina dibayar untuk promosikan pakaian mereka," tambahnya lagi.

Tidak cukup disitu, pihak OHBULAN! turut terdengar suara-suara kecil yang mengatakan Fina kini tidak ubah seperti perempuan murahan kerana sanggup berpakaian begitu.

"Saya rasa saya bukanlah seperti apa yang orang kata. Maklumlah, mulut orang, siapa boleh tutup, kan? Jadi, kalau saya pakai macam tu je, saya ni murahlah?

"Orang yang kenal saya, mereka tahu saya macam mana. Ibu saya sendiri tahu saya ini macam mana," jelas Fina menafikan tuduhan tersebut.

Terdapat juga tuduhan melulu dari sumber-sumber yang dipercayai mengatakan Fina kini berparti di kelab malam dan penyanyi ini sekali lagi menafikan tuduhan tersebut.

"Kalau saya pergi kelab malam pun, saya cuma pergi tengok 'live band' dan akan ditemani oleh ibu serta adik beradik saya. Memang tiap-tiap minggu saya pergi, tapi hanya untuk tengok 'live band' bersama keluarga saya."

Mengakhiri perbualan, Fina turut memberitahu,"Kalau benar pun saya mahu bersosial, takkanlah saya nak masukkan ke dalam laman sosial. Saya tahu diri saya berada di mana." (Ohbulan.com)

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

kumpulan hujan - Google Blog Search

kumpulan hujan - Google Blog Search


<b>Hujan</b> Akui Tiada Persembahan Sejak Ramadan Lalu – Perak Today

Posted: 02 Jan 2013 04:35 PM PST

Vokalis Hujan, Noh Salleh mengakui kumpulannya itu semakin kurang mendapat undangan persembahan pentas sejak bulan Ramadan tahun lalu.

Noh, 28, berkata, ahli-ahlinya juga secara tiba-tiba menyepikan diri mungkin kerana sibuk dengan urusan tersendiri.

"Saya pun tak tahu kenapa, tetapi mungkin kami terlalu penat terutamanya selepas pertandingan Versus (yang berlangsung dari Mac hingga Jun 2012) sehinggakan semuanya lesap seketika dan masin-masing dengan urusan sendiri.

"Bagaimanapun sepi kami itu tidak bermaksud Hujan akan berpecah. Senang cakap, kami hilangkan tekanan sebagai persediaan melangkah ke tahun baru 2013.

"Pada sambutan tahun baru lalu, kami telah mengadakan konsert ambang Tahun Baru 2013 di Putrajaya. Kiranya ia adalah penampilan pertama kami selepas beberapa bulan 'menghilangkan' diri," katanya.
Kumpulan Hujan

Selain Noh, Hujan dianggotai oleh Mohammad Hezry atau AG (gitaris), Hang Dimas (keyboard) dan Azham Ahmad Ambobzeela atau Am (dram).

Tambahnya lagi kehilangan sementara ahli-ahlinya itu tidak mungkin dapat melenyapkan nama Hujan terus daripada industri muzik kerana mereka bahawa kumpulan itu akan terus bersama memperjuangkan muzik yang dibawa selama ini.

"Sejak enam tahun kumpulan ini ditubuhkan, kami hanya mengamalkan konsep percaya antara satu sama lain.

"Andai kata ada ahli yang lesap seketika, bererti dia mempunyai urusan penting yang perlu dilaksanakan.

"Kami akan bertahan selagi kepercayaan itu ada pada diri masing-masing," ujarnya.

Tambah Noh, Hujan juga bakal sibuk menyertai Festival Midem yang akan berlangsung di Cannes, Perancis pada 26 hingga 28 Januari ini.

Malah mereka bakal mengadakan konsert jelajah seluruh negara selama sebulan pada Februari depan.

-mStar

kumpulan Sofaz - Google Blog Search

kumpulan Sofaz - Google Blog Search


<b>Kumpulan Sofaz</b> Tukar Nama &#39;Sofazr&#39; | Lulu pages

Posted: 13 Dec 2010 09:09 PM PST


Selepas tujuh tahun menggunakan nama Sofaz, kumpulan yang dianggotai oleh enam anak muda ini tampil dengan nama baru iaitu Sofazr bersempena dengan kemunculan album terbaru mereka, Maaf Dari Hati Mohd Atlas.

Menurut gitaris kumpulan itu Zimi, selepas kontrak mereka selama tujuh tahun di bawah label Suria Records berakhir baru-baru ini, kumpulan yang dianggotai oleh Aremeer (vokalis), Zimi (gitar kedua), Shah ( gitar utama), Wan (dram), Fairuz (bass) dan Rodie (keyboard) itu menganggap sudah tiba masanya untuk mereka berdikari dan menguruskan kerjaya seni di bawah label sendiri.
Justeru, penjenamaan semula kumpulan itu disifatkan bertepatan pada waktunya bagi meraikan kemunculan terbaru mereka di bawah label Global Records.

"Keputusan untuk tampil dengan nama baru ini dibuat atas persetujuan semua ahli kumpulan. Seperti yang semua sedia maklum, nama Sofaz diilhamkan hasil gabungan huruf pertama nama setiap ahli kumpulan kami.
"Sebenarnya, sudah lama kami ingin mengubah nama kumpulan ini kepada Sofazr kerana sejak album kedua lagi pemain keyboard iaitu Rodie sudah menyertai kami.

"Namun, ketika itu kami masih mempunyai kontrak bersama Suria Records. Bagi mengelakkan kekeliruan, kami kekalkan nama kumpulan ini sehinggalah kontrak tamat baru-baru ini.

"Memandangkan kini kami mula bergerak sendiri di bawah label baru, keputusan untuk menggunakan nama baru ini adalah tepat pada masanya," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran album tersebut di Saloma Bistro, Kuala Lumpur, Isnin.
Album yang menelan kos penerbitan sebanyak RM50,000 itu diterbitkan oleh anggota Sofazr sendiri bersama seorang lagi rakan niaga mereka.

Memuatkan sepuluh lagu baru antaranya Terasa Di Syurga, Jiwa Kacau, Kenapa Aku Mencintaimu dan Maaf Dari Hati, kesemua lagu dalam album kelima ini dihasilkan sepenuhnya oleh anggota kumpulan itu dengan menggunakan nama pena Mohd Atlas yang turut dipilih sebagai simbolik kepada judul album itu.

Album yang masih mengekalkan genre pop dan rock moden itu bakal berada di pasaran pada akhir Disember ini.

.

awi rafael - Google Blog Search

awi rafael - Google Blog Search


Peluang Ke Showcase <b>Awi Rafael</b> Masih Terbuka, Sertai Sekarang!!! |

Posted: 06 Feb 2013 10:10 PM PST


Adakah anda peminat Awi Rafael? Jika ya, inilah peluang anda untuk ke showcase Awi Rafael yang bakal berlangsung pada 8 Februari ini pada jam 3 petang di Dewan Orkestra, ASWARA, Jalan Tun Ismail, KL.

awi rafael

Ketika showcase tersebut, turut sama akan dilancarkan secara ekslusif ialah video klip HARI–HARIKU. Bagaimanakah cara untuk anda menyertainya? Hanya perlu jawap 3 soalan mudah di bawah dan hantarkan penyertaan ke contestwarner@gmail.com

1. "HARI-HARIKU" merupakan single Awi Rafael yang ke-berapa bagi album ASALKAN AKU OK?
2. Di manakah showcase Awi Rafael bakal berlangsung?
3. Apakah acara ekslusif yang bakal berlangsung pada SHOWCASE AWI RAFAEL nanti?

awi rafaelSenang je kan soalan dia? Jangan lupa hantar penyertaan bersama maklumat diri (nama penuh, ic, hp number, fb account) ke contestwarner@gmail.com. Peserta yang mempunyai caller ringtone salah sebuah lagu AWI RAFAEL akan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memenangi pas percuma ini. Maklumat lanjut tentang showcase ini boleh dibaca di sini.

P.S: Fesyen tudung terbaru, hijab rambut palsu.

Baca Yang Ini Pulak:-


Menangi Tiket Ke Showcase <b>Awi Rafael</b> 8 Februari Ini |

Posted: 28 Jan 2013 10:41 PM PST


Anda peminat Awi Rafael? Walaupun hati Awi Rafael sudah menjadi milik Hanez Suraya, namun ini tidak bermakna anda tidak boleh menikmati kehebatan Awi Rafael di showcasenya yang akan berlangsung pada 8 Februari ini.

awi rafaelDengan kerjasama Warner Music, BeautifulNara akan memberi 5 pasang tiket ke showcase Awi Rafael. Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah LIKE Facebook Warner Music ini. Kemudian jawap 3 soalan di bawah dan hantarkannya ke contestwarner@gmail.com.

1. "HARI-HARIKU" merupakan single Awi Rafael yang ke-berapa bagi album ASALKAN AKU OK?
2. Di manakah showcase Awi Rafael bakal berlangsung?
3. Apakah acara ekslusif yang bakal berlangsung pada SHOWCASE AWI RAFAEL nanti?

Senang je kan soalan dia? Jangan lupa hantar penyertaan bersama maklumat diri (nama penuh, ic, hp number, fb account) ke contestwarner@gmail.com. Peserta yang mempunyai caller ringtone salah sebuah lagu AWI RAFAEL akan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memenangi pas percuma ini.

awi rafael

Baca entri ini sepenuhnya untuk jawapan bagi ketiga-tiga soalan di atas. Terima kasih sekali lagi kepada Warner Music Malaysia atas kemurahan hati mereka untuk menaja tiket-tiket percuma ini.

AWI RAFAEL tentunya nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik tempatan. Hasil karya beliau yang sentiasa berkumandang di corong-corong radio memudahkan beliau dikenali lantas meningkatkan popularitinya dalam kalangan peminat muzik tanah air. Walaupun baru 2 tahun bergelar penyanyi yang juga merupakan penulis lagu, AWI RAFAEL telah berjaya meraih beberapa pencalonan menerusi anugerah-anugerah terulung sebaris dengan artis-artis ternama tempatan!

Mengimbau kembali di awal penglibatan beliau pada 2011, populariti AWI RAFAEL menerusi single "Pulanglah" telah melayakkan beliau tersenarai sebagai "Artis Lelaki Baru Paling Popular" pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke 25. Seiring dengan nama yang meningkat naik, AWI RAFAEL kemudian terpilih untuk membuat persembahan pembukaan pada konsert 2 orang artis antarabangsa semasa jelajah mereka di Malaysia, iaitu Dashboard Confessional dan Jason Mraz!

Populariti AWI RAFAEL tidak hanya tertumpu di Malaysia. Hal ini terbukti apabila beliau telah tercalon dalam beberapa kategori di Anugerah Planet Muzik 2012, sebuah pencalonan yang melibatkan 3 buah Negara seantero iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura, menerusi 4 kategori iaitu "Artis Baru Terbaik", "Artis Lelaki Paling Popular", "Vokal Terbaik", dan "Lagu Terbaik". Pada anugerah ini, AWI RAFAEL berjaya meraih gelaran "Lagu Terbaik" menerusi single "Pulanglah".

Tidak lengkap rasanya hidup seorang seniman jika tidak terus menerus berkarya. AWI RAFAEL tampil dengan album kedua beliau bertajuk ASALKAN AKU OK! pada pertengahan 2012 dan pertaruhkan single dengan tajuk yang sama. Kesemua lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album ini adalah hasil karya beliau sendiri dan lagu "Asalkan Aku OK" digemari oleh peminat muzik tanah air dan rancak dimainkan di semua stesyen radio tempatan.

Kini AWI RAFAEL tampil lagi dengan single baru beliau bertajuk HARI-HARIKU. Seperti lagu-lagu beliau yang lain, HARI-HARIKU merupakan hasil nukilan oleh AWI RAFAEL sendiri. Selari dengan imej dan pembawakan beliau yang sentiasa tampil ranggi, lagu ini bagaikan sebahagian 'jiwa' AWI RAFAEL apabila disampaikan dalam rentak 'rock'.

HARI-HARIKU mengisahkan hari-hari yang dilalui dengan rasa cinta. Segalanya rasa indah dan lengkap dengan kehadiran cinta. Lagu ini turut menyentuh perihal kesyukuran yang tidak terhingga apabila dianugerahkan kekasih hati yang sanggup menerima diri seadanya…

Pada tanggal 8hb Februari 2013, Jumaat, bakal diadakan sesi sidang akhbar bagi merasmikan album terbaru AWI RAFAEL, ASALKAN AKU OK! , juga sebagai pengenalan kepada single terbaru beliau, HARI-HARIKU. Majlis ini nanti bakal menyaksikan kerjasama sulung Warner Music Malaysia dengan pihak ASWARA, yang juga merupakan penaja rasmi lokasi bagi majlis tersebut.

Orang awam dijemput hadir bagi memeriahkan SHOWCASE AWI RAFAEL yang bakal diadakan pada lokasi yang sama. Selain daripada persembahan khas oleh AWI RAFAEL sendiri, showcase ini bakal diserikan dengan persembahan-persembahan oleh para pelajar ASWARA. Para hadirin juga bakal menyaksikan tayangan klip video HARI–HARIKU secara ekslusif pada showcase ini! Pas masuk adalah dengan pembelian album AWI RAFAEL di lokasi showcase ataupun dengan membawakan bukti pembelian sekiranya album ini telah dibeli terlebih dahulu. Album ASALKAN AKU OK! boleh didapati dengan harga hanya RM25.00 di lokasi showcase. Kelebihan bagi para pembeli album di lokasi showcase, anda akan berpeluang untuk beramah mesra dengan AWI RAFAEL pada 'Sesi Bertemu Peminat' di akhir showcase ini nanti!!

Berikut adalah maklumat mengenai showcase ini:

SHOWCASE AWI RAFAEL

Tarikh : 8hb Februari 2013, Jumaat

Masa : 8 mlm

Tempat : Dewan Orkestra, ASWARA, Jalan Tun Ismail, KL

HARI-HARIKU

Muzik dan lirik : AWI RAFAEL

Indahnya kata-kata hatimu
Menyempurnakan warna hatiku
Tulusku kata, kuinginkan semua
Kebaikan, hanya untukmu

*
Hari-hariku rasa bersyukur karna kau
Tetap akan ada
Menerima semua kesalahan yang ku pernah ada
Hari-hariku rasa cinta

Indah matamu mata hatimu
Mewarnikan hitam hatiku
Benar kau kata, kebenaran semua
Firasat aku hanya untukmu..

*
Hari-hariku rasa bersyukur karna kau
Tetap akan ada
Menerima semua kesalahan yang ku pernah ada
Hari-hariku rasa cinta

Berkata, duduk terdiam ku berkata
Soalannya, soalannya tentang kita
Engkaulah, engkaulah semua di hatiku
Akukan menunggu

Lagu cinta yang disusun dengan begitu indah ini tentunya bakal menjadi peneman pasangan 'merpati dua sejoli' yang sedang bercinta… Khas buat semua yang ingin mengabadikan HARI-HARIKU sebagai nada dering, anda boleh ikuti arahan muat turun berikut: Bagi Maxis Caller Ringtones, dial *131*269202# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.musicunlimited.com.my. Bagi Celcom Call Me Tones, sila dial *888*162575# dan tekan call/send, ataupun dengan melayari http://www.thecube.my. Manakala bagi Digi Caller Tunes pula, anda boleh dapatkan lagu ini dengan menaip CT0163020 dan hantar ke 2000 ataupun dengan melayari http://ct.digi.com.my. Bagi mendapatkan U Mobile Colour Tones, sila dial *118*5*2*383039# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.u.com.my.

Baca Yang Ini Pulak:-


Saiful Apek - Google Blog Search

Saiful Apek - Google Blog Search


<b>Saiful Apek</b> Senario dan Awie Lagenda Rock Malaya Test Ade <b>...</b>

Posted: 24 Jan 2013 12:46 AM PST

Hai dan Salam Sejahtera.

Memperkenalkan Duta Produk Red Quattro Sdn Bhd yang pada masa ini mempunyai dua jenis produk iaitu RQ PETROMAX Advance Fuel Booster dan RQ LUBEMAX Advance Lubricant Enhancer.

Cuba Kita lihat apa kata mereka.

Testimoni Apek

Testimoni Awie

Apek dan Tagline Test Ade Berani

6 Flares Twitter 1 Facebook 2 Reddit 1 Google+ 2 LinkedIn 0 6 Flares ×

Ning Baizura - Google Blog Search

Ning Baizura - Google Blog Search


(TAHNIAH)<b>Ning Baizura</b> Selamat Lahirkan Bayi Lelaki |

Posted: 30 Jan 2013 06:38 PM PST


Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Ning Baizura yang telah selamat melahirkan bayi lelaki pada 31 Januari 2013, jam 3:06 pagi di Kuala Lumpur. Hari ini juga amat teristimewa kerana ianya hari ulangtahun perkahwinan Ning dan Chris yang ke 5.

anak ning baizura

Kedua-dua ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat. Tak sabar rasanya nak menatap kecomelan anak Ning Baizura. Semoga Ning sudi berkongsi gambar anaknya dalam masa terdekat ini. Buat Ning dan suami, tahniah sekali lagi Abang Nara ucapkan. Selamat datang ke dunia ibu dan ayah.

Baca Yang Ini Pulak:-


<b>Ning Baizura</b> Jawab Isu Nama Anaknya, Ryan Sky Dalton |

Posted: 05 Feb 2013 04:39 AM PST


Di dalam entri kelahiran anak sulung Ning Baizura yang diberi nama Ryan Sky Dalton, ada pihak yang mempersoalkan maksud nama tersebut. Malah ada yang berpendapat nama yang diberi oleh Ning terlalu "omputeh" dan tidak membawa sebarang makna.

ryan sky dalton

Hari ini, Ning menerusi laman Facebook Ning Baizura tampil menjelaskan maksud nama yang diberikan kepada anak sulungnya itu. Secara ringkas, menurut Ning, Ryan membawa makna "kebijaksanaan" , "pintu syurga" atau "wangian".

ryan

Mungkin ada yang mempersoalkan ejaan nama anak Ning. Menerusi pemerhatian Abang Nara, ejaan di setiap negara di dalam rumi adalah berbeza. Ada kawan Abang Nara namanya dieja dengan "Ahmed" dan bukannya "Ahmad" seperti kebanyakan orang. Diharap dengan penjelasan ini, anda semua akan melapangkan dada.

beautskin

Baca Yang Ini Pulak:-