Nuffnang

Ahad, 7 Julai 2013

Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


(12 GAMBAR)<b>Elfira Loy</b> Jalani Penggambaran Drama Demi Dia Di <b>...</b>

Posted: 29 May 2013 11:52 PM PDT


Nampaknya Abang Nara harus berusaha keras untuk menjadi pelakon agar dapat banyak peluang melancong ke luar negara sambil menjalani penggambaran drama atau filem. Memang jeles melihat gambar-gambar Elfira Loy yang sedang menjalani penggambaran drama Demi Dia di Nenzing, Austria.

elfira loy

Drama yang diarahkan oleh Erma Fatima ini turut sama dibintangi oleh Zoey. Bila Abang Nara tengok gambar Zoey dan Elfira Loy, kedua-duanya memang nampak sepadan. Kalau diorang bercinta pun memang sesuai. Tak ke gitu?

elfira loy

Semoga Elfira Loy tidak demam-demam kerana cuaca di Nenzing, Austria tersangatlah sejuk ketika ini. Tips untuk tidak demam ialah jangan mandi banyak kali dalam sehari. Sekali sudah cukup. Lagi 10 keping gambar si comel Elfira Loy dengan membaca entri ini sepenuhnya.
elfira loyP.S: Ibu dan anak berjalan beriringan, sentiasa ceria bersama bila menyambut hari lebaran. Pelbagai pilihan pakaian baju kurung boleh digayakan bersama. Turut ditawarkan ialah jubah, blouse, baju melayu, baju menyusu dan banyak lagi. Maklumat lanjut sila layari www.ronaronacollection.blogspot.com sekarang juga.

elfira loy
elfira loy
elfira loy
elfira loy
elfira loy
elfira loy
elfira loy
elfira loy
elfira loy
elfira loy

Baca Yang Ini Pulak:-


Eira Syazira - Google Blog Search

Eira Syazira - Google Blog Search


<b>Eira Syazira</b> tertekan didera Azad Jazmin di rumah - Cerita Kosong Ku

Posted: 27 Jun 2013 10:28 AM PDT

Eira Syazira tertekan didera Azad Jazmin di rumah - Sejak melahirkan anak pertama mereka pada 11 Januari 2013 lalu, Eira Syazira kini berdepan tekanan dan paksaan dari suaminya, Azad Jazmin untuk menguruskan badan dan langsing seperti sewaktu zaman anak daranya dulu.

Menerusi majlis Seindah Ramadan TV3 di sebuah restoran beberapa hari lepas, Eira memberitahu dia kini mahu memastikan berat badannnya ditahap ideal kerana jika tidak, suaminya, pelakon dan pengacara Azad Jazmin tidak akan membenarkannya kembali aktif berlakon, sebaliknya duduk di rumah menjaga anak.

"Masa dalam pantang, berat saya 80kg lebih. Tapi sekarang Allhamdulillah dah turun jadi 52kg. Sebenarnya Azad letak syarat, kalau saya nak aktif berlakon semula, saya kena kena dapatkan bentuk badan macam dulu. Kalau tak dapat, dia suruh saya jaga anak jer kat rumah."
"Jadi saya nak buktikan pada Azad yang saya boleh sahut cabaran dia. Saya diet sendiri. Sebenarnya dia takut saya gemuk sebab dia tak nak nanti saya dapat tawaran berlakon watak mak, mak. Dia nak saya dapat balik watak-watak macam dulu. Suami saya tu memang sarkastik sikit."
Berkongsi pengalamannya selepas bergelar ibu, Eira Syazira mengakui semakin memahami bertapa besarnya pergorbanan seorang ibu. Bahkan baginya masa 24 jam tidak mencukupi kerana bukan sahaja perlu menguruskan anak dan keluarga malah dia perlu berkejar ke lokasi penggambaran.
"Kadang-kadang tu rasa 24 jam memang tak cukup bagi saya. Siang saya sibuk dengan shooting. Habis shoot jer saya terus balik, anak pula dan tidur. Saya tak ada pembantu. Kalau keluar shooting, mak mentua yang tolong jaga anak saya. Kat set pula, saya asyik fikir pasal anak jer. Azad pun macam tu juga."

Bagaimanapun, Eira sangat bersyukur kerana sejak kelahiran anak pertamanya, Amarra Sofea Rose, rezeki mereka sekeluarga semakin bertambah. Yang terbaru, dia baru sahaja dilantik menjadi duta produk Ultra Shine Whitening yang bakal dilancarkan pada 17 Ogos depan.

Gambit Saifullah - Google Blog Search

Gambit Saifullah - Google Blog Search


Gambar <b>Gambit Saifullah</b> kemalangan Langgar Tembok. - UtaraNews

Posted: 10 Jun 2013 12:30 AM PDT

Pelakon yang penuh kontroversi, Gambit Saifullah sejak kebelakangan ni agak menyepi selepas penampilannya di dalam rancangan realtiti TV Fear Factor mendapat banyak kritikan kerana bermulut celupar.
Gambit yang sebelum ini pernah membintangi filem Cinta Kura-Kura juga dilihat semakin jarang berlakon dalam mana-mana drama mahupun layar perak.
Namun lewat malam tadi, OHBULAN! ada menerima 5 keping gambar menunjukkan Gambit Saifullah yang dipercayai terlibat dalam sebuah kemalangan kecil.
Keadaan kereta yang terbabas
Dalam kejadian itu, terdapat sebuah kereta berwarna putih terbabas hingga memasuki kawasan kaki lima jalan. Namun setakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada Gambit adalah pemandu kereta itu.
OHBULAN! telah cuba menghubungi Gambit bagi mendapatkan penjelasan namun tiada respon. Bagaimanapun melalui gambar dibawah, Gambit kelihatan baik dan dipercayai tidak mengalami kecederaan.
Betul ke Gambit terlibat dalam kemalangan jalan raya atau itu cuma sekadar gimik krew produksi untuk tujuan penggambaran?
Kalau betullah kemalangan ini cuma gimik, OHBULAN! pasti ramai peminat tak sabar nak menantikan kemunculan semula Gambit yang lama menghilang ni.
Gambit dan beberapa orang lagi sewaktu kejadian

Intan Ladyana - Google Blog Search

Intan Ladyana - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Intan Ladyana</b> Nafi Keluar MIG - Gua.com.my

Posted: 01 Jul 2013 09:00 AM PDT

Pelakon cantik, Intan Ladyana menafikan khabar angin mengatakan dia telah membuat keputusan untuk keluar dari syarikat pengurusannya, Meltrowealth International Group (MIG). Intan ketika ditemui menjelaskan yang kontraknya masih tinggal lebih kurang 3 tahun lagi bersama pengurusan tersebut.

"Setakat ini saya tidak mempunyai sebarang aduan yang ingin dibuat terhadap MIG. Mungkin ramai yang keluar dari MIG kerana mereka mempunyai isu dengan syarikat pengurusan. Jika saya ingin berubah angin pun bukan dari segi syarikat pengurusan, sebaliknya dari aspek kerja saya sendiri," kata Intan ketika ditemui di majlis Seindah Ramadan anjuran TV3 di Restoran Al-Rawsha, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Intan menambah yang pengalaman diperoleh dari segi kerja, dan bukanlah syarikat pengurusan. Malah dia turut menjelaskan yang dia banyak diberikan tawaran dari syarikat produksi luar melalui MIG sendiri.

Umum mengetahui pengarah urusan MIG David Teo agak tegas sekiranya artis di bawah naungan syarikatnya bercinta, namun Intan dan Kamal yang bernaung di bawah pengurusan yang sama mendapat kelonggaran serta kebenaran dari bos mereka. 

"Kami pernah membincangkan hal ini dengan David sendiri dan dia memberikan pengecualian kepada hubungan kami. Dia mempunyai sebab tersendiri untuk keputusan yang dibuat olehnya. Mungkin David tidak mahu artis mencampur adukkan urusan kerja dan cinta serta demi menjaga nama baik syarikat sendiri," katanya.

Apabila ditanya mengenai hala tuju hubungan cintanya yang sudah mencecah 4 tahun lebih, Intan berkata yang semestinya mereka menginginkan yang terbaik untuk hubungan tersebut. Intan dan Kamal pernah membincangkan mengenai hal ini namun belum mempunyai tarikh lagi untuk berkahwin.

Noorkhiriah - Google Blog Search

Noorkhiriah - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Noorkhiriah</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Jun 2013 03:09 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Noorkhiriah</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2013 03:21 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Noorkhiriah</b> - Google Blog Search

Posted: 11 May 2013 03:13 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Noorkhiriah</b> - Google Blog Search

Posted: 04 May 2013 03:09 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Noorkhiriah</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Feb 2013 03:16 PM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Noorkhiriah</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Nov 2012 03:10 PM PST


Kasih Salina: Cantik - Kini <b>Noorkhiriah</b> Pulak Yang Pakai Tudung

Posted: 07 Jun 2012 03:52 AM PDT

"Namun, kini saya sudah bertekad mahu bertudung sepenuhnya dan tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Tidak dinafikan memang ada pihak yang mula memandang sinis terhadap penampilan saya ini, tetapi inilah keputusan saya sekarang," -Noorkhiriah
Alhamdulillah, dah semakin ramai artis wanita yang berubah mahu memakai tudung. Mungkin dah mulai sedar akan kewajipan wanita Islam memakai hijab. Diharapkan biarlah mereka ini betol-betol insaf dan ikhlas nak memakai tudung kerana Allah dan bukannya ikut trend. Kini Noorkhiriah Pulak Yang Pakai Tudung. 
Sebenarnya Noorkhiriah sebelum ini sudah memakai tudung, tapi on-off la, kejap pakai dan lepas tu tak pakai pulak. Mungkin disebabkan sekarang ni dah ramai artis wanita yang bertudung, menguatkan lagi semangat dan nekad Noorkhiriah untuk bertudung. Biasalah, nak berubah ke arah kebaikan memang berat dan payah, pelbagai dugaan dan rintangan yang datang. Semoga Noorkhiriah akan mengekalkan imej bertudung.

Gambar Terbaru <b>Noorkhiriah</b> Sarat Mengandung

Posted: 09 Apr 2012 06:20 PM PDT

Sudah lama kiranya  tidak mendengar berita dari pelakon berbakat besar ini..
Rupa-rupanya Noorkhiriah tengan sarat mengandung 6 bulan!

 Noorkhiriah tampak manis bertudung..
Semoga kekal dengan bertudung hingga akhir hayat.

kumpulan Jinbara - Google Blog Search

kumpulan Jinbara - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Jun 2013 01:10 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jun 2013 01:18 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Feb 2013 01:43 PM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jan 2013 01:33 PM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Sep 2012 01:50 PM PDT


Penjenamaan <b>Jinbara</b> | Rock It MySelebriti

Posted: 30 Aug 2012 10:20 PM PDT

DIAM bukan bererti menyepi. Diam-diam kumpulan yang popular dengan lagu Farhana (Puteri Bumi Kenyalang), Jinbara, mereka sebenarnya ligat mempromosikan jenama 'Jinbara' dengan memberi peluang kepada peniaga muda di Kampung Kemensah, Hulu Klang, untuk berniaga melalui bantuan diberikan.

Menurut mereka, inisiatif ini dilakukan sebagai usaha membantu mengangkat nama Kampung Kemensah yang mula terkenal sejak kumpulan terbabit membuka pusat rekreasi iaitu Rimba Jinbara tujuh tahun lalu.

Masing-masing ligat mencari idea bagi mempertahankan Jinbara dengan membuktikan walaupun tanpa kehadiran album baru, mereka masih bergerak aktif.

Bagi pengasas projek, Mohd Jeffry Johari, 38, atau Cepot, peluang itu dilakukan bukan saja untuk mempromosikan kumpulan Jinbara, malah ia sebagai bantuan yang diberikan kepada mereka memerlukan selain anak kampung dan juga ibu tunggal.


Katanya, selain bantuan pekerjaan kepada beberapa ibu tunggal yang terpilih sepanjang bulan puasa lalu berniaga di bazar Ramadan, mereka juga sedang berjinak-jinak mengembangkan produk daripada makanan kini menjual aksesori wanita dan bakal menghasilkan pakaian tidak lama lagi.


"Untuk projek ini saya bekerjasama dengan Mohd Nizam Mohd, 36, atau Aqin dan kami baru saja membuka gerai jualan di Uptown Rampai Business Park, Kuala Lumpur. Sebagai permulaan kami menjual aksesori keperluan wanita dan insya-Allah jika berjaya kami akan mengeluarkan pelbagai produk atas nama Jinbara.

"Pastinya semua ini memerlukan modal yang besar dan perniagaan pula dijalankan oleh anak kampung yang terpilih justeru kami berharap segala-galanya berjalan lancar. Mungkin ada beranggapan kami sangat berani memberikan orang lain menguruskan perniagaan, bagi saya sebagai peniaga pastinya ada untung rugi dan segala yang kami berikan atas rasa kepercayaan jika ditakdirkan ditipu oleh mereka yang dibantu, saya anggap itu salah satu risiko yang perlu ditanggung," katanya.

Bukan saja Cepot dan Aqin, Abd Halim Hassan, 43, atau Anjang juga turut ligat melakukan perkara yang sama di mana baru-baru ini dia memberi dana kepada tujuh ibu tunggal di Shah Alam berniaga Nasi Ayam dan Ayam Penyet Jinbara di bazar Ramadan sekitar Shah Alam.

Katanya, minat membantu mereka timbul sejak dia menyertai Sukarelawan Kota Anggerik, Shah Alam di mana banyak masalah kewangan dihadapi beberapa ibu tunggal dan kurang mendapat perhatian pihak tertentu menarik perhatiannya.

"Setiap kami punyai cara masing-masing untuk mempromosikan jenama Jinbara, walaupun tidak tampil dengan lagu baru kami dengan cara yang kami lakukan diharap dapat terus mengekalkan ingatan peminat kepada kami. Walaupun masing-masing punya cara sendiri, matlamat kami tetap sama iaitu membantu mereka yang memerlukan di samping mengukuhkan nama Jinbara. Saya berharap projek membantu ibu tunggal pada Ramadan tahun depan akan lebih terbuka luas dan mencerahkan lagi peluang kami untuk bekerja keras dan sentiasa diingati peminat," katanya.

Selain Cepot, Aqin dan Anjang, Jinbara yang turut dianggotai oleh Shamsul Bakhtiar Zakaria, 42, (Tiar) dan Ahtan Shahrin Sabudin, 34, (Ahtan) sedang sibuk mempromosikan kompilasi lagu duet mereka bersama Fiq Mentor, Milik Siapakah Gadis Ini lagu asal nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad.

Bagi Tiar dan Ahtan walaupun tidak terbabit secara langsung dalam projek penjenamaan kumpulan Jinbara mereka tetap memantau dan menyokong apa saja aktiviti yang dilakukan.

"Saya menyokong setiap pembabitan dilakukan mereka asalkan ia membawa kebaikan kepada kami semua. Sepanjang Ramadan lalu saya tidak terbabit dengan mana-mana kerja dan hanya menghabiskan masa menguruskan anak-anak yang sedang membesar dan insya-Allah selepas ini kami semua akan sibuk dengan promosi album Kolaborasi Mental yang akan berada di pasaran sedikit masa lagi," kata Tiar.

Pada Ahtan, semangat menaikkan nama Jinbara adalah peluang baik untuk mereka sama-sama mempertahankan kumpulan ini supaya tidak berkubur. Kewujudan Rimba Jinbara secara tidak langsung menjadikan mereka duta, sekali gus menarik perhatian peminat untuk berkunjung ke pusat riadah berkenaan.

"Sebagai salah seorang ahli kumpulan ini, pastinya saya menyokong penuh apa juga yang dilakukan oleh teman lain asalkan ia membawa kebaikan kepada semua. Mungkin saya tidak mampu menolong daripada segi modal dengan sokongan moral yang diberikan diharap Jinbara akan terus bertahan dan bertakhta di hati peminat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 31/08/2012

Harian Metro

Media Shah Alam – PHOTO TERKINI <b>KUMPULAN JINBARA</b> <b>...</b>

Posted: 02 Jul 2012 08:35 PM PDT

Jinbara -Kumpulan ini sedang mengadakan latihan untuk persembahan di Kuala Lumpur beberapa hari lagi,Antara yang hadir semasa sesi latihan ,Anjang,Hakim.Atan,Chepot,Manakala Tiar penyayi kumpulan ini tidak dapat hadir kerana ada urusan, Peralatan muzik disediakan oleh pertubuhan bukan Kerajaan "Persatuan Kebajikan Shah Alam" syabas Jinbara dan "Persatuan Kebajikan Shah Alam" Media Shah Alam sempat merakam beberapa foto untuk tatapan para peminat Jinbara,,,,,,,

See more here:
PHOTO TERKINI KUMPULAN JINBARA-LATIHAN MUZIK

Use this unique QR (Quick Response) code with your smart device. The code will save the url of this webpage to the device for mobile sharing and storage.

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


<b>Zizan Razak</b> Nafi Kini Bercinta Dengan Elfira Loy | ROTIKAYA

Posted: 28 Apr 2013 05:37 PM PDT

Semenjak Zizan Razak mengumumkan yang hati beliau telah di'curi oleh seorang wanita, satu per satu andaian akan siapakah gerangan wanita itu timbul & yang terbaru ianya di'khabarkan Elfira Loy.

Selepas di'gossipkan bercinta dengan Kaka dan juga Emma Ma'embong, Zizan Razak kini cuba di'kaitkan pula dengan pelakon remaja kecil molek Elfira Loy tetapi pantas dinafikan pelawak tersebut.

"Saya mengenali Elfira Loy sebagai rakan artis dan memang dia seorang gadis yang baik. Personalitinya pun menarik dan saya senang mempunyai teman seperti dia," ujar Zizan Razak kepada portal Murai.

Zizan Razak juga sekali lagi bercerita tentang gadis yang berjaya mencuri hatinya namun enggan memberitahu sama ada dia seorang selebriti atau tidak. Hadiah iPhone 5 juga masih misteri siapa pemberinya.

"Saya memang ada menyebut berkenaan seorang wanita. Tetapi saya tidak sebut pula siapakah orangnya. Sama ada artis atau tidak, habis di situ sahaja," tambah Zizan Razak yang ingin berkahwin sebelum usia 30 tahun.