Nuffnang

Ahad, 21 Julai 2013

Scha Alyahya - Google Blog Search

Scha Alyahya - Google Blog Search


Genap Setahun Berkahwin, <b>Scha al-Yahya</b> Belum Fikir Soal Miliki <b>...</b>

Posted: 09 May 2013 06:28 PM PDT

Ya juga, di kala teman selebriti yang lain rancak menimang cahayamata sehingga ada yang hamil berturut turut pasti ada peminat yang tertanyakan bila pasangan romantis ini ingin memiliki anak sendiri.

Scha al-Yahya yang ditemui Sinar Harian baru baru ini berkata yang beliau memang telah bersedia untuk bergelar ibu tetapi buat masa sekarang beliau dan suami belum berfikir lagi soal anak.

"Buat masa ini, kami masih sibuk dengan kerjaya masing-masing. Jadinya tidak pernah terlintas persoalan di fikiran kami mengenai anak"

"Saya tidak risau kerana ia baru tahun pertama & ia peratusan normal jika masih belum punyai zuriat. Pun begitu, saya tidak menolak sekiranya ada rezeki," jelas hos bersama Muzik Muzik musim ke 28 ini.

Perkahwinan Scha al-Yahya & Awal Ashaari genap setahun pada 4 Mei lalu namun menurut pasangan ini mereka tidak amalkan menyambut tarikh sebegini kerana tidak mahu menjadi rutin.

"Saya lebih selesa sederhana dan tidak meletakkan waktu-waktu tertentu untuk meraikan bersama suami. Jika ada rezeki lebih, Awal akan bagi hadiah dan begitu juga dengan saya," tambah Scha.

Tahniah atas ulang tahun perkahwinan pertama Scha al-Yahya & Awal Ashaari dan semoga hubungan suami isteri ini kekal selamanya. Berikut beberapa keping gambar terbaru pasangan ini untuk tatapan anda. Enjoice!

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search


<b>Sharnaaz Ahmad</b> Pakai Rantai Emas? - Gossip Artis Malaysia

Posted: 03 Jul 2013 11:02 PM PDT

Pada: Khamis, 4 Julai 2013 Isu pemakaian rantai memang tidak elok dipandang bagi orang Melayu terutama orang Islam apatah lagi kalau ada emas, memang sah haram. Sharnaaz Ahmad juga ada pakai rantai sepertinya berwarna emas ke atau biji-bijian yang ni tak pasti, nampak memang seperti emas.

Apa sudah jadi dengan Sharnaaz ni, adakah setelah frust bercinta dia berubah kepada 180 darjah? ha. Pelik tapi itu lah yang dimuatnaik oleh Sharnaaz  apabila dia memakai rantai emas.

Tak dapat dipastikan kalau iikutkan dalam laman Instagram tu, dia berada di Phuket mungkin bercuti kot. Tapi ada yang mengatakan  dia pakai cuma untuk berlakon je, untuk filem Sindiket katanya.

Mana satu benar atau tidak tak tahu lah. Tengok komen di Instagram tu, takde satu pun yang bahas penggunaan rantai tu.

Tag : , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Fahrin Ahmad - Google Blog Search

Fahrin Ahmad - Google Blog Search


<b>Fahrin Ahmad</b> Dah Tak Kuasa Nak Layan Cinta? - Murai.com.my

Posted: 15 Jul 2013 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

KUALA LUMPUR, 15 JULAI 2013: Setelah melalui pelbagai pengalaman cinta yang tidak kesampaian pada masa lalu, aktor berbadan sasa, Fahrin Ahmad akui dia kini tidak terdesak untuk bercinta kembali. Malah, Fahrin Ahmad berkata di usianya yang kini mencecah 34 tahun dia sudah cukup stabil dan selesa untuk hidup sendiri.

"Terus-terang di usia yang sudah mencecah pertengah 30-an ini, saya sudah selesa dengan cara hidup bujang atau seorang sahaja. Kadang-kadang tu pernah terdetik rasa risau juga apabila sudah terlalu selesa dan sudah pandai mengurus diri sendiri daripada membasuh baju, mengemas rumah dan sebagainya.

"Tambahan pula, masalah saya sekarang, saya sudah malas untuk memulakan perkenalan dalam percintaan iaitu seperti ketika usia 20-an dulu dan mungkin usia kini sudah mematangkan saya.

"Selain itu, pengalaman cinta lal, telah membuatkan saya kini lebih tenang dan tidak terdesak untuk mencari pasangan. Dalam bahasa kasarnya kini saya dah tak kuasa nak layan cinta seperti dulu. Namun saya tak menolak jika sudah tiba masanya jodoh saya kerana saya pasti jodoh saya itu ada untuk saya," katanya kepada murai.com.my selepas Program Amal PNB Darby Park yang berlangsung di hotel tersebut.

Namun, Fahrin Ahmad akui dia pernah rasa sunyi hidup seorang, lebih-lebih lagi ketika menyambut Ramadan.

"Sebenarnya, ketika menyambut puasa tahun-tahun sebelum ini saya tak nafikan memang saya sudah mula rasa sunyi apabila terpaksa berpuasa seorangdiri tanpa teman atau kekasih. Tapi kali ini tidak pula, malah saya lebih suka memikirkan mengenai kerjaya dan sibuk dengan aktiviti seni saya.

"Lagipun, jika hendak bercinta kembali, saya akan jadi lebih fussy sedikit kerana saya susah nak percaya sama ada orang itu boleh terima saya seadanya atau tidak, begitu pula dengan saya sebaliknya,"luahnya lagi.

Fahrin yang masih mengacarakan program Intai Gelanggang di TV2 itu bakal memulakan penggambaran tak lama lagi di bulan puasa ini untuk sebuah telemovie terbitan Zeel Production Sdn Bhd.

Zul Handyblack - Google Blog Search

Zul Handyblack - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Zul Handyblack</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Jun 2013 07:02 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Zul Handyblack</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jun 2013 07:05 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Zul Handyblack</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Apr 2013 07:37 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Zul Handyblack</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Feb 2013 07:04 AM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Zul Handyblack</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jan 2013 07:09 AM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Zul Handyblack</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Jan 2013 07:40 AM PST


Seri hidup <b>Zul</b> &#39;<b>Handy Black</b>&#39; Suphiaan |

Posted: 10 Oct 2011 04:32 AM PDT

Zul "Handy Black" Suphiaan bersama isteri tersayang, Fiza.

Kesempatan bertemu Nurzul Suphiaan ataupun lebih dikenali sebagai Zul 'Handy Black' Suphiaan sewaktu penggambaran filem Super Duper Lover memang MiG Online tak lepaskan, nak-nak hari tu Zul Suphiaan datang ke set bersama buah hati beliau. Sangat romantik dan lovely gitu MiG Online tengok mereka berdua. <3

Kepada peminat-peminat Zul Suphiaan yang masih taktau, Zul telahpun menamatkan zaman bujang beliau pada bulan Ogos lepas dalam majlis kecil-kecilan. Majlis diadakan dalam keadaan sederhana atas permintaan keluarga. Ok la tu bro, janji happy, kan? ;)

Tersipu-sipu abang Zul kita bila MiG Online tanya camner boleh kenal dengan isteri beliau. Kata Zul "Agak dramatik jugak sebenarnya macam mana Zul kenal isteri Zul ni. Zul suka lepak dengan kawan-kawan Zul dekat sebuah restoran dan kebetulan isteri Zul pun suka spend masa dengan kawan-kawan dia di kedai yang sama. Dalam setahun jugak la Zul perasan isteri Zul tapi segan nak tegur," Ahaha.. Kiut je dengar, tak sangka rockers macam Zul pun segan-segan. Dalam hati ada taman katanya. ;)

Namun awal bulan Mac tahun nie, Zul memberanikan diri untuk menegur Fiza, yang akhirnya hampir 6 bulan kemudian, jadi isteri Zul yang sah.. Amboi, dalam segan-segan tu laju jugak abang Zul ni… Hehe.

Zul - Lega selepas kahwin hidup lebih teratur dan terurus.

"Alhamdulillah lega sangat bila dah kahwin nie. Bukan saja dapat elak gosip, hidup Zul pun dah semakin terurus. Kalau dulu masa shooting je baru Zul makan," kata Zul tertawa.

Kalau dengar statement seterusnya mesti ramai yang terkejut termasuk MiG Online. Sebelum Zul berkenalan rapat dengan isterinya, beliau langsung tidak mengenali siapakah Zul Handy Black. Terkedu MiG Online yang kaki karok ni dengar. Hehe.

"Sebenarnya bila nak dekat sebulan rapat baru la Fiza kenal siapa Zul Suphiaan. Mula-mula ingat mat motor mana, bila Zul bagi DVD filem Mantra, terkejut tengok Zul rupanya artis. Tapi apapun Fiza bersyukur berkenalan dan menjadi isteri Zul. Walaupun nampak ganas, tapi Zul sangat charming,"

Walaupun dah hampir 3 bulan berkahwin, disebabkan jadual Zul yang padat, mereka masih belum lagi dapat berbulan madu tapi menurut Zul dan Fiza, mereka bercadang untuk berbulan madu di Sipadan. Haa, kerlass sokong Cuti-Cuti Malaysia. Harap kita-kitapun ikut langkah Zul Suphiaan, lagi seronok berbulan madu kat Malaysia aje, kan? ;)

Orait, apa-apapun MiG Online mendoakan kedua-kedua Zul Suphiaan dan Fiza berbahagia hingga hujung nyawa. :)

Manje je nampak Zul dengan isterinya. <3

(Gambar) Perkahwinan <b>Zul Handy Black</b> & Fyza | ambooyats@blog

Posted: 22 Jul 2011 04:21 AM PDT

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Zul Handyblack</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jun 2013 07:18 AM PDT

Jehan Miskin - Google Blog Search

Jehan Miskin - Google Blog Search


<b>Jehan Miskin</b> Sedih Berpuasa Seorang Diri - MalaysianDigest

Posted: 17 Jul 2013 05:17 PM PDT

Walaupun sudah bergelar suami tapi sudah beberapa minggu rutin harian pelakon dan pengarah Jehan Miskin tidak ubah macam orang bujang. Disebabkan ketiadaan isterinya Julie Camelia Rhee di sisi, Jehan terpaksa menguruskan makan pakainya sendiri. Termasuklah menjalani ibadah berpuasa sendirian.

"Allhamdulillah puasa okay. Tapi sedih sikit lah sebab saya berpuasa sorang-sorang. Isteri saya sekarang berada di Jepun atas tugasan kerja. Jadi saya macam orang bujang lah sekarang. Berbuka seorang. Isteri saya tak ada, saya tak bangun sahur sebab saya ni selalu tidur lewat.

"Lagipun saya baru balik dari menjalani penggambaran program travelogue di Sabah. Sejak 1 Ramadan tu memang saya berpuasa di Sabah dan berbuka dengan kru-kru produksi. Sekarang dah balik KL, berbuka seorang, macam orang bujang. InsyaAllah isteri saya balik hujung minggu ini. Dia balik nanti saya memang tak sabar nak berpuasa bersama-sama dia. Nak suruh dia masak dan bersahur bersama", kata Jehan kepada Malaysian Digest.com ketika ditemui pada Majlis Berbuka anjuran Astro bertempat di Hotel Hilton Kuala Lumpur, malam tadi. 

Jehan berkahwin dengan Camelia yang merupakan warganegara Korea, pada 4 Mei lalu selepas lima tahun bercinta. Majlis pernikahan mereka berlangsung secara tertutup di Carcosa Seri Negara Kuala Lumpur.

Dalam pada itu Jehan turut memberitahu kesibukan masing-masing menyebabkan hingga kini dia dan isteri belum sempat pergi berbulan madu. Namun Jehan merancang mahu membawa isterinya berbulan ke Pulau Maldives.

"Kami tak sempat lagi pergi bulan madu. Mulanya ingat nak pergi masa raya nanti. Tapi raya kedua nanti dia (Camelia) pula terpaksa pergi semula ke Jepun. Sekali lagi lah saya ditinggalkan. Tapi tak apa, bagus juga kalau ditinggal-tinggalkan sebab bila berjauhan buat kami lagi rindu.

"Jadi bila nak pergi masa raya tak jadi, masa ynag kami ada cuma pada cuti hari merdeka nanti. InsyaAllah masa tu kami akan pergi bulan madu. Perancangannya nak ke Maldives tapi kami belum pilih lagi pulau yang mana sebab di Maldives banyak pulau.

Perkembangan terkini, Jehan baru saja selesai menjalani pengambaran program Travelogue, Sabah Route Trip. Program tersebut menyaksikan Jehan sebagai hos menggembara ke tempat-tempat menari di negeri dibawah bayu itu dengan menaiki motosikal.

Kecewa 'What If' Kena Potong

Selain itu, drama bersiri pertama arahannya What If kini sedang rancak ditayangkan pada Setiap Rabu jam 9.30 malam di saluran 8TV.  

Dalam pada itu Jehan turut meluahkan rasa kecewa apabila drama terbitan syarikatnya itu diberitakan terpaksa melalui proses pemotongan.  

"Episod-episod sebelum ni tak ada pemotongan. Tapi untuk episod ke tujuh berkisar tentang karnibal, pihak 8TV minta saya re-edit semula. Jadi kita terpaksa buang beberapa babak yang agak sensitif dan tak sesuai untuk tontonan umum. Saya difahaamkan selepas re-edit pun, pihak LPF masih buat pemotongan.

"Pada saya, saya tak kisah kalau ada pemotongan tapi biarlah munasabah. Jangan sampai menjejaskan jalan cerita. Saya bimbang kalau disebabkan pemotongan itu, penonton tak faham dengan jalan cerita tersebut.  Nanti seolah-olah kita pula yang terbitkan cerita yang tak masuk akal. Tapi apa yang saya tahu, setakat ni ia tak menjejaskan jalan cerita", katanya.

What If, siri kisah seram dan suspen yang mengisahkan seorang pemuda (Imzan) yang mengalami pelbagai kisah pelik sejak di usia 15 tahun. Dia kemudiannya mengalami gangguan emosi dan mula menulis kisah-kisah orang di sekeliling dalam sebuah buku. Tanpa disangka apa yang ditulis itu berubah menjadi realiti. 

Memaparkan kisah sangat menarik pada setiap episod seperti What If A Mother Become Serial Killer, What If Man Become Woman, What If Buried Life, What If Overnight Famous dan banyak lagi. Antara pelakon lain yang turut menjayakan dram ini seperti Azizah Mahzan, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Elaine Daily, Nas-T, Chelsia Ng, Peter Davis, Reefa, Julie Woon, Prem Shanker dan ramai lagi. 

- mD

Iqram Dinzly - Google Blog Search

Iqram Dinzly - Google Blog Search


<b>Iqram Dinzly</b> Akui Terkilan Tahu Berita Pertunangan Fouziah Gous |

Posted: 16 Jul 2013 08:36 PM PDT


Dengan tidak berselindung lagi, pelakon dan pengacara Iqram Dinzly mengaku kepada mStar Online yang dirinya terkejut sebaik saja mengetahui tentang kisah pertunangan Fouziah Gous dengan Md Zhafran Md Yusof. Ini kerana dia tidak menyangka yang wanita itu mempunyai kekasih hati.

Tambah Iqram, dia hanya mengetahui tentang pertunangan tersebut dua minggu sebelumnya melalui media. Katanya:-

Saya ralat melihat cara dia (Fouziah) seperti tergesa-gesa untuk bertunang. Benda-benda penting macam ini dia tidak beritahu pun lebih awal kepada saya.

Orang tahu macam mana keakraban perhubungan kami, tetapi saya hanya diberitahu dua minggu sebelum majlis. Itu pun saya dapat tahu lebih awal selepas membaca laporan di majalah.

Sebenarnya saya tidak mahu komen panjang tentang hal ini kerana apa yang dah berlaku terlalu merumitkan. Jadi lebih baik saya berdiam.

Menurut Iqram lagi, dia tidak lagi berhubung dengan Fouziah sejak wanita itu melangsungkan pertunangan. Iqram turut mendoakan kebahagian Fouziah, dan menafikan tubuhnya makin kurus kerana 'makan hati' dengan pertunangan tersebut.

Sebaliknya, badan Iqram susut kerana sibuk bekerja, tambahan pula sekitar Februari, dia menjalani penggambaran sebuah drama selama dua bulan di Singapura.

Iqram Dinzly kacak orangnya dan pandai memasak pula. Rasanya tidak sukar beliau mencari pengganti. Kata orang, ada banyak ikan dalam laut. Kann?

Baca Yang Ini Pulak:-


<b>Iqram Dinzly</b> Mengaku Terkilan Dengan Sikap Fouziah Gous <b>...</b>

Posted: 16 Jul 2013 07:08 PM PDT

Semalam, ada media melaporkan yang khabarnya Iqram Dinzly semakin kurus kerana makan hati selepas teman tapi mesranya selama ini, Fouziah Gous telah bertunang dan menjadi milik orang.

BACA: Iqram Dinzly Makan Hati Bila Fouziah Gous Bertunang?

Bercakap kepada mStar Online hari ini, Iqram Dinzly menafikan dakwaan yang kononnya beliau makan hati dengan pertunangan Fouziah Gous sehingga membuatkan berat badannya turun mendadak.

Namun, Iqram Dinzly berkata beliau terkilan apabila hanya mengetahui pertunangan Fouziah Gous menerusi media & hanya di'beritahu oleh tuan punya badan kira kira dua minggu dari tarikh majlis.

"Saya ralat melihat cara dia seperti tergesa-gesa untuk bertunang. Benda-benda penting macam ini dia tidak beritahu pun lebih awal kepada saya"

"Orang tahu macam mana keakraban perhubungan kami, tetapi saya hanya diberitahu dua minggu sebelum majlis. Itu pun saya dapat tahu lebih awal selepas membaca laporan di majalah"

"Sebenarnya saya tidak mahu komen panjang tentang hal ini kerana apa yang dah berlaku terlalu merumitkan. Jadi lebih baik saya berdiam," tambah Iqram Dinzly lagi yang mengakui tidak berhubung dengan Fouziah Gous sejak pertunangan aktress itu.

<b>Iqram Dinzly</b> Makan Hati Bila Fouziah Gous Bertunang? | ROTIKAYA

Posted: 15 Jul 2013 05:38 PM PDT

Rasanya semua orang tahu yang Iqram Dinzly dan Fouziah Gous sangat rapat dan pernah juga di'gossipkan bercinta tetapi sehingga ke akhirnya mereka masih kekal sebagai sahabat baik sahaja.

Dalam ruangan gossip Harian Metro hari ini, Iqram Dinzly khabarnya kini sedang makan hati apabila insan yang di'pujanya itu kini sudah menjadi tunangan orang — sehingga diri semakin kurus.

Namun apabila di'tanya, Iqram Dinzly berkata perubahan fizikal beliau hanyalah kerana sibuk bekerja dan letih berlakon.

Kalau betul Iqram Dinzly makan hati kerana Fouziah Gous bertunang sehingga menjejaskan keadaan diri sendiri, ada eloknya tengok kembali perjalanan hidup sendiri dan cari seseorang yang lain sebagai teman.

Bukan'nya tidak kacak dan menjadi pujaan ramai gadis di luar sana 'kan?

awi rafael - Google Blog Search

awi rafael - Google Blog Search


Hanez Suraya Dan <b>Awi Rafael</b> Berpisah Bukan Kerana Kewujudan <b>...</b>

Posted: 01 Jul 2013 09:53 PM PDT


Selalunya percintaan yang gagal di tengah jalan adalah kerana kewujudan orang ketiga. Rumahtangga banyak runtuh pun kerana si suami melayan wanita lain dan si wanita mengorat suami orang. Namun dalam perhubungan Hanez dan Awi, tiada unsur orang ketiga yang menyebabkan hubungan mereka putus.

hanez suraya

Secara logik, kalau ada orang ketiga yang nak mengorat Hanez memang boleh diterima akal. Orangnya memang cantik. Walaupun sudah berpisah, Hanez masih gagal melupakan Awi. Kata Hanez kepada Mstar Online:-

Susah untuk melupakan dia kerana saya benar-benar sayangkan dia, namun saya perlu terima keputusan ini.Sebelum buat keputusan untuk putus hubungan, kami sudah berpisah lama dan dalam tempoh sebulan itu kami cuba untuk perbaiki hubungan tersebut tetapi gagal.

Kalau ada pihak ketiga pasti ada berlaku perbalahan tapi ini tidak. Perpisahan kami disebabkan hubungan kami 'panas' dan sering kami juga bertengkar. Apa sahaja perkara, kami sudah tidak sehaluan dan akhirnya kami ambil keputusan untuk berpisah.

hanez suraya

Mungkin ada jejaka di luar sana yang sudah memasang niat untuk mengorat Hanez. Lupakanlah hasrat anda itu. Hanez buat masa ini ingin memberi fokus kepada kerjayanya. Kata Hanez:-

Saya tidak mahu lukakan hati sesiapa kerana jika saya berkawan dengan lelaki, ia pasti hanya untuk melepaskan rasa sedih ini. Biarlah buat masa ini saya sendiri dan fokus kepada kerjaya saya sepenuhnya

Jadi diharap kepada yang nak mengorat, silalah bersabar. Bagi peluang untuk Hanez kembangkan bakat dan kerjaya lakonannya terlebih dahulu. Bagilah dalam setahun dua. Lepas itu kalau anda nak mengorat Hanez, dipersilakan. Hehehe.

P.S: Proposal yang sangat romantik

Baca Yang Ini Pulak:-