Nuffnang

Sabtu, 15 Mac 2014

Arja Lee - Google Blog Search

Arja Lee - Google Blog Search


“Tak Main La Nak Tiru Imej Orang” – <b>Arja Lee</b> – Perak Today

Posted: 09 Mar 2014 11:00 AM PDT

Arja Lee Main"Tak main la nak tiru-tiru orang…"! Itulah reaksi spontan pelakon Arja Lee yang tampil mengenakan imej tuksedo semasa pelancaran single pertamanya berjudul Cerita Pada Semua di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bukannya apa… Arja dikatakan cuba meniru gaya penyanyi Anuar Zain yang kerap kali muncul bersama imej sedemikian dalam majlis-majlis tertentu.

Oleh itu, timbullah suara-suara 'sumbang' yang antara lain cuba menyindir Arja kononnya dia cuba mencedok imej artis popular lain untuk dipadankan dengan dirinya ketika membuat keputusan untuk bergelar penyanyi.

"Tidak akan ada Anuar Zain kedua dan saya bukan meniru imejnya," katanya kepada mStar Online.

Arja berkata, dia memilih pakaian dari rona hitam rekaan Azura Couture itu kerana ingin memperkenalkan imejnya sebagai penyanyi kepada peminat.

Arja mahu mengekalkan imej tuksedo bagi memperkenalkannya sebagai penyanyi.

"Tuksedo adalah pakaian bersifat universal dan tidak semestinya hanya dihadkan kepada individu tertentu sahaja.

"Saya selesa dengan imej terbaharu ini dan akan mengekalkannya pada masa hadapan," ujarnya.

Pelakon filem …Dalam Botol ini kelihatan segak dan kacak apabila menggayakan imej berkenaan dan sesuai dengan usianya yang kini mencecah 30 tahun.

"Oh! Biasanya saya lebih selesa dengan pakaian kasual seperti t-shirt dan seluar jean sahaja. Tetapi sebagai seorang selebriti saya perlu sentiasa kelihatan kemas supaya tampak profesional," katanya.

Dalam pada itu ada juga orang berkata, walaupun imej berkenaan sesuai dan menyerlahkan lagi kekacakan Arja, tetapi sesuai ke untuk majlis yang dijayakannya itu?

Bukannya apa, sidang media itu diadakan pada waktu petang, ketika negara kita dilanda suhu panas luar biasa dan kebakaran hutan berlaku di sana-sini.Tuksedo biasanya sinonim dengan majlis-majlis makan malam.

Tapi bagi kami, soal cuaca bukanlah ukuran jika majlis berkenaan diadakan di kawasan atau dalam dewan berhawa dingin.

Seandainya Arja muncul dengan imej tersebut di bawah khemah kenduri kahwin… haha… alamatnya dia menempah cercaanlah. Apa-apa pun itu stail Arja, okeylah!

-mStar

siti nordiana - Google Blog Search

siti nordiana - Google Blog Search


Lagu Duet <b>Siti Nordiana</b> Dan Aliff Aziz - Hye Bro..!!!

Posted: 29 Jan 2014 08:55 PM PST

lagu duet siti nordiana

Sudah lama tidak mendengar lagu duet  penyanyi  Siti Nordiana yang sering  mendapat tempat dihati peminat. Terbaru, Siti Nordiana muncul dan sedang dalam proses menghasilkan lagu duet bersama penyanyi Aliff Aziz.

Siti Nordiana atau lebih mesra dipanggil Nana ditanya mengapa memilih Aliff Aziz.Jelas Nana, pemilihan dibuat oleh syarikat rakaman dan suara Aliff Aziz memang bersesuaian dengan lagu terbaru ini.

Ujar Nana, Aliff Aziz memiliki suara yang lembut dan rasanya sangat sesuai berduet bersamanya.

Bercakap mengenai lagu baru ini, Nana memberitahu lagu ciptaan Mawar Putih ini masih belum mempunyai tajuk dan baru sahaja selesai membuat sesi rakaman.

Katanya lagi, lagu ini masih berkisarkan tentang cinta tetapi lebih kearah kerohanian.Malah melihat kepada Aliff Aziz, Nana melihat auranya sebagai penyanyi duet lebih menaikkan namanya sebagai penyanyi biarpun mengetahui apabila berduet dengan Aliff Aziz akan mengundang pelbagai gosip.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Fahrin Ahmad - Google Blog Search

Fahrin Ahmad - Google Blog Search


<b>Fahrin Ahmad</b> Sudah Lali Ditanya Soal Kahwin – Perak Today

Posted: 17 Jul 2013 06:26 PM PDT

fahrin

Pelakon Fahrin Ahmad semakin lali apabila sering kali ditanya mengenai teman wanita dan perkahwinan sama ada daripada pihak media, keluarga atau pun rakan-rakan.

Fahrin, 34, berkata, perkara itu sebenarnya tidak mengganggunya kerana dia semakin selesa dengan kehidupan sekarang iaitu hidup bersendirian.

"Saya sekarang sudah berada pada tahap terbiasa dengan hidup bersendirian dan apabila sering ditanya mengenai soal kahwin, saya sudah lali dengan persoalan itu.

"Soal pertemuan, jodoh dan maut ini bukan kita yang tentukan dan saya sebagai manusia hanya mampu merancang," katanya kepada mStar Online.

Fahrin sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan penyampai radio Suria FM iaitu Linda Onn dan pelakon Scha Al-Yahya.

Dalam perkembangan sama, Fahrin berkata, buat masa ini dia tidak terburu-buru untuk mencari pasangan hidup kerana yakin jodohnya akan tiba suatu hari nanti.

Bagaimanapun katanya, ciri-ciri yang perlu ada pada bakal isterinya itu nanti mestilah seorang yang solehah tetapi 'hot' pada matanya.

"Kadang-kadang tu saya cemburu juga tengok kawan-kawan yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak tetapi saya tidak terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga dan Insya-Allah masa itu akan tiba," katanya.

Dalam perkembangan lain, sepanjang bulan Ramadan ini Fahrin akan mengurangkan aktiviti seninya bagi memberikan tumpuan kepada ibadah puasa selain mengambil peluang untuk melakukan solat sunat tarawih di masjid.

Tambah Fahrin, kesempatan itu juga digunakan untuk menghadiri majlis-majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan warga emas.

"Bagaimanapun saya akan mula kembali bekerja seawal Hari Raya keempat dan akan ke Bangkok untuk rakaman iklan terbaharu produk Garnier di sana," katanya.

-Mstar

Mizz Nina - Google Blog Search

Mizz Nina - Google Blog Search


Saya Tak Rindu <b>Mizz Nina</b> Yang Dulu – <b>Mizz Nina</b> | - Beautifulnara

Posted: 29 Dec 2013 07:59 PM PST


Apa yang Abang Nara suka mengenai penghijrahan Mizz Nina ialah ketiadaan publisiti, cerita atau kisah tentang perkara tersebut. Daripada seorang penyanyi yang ligat menari di atas pentas, tup-tup dah pakai tudung. Tak ada kecoh sana sini. Senyap je. Dan Mizz Nina hanya tampil bercerita mengenai penghijrahannya selepas beberapa bulan melakukan perubahan tersebut.

mizz nina tudung

Menerusi Pancaindera semalam, Abang Nara tertarik dengan kata-kata Mizz Nina yang sudah melepaskan sepenuhnya dirinya yang dulu. Tiada lagi Mizz Nina yang menari, menyanyi dan beraksi di atas pentas. Kata Mizz Nina:-

Tidak. Saya tak rindukan dia (Mizz Nina yang dulu). Saya dah lepaskan segalanya. Semuanya mengenai Mizz Nina dahulu tak lebih daripada sekadar stu pesona bintang di atas pentas hiburan.

Saya sudah rasai semua itu jadi tak ada apa lagi yang saya mahu kejarkan. Namun ya, kadangkal saya rindu untuk menari. Dah bertudung tak beerti saya tak boleh menari bukan? Saya boleh menari semasa menghadiri kelas senaman atau di rumah, betul tak?

mizz nina tudung

Sikap positif sebegini seharusnya ada dalam setiap wanita Islam yang bertudung. Mengikut tuntutan Islam bukan bermakna semua perkara tidak boleh dilakukan. Ada caranya untuk meneruskan minat anda. Abang Nara turut tertarik dengan kata-kata Mizz Nina yang diluahkan semalam.

Tiada sesiapa yang paksa, saya sendiri yang memikirkan hal itu. Apa nasib saya selepas mati nanti? Cukupkan amalan saya untuk dibawa ke akhirat? Lengkapkah saya sebagai seorang isteri dan Muslimat saat masih hidup ini?

Saya buat semua ini dengan hati yang terbuka. Setiap hari saya tanam azam mahu menjadi lebih baik dari semalam. Ini bukan soal hijab sahaja. Janganlah cuma memandang luaran. Saya buat semua ini kerana Allah SWT sebab saya seorang muslim.

Kalau boleh saya tak mahu orang bertanya hal hijab ini lagi. Cukuplah dengan penjelasan ini. Usaha saya untuk beribadah dan berubah untuk kebaikan.

Kalau ada yang terinspirasi dengan perubahan saya ini, Alhamdulillah. Baguslah apa salahnya kita berubah bersama-sama. Itu lebih baik.

mizz nina tudung

Terbaik bukan kata-kata yang diucapkan Mizz Nina? Kejujuran dan keikhlasan inilah yang memikat hati para peminat Mizz Nina yang mengkagumi perubahan yang dilakukan olehnya. Kepada Mizz Nina, semoga tahun 2014 akan menjadi lebih baik buat anda dan suami. Teruskan menjadi role model untuk peminat-peminat anda. Tahniah Mizz Nina.

Baca Yang Ini Pulak:-

Ezany Nizariff - Google Blog Search

Ezany Nizariff - Google Blog Search


punca <b>ezany nizariff</b> ugut bunuh seorang guru - illustrasiaku.com

Posted: 04 Feb 2014 06:14 PM PST

ezany nizariff

PUNCA SEBENAR PELAKON EZANY NIZARIFF UGUT BUNUH SEORANG GURU LELAKI AKIBAT MENGHUBUNGI ADIK PEREMPUANNYA WALAUPUN SUDAH BERISTERI

Seorang guru fobia dan takut dicederakan selepas mendakwa diugut bunuh oleh pelakon popular drama popular Ezany Nizariff dalam laman facebook milik Ezany. Azahar Hassan menyedari perkara itu selepas dimaklumkan rakannya mengenai tindakan Ezany memuatnaik gambar Hassan beserta mesej berbaur ugutan.

Akibat menerima ugutan bunuh itu, guru berkenaan membuat laporan kerana bimbang atas keselamatan anak dan isterinya. Ezany Nizariff mengaku membuat ugutan berbaur ancaman kepada Azahar.

ezany nizariff

WANTED: hidup atau mati, tempang, OKU atau cacat ada imbuhan

Ezany berkata punca dia berbuat demikian adalah kerana lelaki yang telah mempunyai isteri itu sering menghubungi adik perempuannya. Ezany Nizariff mengaku ingin melindungi adik perempuannya yang menjalin hubungan dengan Azahar.

Zul Handyblack - Google Blog Search

Zul Handyblack - Google Blog Search


Seri hidup <b>Zul</b> &#39;<b>Handy Black</b>&#39; Suphiaan | - MiG Online

Posted: 10 Oct 2011 04:32 AM PDT

Zul "Handy Black" Suphiaan bersama isteri tersayang, Fiza.

Kesempatan bertemu Nurzul Suphiaan ataupun lebih dikenali sebagai Zul 'Handy Black' Suphiaan sewaktu penggambaran filem Super Duper Lover memang MiG Online tak lepaskan, nak-nak hari tu Zul Suphiaan datang ke set bersama buah hati beliau. Sangat romantik dan lovely gitu MiG Online tengok mereka berdua. <3

Kepada peminat-peminat Zul Suphiaan yang masih taktau, Zul telahpun menamatkan zaman bujang beliau pada bulan Ogos lepas dalam majlis kecil-kecilan. Majlis diadakan dalam keadaan sederhana atas permintaan keluarga. Ok la tu bro, janji happy, kan? ;)

Tersipu-sipu abang Zul kita bila MiG Online tanya camner boleh kenal dengan isteri beliau. Kata Zul "Agak dramatik jugak sebenarnya macam mana Zul kenal isteri Zul ni. Zul suka lepak dengan kawan-kawan Zul dekat sebuah restoran dan kebetulan isteri Zul pun suka spend masa dengan kawan-kawan dia di kedai yang sama. Dalam setahun jugak la Zul perasan isteri Zul tapi segan nak tegur," Ahaha.. Kiut je dengar, tak sangka rockers macam Zul pun segan-segan. Dalam hati ada taman katanya. ;)

Namun awal bulan Mac tahun nie, Zul memberanikan diri untuk menegur Fiza, yang akhirnya hampir 6 bulan kemudian, jadi isteri Zul yang sah.. Amboi, dalam segan-segan tu laju jugak abang Zul ni… Hehe.

Zul - Lega selepas kahwin hidup lebih teratur dan terurus.

"Alhamdulillah lega sangat bila dah kahwin nie. Bukan saja dapat elak gosip, hidup Zul pun dah semakin terurus. Kalau dulu masa shooting je baru Zul makan," kata Zul tertawa.

Kalau dengar statement seterusnya mesti ramai yang terkejut termasuk MiG Online. Sebelum Zul berkenalan rapat dengan isterinya, beliau langsung tidak mengenali siapakah Zul Handy Black. Terkedu MiG Online yang kaki karok ni dengar. Hehe.

"Sebenarnya bila nak dekat sebulan rapat baru la Fiza kenal siapa Zul Suphiaan. Mula-mula ingat mat motor mana, bila Zul bagi DVD filem Mantra, terkejut tengok Zul rupanya artis. Tapi apapun Fiza bersyukur berkenalan dan menjadi isteri Zul. Walaupun nampak ganas, tapi Zul sangat charming,"

Walaupun dah hampir 3 bulan berkahwin, disebabkan jadual Zul yang padat, mereka masih belum lagi dapat berbulan madu tapi menurut Zul dan Fiza, mereka bercadang untuk berbulan madu di Sipadan. Haa, kerlass sokong Cuti-Cuti Malaysia. Harap kita-kitapun ikut langkah Zul Suphiaan, lagi seronok berbulan madu kat Malaysia aje, kan? ;)

Orait, apa-apapun MiG Online mendoakan kedua-kedua Zul Suphiaan dan Fiza berbahagia hingga hujung nyawa. :)

Manje je nampak Zul dengan isterinya. <3

Jehan Miskin - Google Blog Search

Jehan Miskin - Google Blog Search


BBLOG: Gambar <b>Jehan Miskin</b> Dan Ayahnya Yang Muscular

Posted: 26 Feb 2014 07:52 AM PST


Inilah yang dikatakan bapak borek anak rintik, Jehan Miskin nampaknya mengikut jejak langkah ayahnya dalam usaha membina badan.. Memang nampak seakan-akan sama kan badan mereka berdua ni.. sama-sama mantap.. Kalau korang nak badan macam Jehan Miskin ni rajin-rajin la turun ke gym.. Menurut Jehan Miskin, gambar ayah dia tu diambil semasa ayah jehan masih bujang lagi… Sexy sangat pakcik Miskin dan Jehan ni kan… Apa-apa pun jom kita layan Gambar Jehan Miskin dan ayahnya yang muscular ni…