Nuffnang

Isnin, 14 April 2014

Scha Alyahya - Google Blog Search

Scha Alyahya - Google Blog Search


<b>Scha Al-Yahya</b> | Flickr - Photo Sharing!

Posted: 25 Dec 2010 12:00 AM PST

Scha Al-Yahya is a Malaysian actress and model. Scha has a Diploma in Information Techonology from PTPL College, Shah Alam. She is known for her lead role in Awan Dania, which portrays a tomboyish girl struggling to achieve her dream of becoming a flight attendant.

tomok - Google Blog Search

tomok - Google Blog Search


Kuasa pemikat <b>Tomok</b> dan Syarul – Perak Today

Posted: 30 Mar 2014 07:30 AM PDT

hi_01.1
PADA mulanya, langkah kaki mereka tidak sama. Laluannya juga jelas berbeza. Masing-masing punya acuan tersendiri. Biar berlainan medium dan warna, namun, di satu titik, mereka bertemu di lembah yang sama. Lembah dramatik yang memacak tubuh untuk menjadi bahan rakaman.

Berdiri atas entiti bakat dan peluang, mereka bertembung membentuk rencah kehidupan yang sama untuk dikenali sebagai pelakon.

Itu lakaran yang dilalui oleh dua nama, daripada dua rangka masa berbeza. Boleh dianggap senior, Tomok yang berjinak-jinak dalam dunia lakonan terlebih dulu sudah memacu ke depan seiring bersama pelakon yang kian membina nama, Syarul Ridzwan.

Biarpun masih berstatus pelakon amatur, kerja mereka sudah menjentik pesona ramai. Buktinya, kedua-duanya diberi tanggungjawab membawa peranan besar menjayakan sesebuah naskhah.

Sudah pasti apabila masing-masing diberi peranan menggalas watak utama, semestinya mereka ada daya pemikat tersendiri.

Jika Tomok menjadi teraju utama drama Suamiku Jururawat, Isteriku Doktor, Syarul Ridzwan yang digandingkan sebagai muka depan Sensasi Bintang minggu ini pula mengemudi plot cerita Romi Cinta Julia.

Suatu masa dahulu, dua nama itu mungkin tidak pernah terlintas untuk diberikan watak hero, namun, peluang yang mereka ada kini digenggam erat.

Masakan tidak, Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, pada awalnya dikenali menerusi bakat suaranya.

Begitu juga dengan jejaka yang berdiri sebagai Mohd. Saharul Ridzwan Hashim bermula dengan dunia peragaan sebelum berjinak dalam pengiklanan komersial.

Tomok terbuka dikritik

Apa yang pasti, masing-masing ada rencana tersendiri dalam mengatur kerjaya seni yang menjadi periuk nasi mereka sekarang.

Bagi Tomok, dia merasakan bidang seni ini cukup luas untuk diteroka. Tidak mahu meletakkan diri hanya sebagai penyanyi, bapa kepada putera sulung, Arrianshah Akid, 2, itu mengakui dia ingin dilihat sebagai anak seni yang versatil.

"Kalau boleh saya nak orang kenal saya bukan sebagai penyanyi sahaja. Bidang seni ini mempunyai cabang yang cukup luas.

"Selain menyanyi, saya mahu orang juga kenal saya sebagai pelakon dan komposer," tuturnya yang menginjak usia 30 tahun.

Tempoh lebih sedekad dalam industri muzik tanah air sudah cukup bulat untuk Tomok dikenali sebagai penyanyi.

Namun, itu bukan penghalang buatnya untuk mencipta label baharu sebagai anak seni serba boleh.

Tidak pernah menganggap diri sebagai 'tamak' apabila mencuba semua bidang, Tomok merasakan peluang itu merupakan pintu rezekinya sekeluarga.

Pelakon filem Istanbul Aku Datang itu memberitahu, pada mulanya, ada rasa ragu-ragu yang menyelubungi diri sewaktu diberikan watak utama dalam sesebuah karya.

"Saya dikira agak baharu dalam dunia lakonan. Apabila digandingkan dengan pelakon yang lebih lama dengan saya menjadi hero dalam sesebuah drama, saya terkejut.

"Tapi, macam dalam drama Suamiku Jururawat, Isteriku Doktor, pelakon Yana Samsudin banyak membantu saya daripada segi cara menyampaikan sesuatu watak itu," kongsinya yang lebih suka belajar daripada pelakon yang berpengalaman.

Bercerita mengenai wataknya sebagai jururawat dalam drama arahan Eyra Rahman itu, Tomok berkata, watak itu agak mencabar.

"Watak saya dalam drama itu memerlukan saya tampil sebagai seorang yang kelakar sedikit. Ia agak berat untuk dilakonkan sebab saya sebenarnya agak pendiam dan serius orangnya," kongsinya.

Ditebak mengenai penerimaan penonton terhadap lakonannya, Tomok menjawab, respons yang diterimanya bersifat positif.

Malah, katanya, jika ada kritikan sekalipun, dia menerima dengan hati terbuka. Malah, kritikan itu dapat dijadikan panduan untuk dia memperbaiki segala kelemahan.

"Kalau ada orang mengkritik saya, itu bermaksud orang ambil kisah pasal saya. Daripada situ kita boleh perbaiki diri dan lakonan. Saya pun masih dalam fasa pembelajaran," jelasnya.

Biar seaktif mana sekalipun Tomok dalam bidang lakonan, nyanyian yang sudah meresap sebati terlebih dulu dalam jiwanya tidak akan diketepikan. Jika diberi peluang dalam kedua-dua bidang lakonan dan nyanyian, nyanyian tetap menjadi keutamaannya.

"Kalau boleh saya nak kedua-duanya bergerak seiring. Tapi kalau perlu membuat pilihan, saya akan utamakan nyanyian," katanya yang mahu menjadi anak seni serba boleh seperti Seniman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Dahulu model sekarang pelakon

Berbeza pula kisahnya dengan hero drama Romi Cinta Julia, Syarul. Berjinak-jinak sebagai model remaja dan pelakon iklan, si pemilik nama komersial Syarul Ridzwan itu sudah ada momentum tersendiri.

Bergiat dalam bidang seni sekitar dua tahun lalu selepas menyertai pertandingan Hero Remaja 2012, namanya kini kian meniti di bibir peminat.

Segala-galanya bermula sebaik pelakon berusia 25 tahun itu memegang watak Faizal menerusi drama Love You Mr. Arrogant.

Tatkala ramai lagi bintang yang jauh berpengalaman daripadanya untuk menjadi teraju utama sesebuah drama, Syarul menganggap peluang yang diberikan sebagai satu penghargaan buat dirinya.

"Saya terkejut sewaktu ditawarkan untuk bawa watak utama. Maklumlah, jika kita gagal bawa satu-satu watak itu, maka seluruh cerita itu tak akan menjadi. Bimbang watak dan mesejnya tak sampai kepada penonton pula," ujarnya yang wajahnya dikatakan mirip pelakon Aaron Aziz.

Anak kelahiran Kuantan, Pahang yang menjadikan Rosyam Nor sebagai idola itu memberitahu, biarpun masih baharu, dia bersyukur kerana dalam setiap produksi, dia banyak dibantu oleh kekuatan tenaga kerja yang berada di sekelilingnya.

Lebih-lebih lagi dengan heroin yang digandingkan bersamanya, katanya, perlu ada gandingan yang serasi.

Tidak pernah kisah jika digandingkan dengan mana-mana pelakon, Syarul mendedahkan, dia mahu bersikap profesional kerana baginya keserasian boleh dibentuk.

"Biasanya sebelum memulakan sesuatu babak, saya akan berlatih terlebih dulu. Kena saling berkomunikasi terutamanya dengan pelakon gandingan saya.

"Saya bertanya cara bagaimana watak itu hendak dibawa, baru boleh ada keserasian," jelasnya yang mengakui agak sukar membawakan watak romantik.

Menyentuh mengenai populariti yang diraihnya, Syarul berkata, khalayak lebih mengenali wataknya dalam drama berbanding nama sebenarnya.

"Pernah sewaktu saya keluar bersiar-siar, orang menyapa saya dengan nama Romi, bukan Syarul.

"Itu sudah dikira baik sebab orang mula cam muka saya menerusi watak yang saya bawa," tuturnya yang menamakan Shila Rusly sebagai individu yang bertanggungjawab membuka peluang kepadanya memegang watak utama menerusi drama Hujan.

Biar apa sekalipun watak yang diberikan, ujar Syarul, dia tidak pernah memilih.

Sama ada watak utama atau pembantu, katanya, masing-masing ada fungsi dan perlu dipersembahkan dengan baik.

"Setiap watak yang wujud itu ada sebab dan peranannya. Watak itu tak akan ada kalau tak penting, walaupun sebagai cameo sahaja," tutupnya Syarul.

- Kosmo

Amyza Aznan - Google Blog Search

Amyza Aznan - Google Blog Search


<b>Amyza Aznan</b> maki hamun Pembangkang? - Gossip Artis Malaysia

Posted: 09 Apr 2014 11:00 PM PDT

Pada: Khamis, 10 April 2014 Tidak dipastikan kenyataan ini keluar sendiri oleh Amyza Aznan melalui laman sosial Facebook yang dinamakan 'AMYZA AZNAN I LOVE U' atau sebaliknya oleh orang yang tidak dikenali mengawal account berkenanaan.

Memetik sebuah blog politik, ramai pihak terutama puak-puak Pembangkang yang menghentam Amyza kerana kenyataannya yang begitu diluar jangkaan.

Kalau dilihatkan, laman sosial Facebook 'AMYZA AZNAN I LOVE U' tu dah lama tak aktif sejak June 2013.

Tag : , , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Izreen Azminda - Google Blog Search

Izreen Azminda - Google Blog Search


<b>Izreen Azminda</b> (1) | Flickr - Photo Sharing!

Posted: 24 Jul 2011 08:24 AM PDT

keyboard shortcuts: ← previous photo → next photo L view in light box F favorite < scroll film strip left > scroll film strip right ? show all shortcuts

Akim - Google Blog Search

Akim - Google Blog Search


Gambar <b>Akim</b> Ketika Di Bangku Sekolah | blogr.my

Posted: 09 Apr 2014 08:40 AM PDT

Gambar Akim Ketika Di Bangku Sekolah

5 hari lepas oleh Siyoot di siyoot.blogspot.com

Ni gambar Akim waktu masa waktu persekolahan dulu, rasanya waktu itu Akim sudah pon mempunyai peminat dikalangan pelajar perempuan aka kawan-kawan persekolahannya.Nampak dari gambar sahaja dah tahu, Akim seperti nya 'goodboy' punya orang. Sekarang tak usah kata la, lagi ramai peminat Akim ni kan.Boleh la gak dijadikan kenangan gambar-gambar persekolahan Akim ni.Sumber

siti nordiana - Google Blog Search

siti nordiana - Google Blog Search


Nubhan Bercinta Dengan <b>Siti Nordiana</b>? | BERITA HARIAN NET

Posted: 13 Apr 2014 09:46 PM PDT

Sekitar pertengahan tahun lalu, timbul desas-desus mengenai penyanyi kelahiran program realiti televisyen ini yang dikatakan sedang hangat menjalin hubungan cinta dengan rakan artis, Siti Nordiana ataupun lebih mesra dipanggil Nana.

Gosip tersebut mula tercetus apabila mereka dilihat bercuti bersama-sama di Pulau Perhentian, Terengganu bersama lapan orang lagi rakan yang lain.

Nubhan-Launch-New-Single-Kisah-Kasih-34Tidak menafikan bahawa dia dan ibu tunggal tersebut sememangnya rapat, Nubhan ketika ditemui di Mini Showcase Yours Truly, Nubhan mengatakan bahawa dia juga berkongsi kisah peribadinya bersama Nana.

Nubhan Jawab Status Hubungan Dengan Siti Nordiana Selepas Dilihat Bercuti Sama Di Pulau PerhentianNubhan akui memang rapat dengan Siti Nordiana

"Saya memang rapat dengan Nana dan anggap dia macam sahabat dan kakak saya. Kami berkongsi masalah percintaan, peribadi dan apa-apa sahaja."

Ditanya adakah dia tidak kisah jika digosipkan bersama Nana, Nubhan mengatakan bahawa dia tahu di mana batas sebenar hubungannya dengan wanita anak satu itu.

"Saya tahu dan saya tidak kisah apa yang orang akan cakap macam-macam pasal hubungan saya dengan Nana. Tapi apa yang penting saya tahu yang saya dan Nana memang rapat sebagai sahabat, tidak lebih daripada itu.

Saya rasa kontroversi perihal hubungan percintaan tidak diperlukan untuk menaikkan nama dan populariti saya. Malah, saya selesa dengan keadaan kini."

Nubhan Jawab Status Hubungan Dengan Siti Nordiana Selepas Dilihat Bercuti Sama Di Pulau Perhentian

Nubhan mula melebarkan sayap dalam dunia perniagaan

Bakal mengeluarkan single terbarunya yang berjudul Kisah Kasih, jejaka ini turut memberitahu bahawa dia kini juga sudah mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan.

"Lebih kurang setahun lepas saya dah mula menjalankan business suplemen kesihatan, Sole yang juga merupakan perniagaan keluarga.

Saya juga jadi duta untuk produk tersebut dan saya memang ambil produk ini secara konsisten. Tapi buat masa sekarang saya tak nak gopoh dan sedang susun strategi pemasaran terbaik untuk produk dari Switzerland itu."

Dalam pada itu, jejaka berusia 28 tahun ini juga berkata bahawa dia kini mengurangkan kariernya dalam bidang lakonan untuk memberi fokus kepada nyanyian dan perniagaannya – Ohbulan.com

Farid Kamil - Google Blog Search

Farid Kamil - Google Blog Search


Tiada Program Ekslusif Perkenal Anak <b>Farid Kamil</b> & Diana Danielle |

Posted: 20 Jan 2014 10:26 PM PST


Nampaknya hasrat para peminat untuk melihat kelibat si comel Muhammad, anak pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle di dalam sebuah program televisyen ekslusif tidak akan terkabul. Sebelum ini, Farid Kamil memaklumkan yang program ini hanya akan berlangsung selepas Diana Danielle tamat belajar mengaji Al-Quran.
anak farid kamilNamun hari ini menerusi Berita Harian hari ini, pihak Astro dan David Teo mengesahkan bahawa program ini tidak akan diterbitkan. Kata David Teo:-

Sepatutnya program ini diusahakan tahu lalu, tetapi apabila kita bertanya kepada Farid, beliau meminta program ini ditangguhkan kerana mahu anak lelakinya itu besar sedikit.

Ketika itu beliau memberikan tempoh lima bulan. Disebabkan sudah melepasi tarikh tempoh yang ditetapkan Astro, program itu tidak jadi diterbitkan.

farid dan diana

Tak apalah tak ada rezeki untuk kita semua menatap wajah Muhammad di kaca televisyen. Mungkin bila dah besar sikit nanti boleh buat program lain untuk Muhammad. Yang penting Muhammad membesar dengan sihat dan ceria di bawah jagaan ibu dan bapanya. Tak gitu?

P.S: Kapal terbang di ruang tamu rumah anda?

Baca Yang Ini Pulak:-