Nuffnang

Ahad, 20 Januari 2013

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


gambar-<b>nora</b>-<b>danish</b>-rayqal-bercuti-ke-dubai-bersama <b>...</b> - RotiKaya

Posted: 17 Dec 2012 05:09 AM PST

Agak insepsi tajuk kami kali ini — secara teknikal, Nora Danish & Rayqal kedua dua mereka memang sebahagian keluarga Rizal Ashram, dan mereka kini di Dubai, UAE.

Jika anda masih ingat, awal 2011 Nora Danish bersama Rayqal mengikuti percutian keluarga Rizal Ashram ke China sehingga menimbulkan kontroversi kurang enak di'baca.

Dek kerana sering mengikuti percutian bersama keluarga bekas mertua, Nora Danish di'tuduh menjadi penghasut dalam hal hal — rasanya tidak perlu kami ulangi lagi. Heh.

Ketika ini, Nora Danish dan anak lelakinya Rayqal sedang menikmati percutian di Dubai bersama sama keluarga bekas mertua seperti mana tahun tahun sebelum ini.

Kami suka melihat hubungan keluarga Rizal Ashram yang masih baik dengan Nora Danish dan layanan terhadap cucu mereka — mana tahu lain kali Fasha Sandha boleh ikut sama. Eh.

Kredit Gambar: Instagram Nora Danish

ramlah ram - Google Blog Search

ramlah ram - Google Blog Search


[GH] Giler Hackers!: Twitter <b>Ramlah Ram</b> Digodam ?

Posted: 05 Oct 2012 09:16 PM PDT

Assalamualaikum kepada semua pembaca-pembaca tegar GilerHackers(GH). Semestinya GH membawakan isu-isu panas dunia maya Malaysia ! Hari ini GH digemparkan dengan Twitter Ramlah Ram digodam .

Pihak GH masih tidak mendapat kepastian sama ada kenapa pengodam "Force Encryption" dari kumpulan LulzSec menggodam Twitter beliau .

Antara screenshot yang sempat GH ambil :



Ditulis oleh Mohamad untuk GH.
Kami memaparkan isu-isu panas dunia maya !
We got , We Share | No one left behind

Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


Neelofa setia dengan <b>Hans Isaac</b> | Berita Hiburan & Gosip Artis | Oh <b>...</b>

Posted: 17 Jan 2013 06:11 PM PST

neelofa

Neelofa pelakon yang memukau mata ramai  jejaka diluar sana dengan kejelitaannya dan cukup dikenali ramai dengan gossip yang melanda dirinya.Baru-baru ini Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor  dikatakan bercinta dengan adik kepada seorang jutawan automotif.

neelofa & hans isaac

Namun Neelofa  menolak kenyataan tersebut  kerana beliau sudah mengenali antara satu sama lain  dan sudah lama berkawan tambahan pula beliau juga telah mengenali keluarga lelaki tersebut sejak umurnya 17 tahun lagi.

Neelofa juga menjelaskan bahawa dia masih lagi setia bersama kekasihnya yang merupakan pelakon dan pengarah Hans Isaac.


Respon Dengan Akaun Facebook

Respon Tanpa Akaun Facebook

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


<b>Faizal Tahir</b> Berjaya Lelong Trofi Sehingga RM80,000 | OHBULAN!

Posted: 29 Nov 2012 03:21 PM PST

Lewat malam semalam telah berlangsungnya mini konsert amal 'Untukmu Palestin' bertempat di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Majlis yang bersiaran selama satu jam tersebut telah menampilkan tujuh penyanyi tanah air yang masing-masing menyumbangkan sebuah lagu sempena tanda sokongan mereka terhadap program kutipan derma 'Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad.'

Antara penyanyi yang terlibat adalah Hafiz Hamidun, Kumpulan Raihan, Misha Omar, Tomok, Noh (Hujan), Aizat Amdan serta Faizal Tahir.

Menerusi mini konsert ini, Faizal Tahir telah mengambil peluang untuk menyerahkan tiga buah trofi kemenangannya kepada pihak yang telah berjaya menawarkan harga paling tinggi untuk trofi tersebut.

Antara trofi yang dilelong adalah 'Anugerah Juara Lagu (AJL) 2003′ menerusi kategori persembahan terbaik, 'Anugerah Industri Muzik (AIM) 15′ untuk Album terbaik 2008 menerusi album 'Aku Muzik Kamu' serta trofi 'Anugerah Planet Muzik (APM) 2008′ menerusi kategori artis lelaki paling popular.

Menurut Faizal, dia sendiri tidak menyangka trofi lelongannya boleh menjangkau sehingga puluhan ribu ringgit dan nilai tersebut adalah lebih daripada sasaran awal.

"Sebenarnya saya ada meletakkan satu sasaran untuk harga trofi, tetapi malam ini merupakan satu yang diluar jangkaan saya kerana ia telah dibeli dengan harga yang cukup tinggi iaitu sehingga RM50,000."

"Pada asalnya saya tidak kisah nak lelong seberapa banyak trofi. Cuma buat masa sekarang saya baru tentukan untuk tiga trofi ini sahaja. Lagipun saya memang target untuk kumpul sehingga RM100,000 untuk didermakan kepada tabung ini, tetapi tak bermakna bila dah samapi target tersebut saya akan berhenti."

Mengulas lebih lanjut mengenai lelongan trofi tersebut, Faizal akui ingin tonjolkan sesuatu yang luar biasa untuk tabung derma Palestin kali ini dan disebabkan itu dia membuat keputusan untuk melelong trofi kemenangannya.

"Bagi saya konsert adalah perkara biasa, jadi bagi lakukan sesuatu yang lain, justeru itu saya mengambil keputusan untuk lelong trofi walaupun pada hakikatnya saya amat sayang kesemua trofi tersebut."

"Apa yang mampu saya bagi, saya akan bagi. Mungkin dengan cara ini saya boleh beri kesedaran dekat orang ramai untuk turut menghulurkan sumbangan mereka kepada rakyat Palestin."

Berikut merupakan tiga pihak yang telah berjaya membida harga paling tinggi untuk trofi Faizal Tahir :

Telekom Malaysia (TM) – Suheilah Abu Bakar, Naib Presiden Segmen Entrepreneur TM (Trofi AIM 15  – RM50,000)

Maybank – Pn Eliza Mohamed, Naib Presiden Eksekutif Hal Ehwal Koprat Maybank (Trofi APM 2008 – RM20,000)

Celcom – Pn Rahizan Ismail, Pengurus Kanan Komunikasi Koprat Celcom Axiata Bhd (Trofi AJL 2003 – RM10,000)

Tags: , , , , , , , , ,

Sazzy Falak - Google Blog Search

Sazzy Falak - Google Blog Search


<b>Sazzy Falak</b> Anggap Seni Mempertahan Diri Satu Keperluan <b>...</b>

Posted: 29 Nov 2012 06:20 AM PST

Pelakon dan pengacara, Sazlini Shamsul Falak, 31, atau lebih dikenali sebagai Sazzy Falak, melihat seni mempertahankan diri sebagai satu bonus bagi golongan wanita pada masa kini.

Ibu kepada sepasang kembar perempuan ini berkata meskipun golongan wanita memang terkenal dengan sifat lemah-lembut namun ketegasan harus dipamerkan dalam berdepan dengan ancaman.

Beliau berkata ilmu mempertahan diri mampu memantapkan daya ketahanan fizikal dan mental selain meningkatkan keyakinan ketika berhadapan dengan situasi yang mencemas dan membahaya keselamatan diri.

"Kita tinggal di dunia yang mana saban hari banyak jenayah berlaku, ia amat menyedihkan… kita tidak mahu ia terjadi kepada kita sendiri atau yang lain.

"Jadi sekurang-kurangnya jika kita belajar sedikit mengenai seni mempertahan diri, kita telah mempersiap diri kita dengan lebih baik tatkala kita melangkah keluar dari rumah," katanya ketika ditemui pada Majlis Minum Petang Amal anjuran Forum Ibu-Ibu Bekerjaya Malaysia (MWMF) di sini baru-baru ini.

MWMF adalah forum online yang diwujudkan pada 2011 bagi membantu wanita dalam kerjaya mahupun kehidupan berkeluarga serta membincangkan isu-isu semasa yang menjadi permasalahan bagi kaum wanita masa kini.

Tidak rugi untuk mempelajari seni itu dan berdasarkan pengalaman beliau sendiri menyertai beberapa latihan singkat, pelbagai teknik dan kaedah berguna diajar untuk melepaskan diri jika diancam penjenayah.

"Saya sendiri mahu belajar lebih lagi… Bagi saya pendidikan dan pengetahuan adalah kuasa, lebih banyak yang anda tahu, maka lebih bersedialah anda dalam menghadapi dunia," katanya.

Fazley berkata penjenayah kebiasaannya akan menghentikan hajat untuk melakukan apa-apa terhadap wanita selepas menyedari mangsa mempunyai ilmu mempertahankan diri.

Sementara itu, bagi pelakon, pengacara, perunding motivasi, penyanyi dan komposer, Datuk Ahmad Fazley Yaakob, 32, wanita terutama yang bergelar isteri dan ibu sering mengabaikan seni mempertahankan diri atas alasan faktor kekangan masa.

Beliau berkata keselamatan diri juga menjadi keutamaan justeru alasan itu hanya menunjukkan sikap acuh tidak acuh terhadap keselamatan diri sendiri.

"Mempelajari seni mempertahankan diri adalah sangat penting untuk wanita, malah atas kesedaran bersama, saya juga mengajar isteri saya, Azrene Soraya seni pertarungan 'kickboxing'.

"Kalau ada masa terluang, wanita disaran tidak hanya belajar aerobik tetapi juga seni mempertahankan diri kerana itu dapat membantu menjaga keselamatan diri apabila tidak ada orang yang membantu," katanya, yang juga pengamal seni silat dan taekwondo.

Beliau berkata penjenayah kebiasaannya akan menghentikan hajat untuk melakukan apa-apa terhadap wanita selepas menyedari mangsa mempunyai ilmu mempertahankan diri.

"Seni mempertahan diri juga membantu wanita tampil lebih kental dan berkeyakinan," katanya.

- BERNAMA

Wan Sharmila - Google Blog Search

Wan Sharmila - Google Blog Search


<b>Wan Sharmila</b> Jalani Pembedahan Ramadan Lalu?

Posted: 04 Dec 2012 04:00 AM PST

berita | Tempatan

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 4 DIS 2012: Apabila dilihat kurang muncul di televisyen mahupun majlis juga acara anugerah, Wan Sharmila telah berkongsi mengenai dugaan yang menimpa dirinya pada beberapa bulan lalu. Namun begitu, dia memilih untuk tidak menceritakan dengan lebih lanjut tentang permasalahan dan sakit yang dihadapinya.

Wan Sharmila atau dikenali sebaga Lala, 31, cuma dapat berkongsi cerita bahawa dia telah menjalani pembedahan pada sekitar ramadan yang lalu selepas mengadu kesakitan di lokasi.

Tetapi kini, aktres yang bakal muncul dalam slot Aksi untuk drama bersiri SPY M tersebut sudah sihat cuma masih berjaga-jaga dan memilih watak yang ditawarkan kepadanya.

"Saya sebenarnya ada sahaja, masih lagi sibuk memenuhi tawaran lakonan. Kalau hilang pun, mungkin sekejap masa ramadan lepas sebab saya dimasukkan ke hospital untuk satu prosedur pembedahan termasuklah menjalani rawatan. Keseluruhannya ia mengambil masa lebih kurang 4 minggu untuk ianya berakhir.

"Tetapi tidaklah saya tidak boleh bekerja selepas pembedahan tersebut. Dua minggu selepas saya berehat, saya sudah terbang ke India untuk penggambaran di sana. Jadi faktor kesihatan tidak menjejaskan aktiviti seni saya.

"Cuma daripada segi lakonan saya perlu melihat dahulu apa jenis watak dan karektor yang harus dibawakan. Kalau ada adegan yang terlalu lasak, saya akan menjelaskan dahulu pada produser atau pengarah mengenai situasi saya kini.

"Syukur Alhamdulillah, saya masih lagi dapat memenuhi tawaran yang datang. Dalam SPY M pula walaupun drama aksi tetapi saya masih boleh melakukan apa yang dimahukan pengarah,"cerita Wan Sharmila mengenai perkara yang menimpa dirinya baru-baru ini.

Di samping itu, Wan Sharmila turut menjelaskan tentang kisah dirinya yang tidak terpalit kontroversi antara sebab dia seperti hilang daripada industri hiburan. Tetapi apabila disoal mengenai cerita peribadi, dia cepat-cepat menjawab 'bosan'.

"Kalau peminat atau umum kata Wan Sharmila hilang atau tiada itu adalah pandangan mereka. Mungkin pandangan mereka terarah pada cerita panas mengenai selebriti lain. Saya tetap bekerja, mungkin tiada cerita panas orang pun tidaklah menyebut.

"Lagipun saya sibuk bekerja, nak cakap pasal peribadi memang bosan. Tiada apa pun nak diceritakan,"tambahnya lagi.

Menyentuh hal peribadi, dia yang kini solo selepas bercerai pada 2009 belum mempunyai perancangan untuk mencari pengganti. Baginya jika sudah ada jodoh dia terima walau siapa pun jika itu adalah ketentuanNya.

"Bukan maksudnya saya terima sesiapa sahaja yang datang untuk dekat dengan saya. Mestilah kena juga pilih dan lihat peribadi mereka. Dengan status saya yang sekarang, orang akan pikir yang bukan-bukan kalau tidak kena pilihan kita tersebut.

"Terus-terang saya tidak kisah mengenai luaran yang penting saya selesa jika berada bersama. Tetapi kalau boleh tidak mahu lelaki yang 'poyo' sebab sekarang ini ramai yang macam tu,"ujar Wan Sharmila sambil berseloroh menceritakan kisah peribadinya itu.

Didie Alias - Google Blog Search

Didie Alias - Google Blog Search


<b>Didie Alias</b> Sekitar AIM 19 | buahmulut.com

Posted: 17 Nov 2012 07:14 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Beremosi Tanpa Kontroversi. Hubungi Kami · Menang & Eksklusif · Siapa Kami · Exc. interview · Personaliti · Potret · Travel · Vclip · Home » Lensa BM » Didie Alias Sekitar AIM 19 ...