Nuffnang

Ahad, 5 Januari 2014

Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


Foto : <b>Elfira Loy</b> Tampil Dengan Imej Terbaru | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 30 Oct 2013 12:58 AM PDT

Foto : Elfira Loy Tampil Dengan Imej Terbaru

Sebelum ini peminat sering melihat pelakon genit, Elfira Loy tampil dengan imej berambut panjang bukan?

Namun begitu, baru-baru ini, Elfira telah mengubah imej baru buat dirinya, di mana, pada kali ini pelakon wanita tersebut dilihat lebih selesa untuk tampil dengan imej berambut pendek.

Melalui perkongsi foto-foto di laman sosial pelakon drama Demi Dia itu, penampilan terbaru Elfira ini membuatkan aktres tersebut kelihatan lebih muda dan comel. Bersesuian dengan umurnya yang baru berusia 19 tahun.

Foto : Elfira Loy Tampil Dengan Imej Terbaru

Elfira tampil dengan imej rambut pendek

Meneliti setiap caption yang dikongsikan, pada awalnya Elfira akui merasa sangat gementar untuk mengubah gaya rambut, akan tetapi, setelah mendapat sokongan daripada rakan-rakan terdekat, aktres tersebut bersetuju untuk mengubah rambutnya kepada potongan yang lebih ringkas dan menarik.

Untuk rambut terbarunya itu, Elfira telah mendapatkan khidmat nasihat daripada pendandan rambut kegemarannya sendiri.

Bagi peminat yang masih belum melihat penampilan terbaru Elfira, jom lihat beberapa foto comel pelakon tersebut selepas ini.

Kredit Foto : Instagram Elfira loy

Gambit Saifullah - Google Blog Search

Gambit Saifullah - Google Blog Search


Kereta <b>Gambit Saifullah</b> Langgar Tembok? | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 10 Jun 2013 12:39 AM PDT

Kereta Gambit Saifullah Langgar Tembok?

Pelakon yang penuh kontroversi, Gambit Saifullah sejak kebelakangan ni agak menyepi selepas penampilannya di dalam rancangan realtiti TV Fear Factor mendapat banyak kritikan kerana bermulut celupar.

Gambit yang sebelum ini pernah membintangi filem Karipap-karipap Cinta juga dilihat semakin jarang berlakon dalam mana-mana drama mahupun layar perak.

Namun lewat malam tadi, OHBULAN! ada menerima 5 keping gambar menunjukkan Gambit Saifullah yang dipercayai terlibat dalam sebuah kemalangan kecil.

Kereta Gambit Saifullah Langgar Tembok?

Keadaan kereta yang terbabas

Dalam kejadian itu, terdapat sebuah kereta berwarna putih terbabas hingga memasuki kawasan kaki lima jalan. Namun setakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada Gambit adalah pemandu kereta itu.

Kereta Gambit Saifullah Langgar Tembok?

Kemalangan berlaku di hadapan kondominium Casa Tropicana

OHBULAN! telah cuba menghubungi Gambit bagi mendapatkan penjelasan namun tiada respon. Bagaimanapun melalui gambar dibawah, Gambit kelihatan baik dan dipercayai tidak mengalami kecederaan.

Kereta Gambit Saifullah Langgar Tembok?

Betul ke Gambit terlibat dalam kemalangan jalan raya atau itu cuma sekadar gimik krew produksi untuk tujuan penggambaran?

Kalau betullah kemalangan ini cuma gimik, OHBULAN! pasti ramai peminat tak sabar nak menantikan kemunculan semula Gambit yang lama menghilang ni.

Kereta Gambit Saifullah Langgar Tembok?

Gambit dan beberapa orang lagi sewaktu kejadian

Kereta Gambit Saifullah Langgar Tembok?

Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


9 FOTO DI LONDON - KENAPA <b>HANS ISAAC</b> TERBANG - myartis.com

Posted: 02 Jan 2014 07:25 PM PST

Agak ramai juga artis dan selebriti yang berkunjung ke Kota London untuk meraikan tahun baru, jumpa teman tapi mesra, berhoneymoon atau sekadar makan angin. Terbaru, Hans Isaac turut berada di sana bersama rakannya bagi menyaksikan perlawanan bolasepak antara QPR dan MU (QPR menang 2-1).

Artikel terdahulu:

"Ok, dont really enjoy long trips alone. Zurich see u soon," ujar Hans yang baru-baru ini telah terbang ke Zurich, Switzerland dan kemudian terbang pula ke London. Alone??

Klik gambar untuk imej besar...

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


Foto: <b>Fizo Omar</b> Mula Beli Baju Anak | Portal Hiburan OHBULAN!

Posted: 11 Dec 2013 04:00 PM PST

Foto: Fizo Omar Mula Beli Baju Anak

Seperti pasangan baru berkahwin yang lain, Fizo Omar dan isteri pastinya tidak sabar untuk menimang cahaya mata mereka sendiri.

Walaupun perkahwinan mereka baru mencecah usia sebulan, namun Fizo nampaknya tidak berlengah membeli sehelai baju istimewa untuk bakal anak mereka nanti.

Barangkali minat yang mendalam terhadap motor berkuasa tinggi telah mendorong Fizo untuk terus mendapatkan baju bayi berjenama Ducati sewaktu dia dan isterinya berbulan madu di benua Eropah.

Foto: Fizo Omar Mula Beli Baju Anak

Baju bayi comel yang dibeli Fizo

Menerusi foto yang dikongsikan di dalam laman sosial miliknya, Fizo berharap anak sulungnya nanti adalah lelaki supaya dapat berkongsi minat yang sama dengannya kelak.

Selain daripada itu, pasangan pengantin baru ini kelihatan cukup seronok melawat beberapa tempat menarik sekitar Dubai, London, Paris dan Florence.

Apapun untuk semua pembaca OHBULAN!, di sini kami sertakan foto-foto bulan madu Fizo Omar dan Mawar untuk tatapan anda. Semoga anda terhibur melihat kemesraan dan kebahagiaan mereka berdua!

Kredit foto: Instagram Fizo Omar

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


Foto <b>Nora Danish</b> & Sasha Saidin Di Konsert Alicia Keys | Portal <b>...</b>

Posted: 28 Nov 2013 04:00 PM PST

Foto Nora Danish & Sasha Saidin Di Konsert Alicia Keys

Semalam, telah berlangsungnya konsert jelajah Set The World On Fire oleh penyanyi antarabangsa Alicia Keys di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Atas tujuan mempromosikan album terbarunya berjudul Girl On Fire, Alicia telah hadir ke Malaysia bagi menghiburkan para peminatnya yang sudah lama menunggu kehadiran penyanyi ini disini.

Rata-rata penonton konsert tersebut memberikan respon positif terhadap kekuatan vokal serta paduan suara Alicia Keys.

Foto Nora Danish & Sasha Saidin Di Konsert Alicia Keys

Bercakap mengenai konsert, terdapat beberapa barisan artis tempatan yang sanggup turun padang untuk menyaksikan kehebatan Alicia Keys beraksi di atas pentas antaranya Nora Danish, Mizz Nina, Shasha Saidin dan ramai lagi.

Menerusi laman Instagram, Nora telah berkongsi beberapa keping foto mesranya bersama Nadeem semasa menyaksikan konsert Alicia Keys.

Keakraban Nora bersama kekasihnya itu jelas terpancar melalui foto yang dimuatnaik ke laman Instagramnya itu. Malah, semasa di konsert tersebut, Nora turut ditemani beberapa teman rapat yang lain antaranya Betty Rahmad.

Foto Nora Danish & Sasha Saidin Di Konsert Alicia Keys

Dalam masa yang sama, penyanyi kumpulan Elite iaitu Shasha Saidin juga dilihat telah memuatnaik beberapa keping gambarnya bersama teman rapat di laman Instagram.

Foto Nora Danish & Sasha Saidin Di Konsert Alicia Keys

Apa yang menarik, penyanyi yang dilabel sebagai artis antarabangsa iaitu Mizz Nina juga turut mengambil peluang memuatnaik sekeping foto menerusi laman Instagram miliknya ketika menyaksikan konsert Alicia Keys di laman Instagram.

Kami rasa persembahan Alicia Keys kali ini adalah persembahan paling win! Apa-apa pun, jom layan foto-foto artis yang berada di konsert tersebut selepas ini.

Sara Ali - Google Blog Search

Sara Ali - Google Blog Search


Seluar Terlalu Pendek <b>Sara Ali</b> Ghairahkan Penonton?

Posted: 05 Nov 2013 09:36 AM PST

Sebab kenapa kami mahu sangat pergi ke majlis anugerah muzik besar yang dianjurkan di Malaysia ini bukan kerana kemeriahanya yang tidak seberapa, tapi lebih ingin melihat gelagat selebriti yang cuba meraih sedikit publisiti dengan sengaja mahu menimbulkan kontroversi untuk lebih dikenali. 

Jika di AIM Shila Amzah dengan mudah memohon maaf diatas keterujaanya mencium tangan ibarat Shanaz itu sudah sah menjadi suaminya kali ini di Anugerah Shout Awards kelihatan Sara Ali di kritik oleh peminat akibat pemakaian Shortpant nya. Tapi kenapa hanya Sara Ali?
 

Apa yang menjadikanya lebih menarik hal ini menimbulkan keghairahan penonton apabila Hashtag Sara Ali menjadi trending di twitter mengalahkan artis-artis yang lebih popular darinya. Pelbagai kecaman & kritikan diberikan kepada artis remaja ini diantaranya berbunyi : 
"Mungkin bukan masanya lagi untuk Sara Ali berjubah atau bepurdah. Mengubah sesuatu mestilah ikhlas dari hati. Terpaksa pun tidak berguna""Sara Ali fikir hot ahh pakai shortpants cenggitu .Defukk ahh -,- nama islam so beragak ah sikit -,-" 

Tapi yang lucunya ramai juga yang yang tidak mengenali siapa itu Sara Ali, Jadi keputusan Sara untuk memakai Shortpant adalah 'bertepatan' untuk dirinya lebih dikenali selepas ini.
 

"Siapakah Sara Ali tu? Aku yg ketinggalan zaman atau dia tu bukan artis?"

Hakikat yang harus kita terima pada dewasa ini ialah, tanpa pakaian yang seksi maka sebarang majlis berprestij untuk menghargai individu industri ini tidak akan meriah.

Buahmulut.com

Altimet - Google Blog Search

Altimet - Google Blog Search


<b>Altimet</b> & Awi Rafael Lancar MV Terbaru, Kalau Aku Kaya | Portal <b>...</b>

Posted: 18 Nov 2013 12:39 AM PST

Altimet & Awi Rafael Lancar MV Terbaru, Kalau Aku Kaya

Siapa makan cili, dia rasa pedas. Itulah perumpamaan yang boleh diberikan tatkala mendengar lagu ini. Apa yang pasti, lagu tersebut kini menjadi siulan peminat dan pernah menimbulkan spekulasi apabila sesetengah pihak mendakwa lagu ini mempunyai unsur sindiran terhadap orang lain.

Namun, itu bukanlah penghalang bagi Altimet untuk meneruskan usahanya dalam menjayakan MV terbaru bersama Awi Rafael ini. Minggu lepas, pihak Warner Music telah memuatnaik MV rasmi Kalau Aku Kaya, dimana lagu tersebut merupakan hasil kolaborasi pertama antara Altimet dan Awi Rafael.

Pada dasarnya, MV ini mengisahkan tentang kehidupan seorang manusia yang dambakan kekayaan untuk memiliki apa sahaja yang dihajati.

Awi Rafael dengan motor antiknya

Menerusi MV yang dipaparkan, konsep kaya telah diketengahkan oleh Altimet apabila dia dilihat segak memandu kereta mewah BMW manakala Awi Rafael pula tampil menunggang motor antik. 

Untuk makluman, lagu ini merupakan hasil kerjasama antara Audi Mok dan Omar K selaku pencipta manakala sentuhan lirik pula oleh Altimet.

Sebenarnya, lagu Kalau Aku Kaya terlebih dahulu dibocorkan oleh pihak pengurusan lama Altimet. Terkilan disebabkan hal itu, Altimet dan Awi Rafael sekali lagi bangkit mengolah segala perancangan sehingga terbitlah MV rasmi yang terbaru.

Apa kata anda turut serta menonton MV ini dan berangan menjadi orang kaya juga.