Bront Palarae - Google Blog Search |
“<b>Bront Palarae</b>” Muncul Dari Satu Insiden | N9 Kini - Portal Berita <b>...</b> Posted: 20 Feb 2011 08:20 PM PST BUKAN orang baru, Bront Palarae sebenarnya sudah lapan tahun berada dalam dunia seni tempatan. Tetapi dalam tempoh itu, namanya tidaklah begitu memuncak berbanding segelintir artis-artis lelaki lain. Bagaimanapun dalam tempoh mencari tapak dalam dunia lakonan tempatan, tahun 2010 benar-benar memberi nafas baru terhadap perjalanan kerjaya seninya apabila Bront dapat melonjakkan namanya dengan sekelip mata. Semuanya bermula selepas kejayaan anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Belukar pada Festival Filem Malaysia (FFM23) dan Anugerah Skrin 2010 (ASK2010). Pelakon ini seperti memiliki aura yang tersendiri apabila berdepan dengan umum. Namun, apa istimewanya Bront Palarae? Kehebatannya berlakon, memiliki nama yang pelik atau mungkin kerana rupa parasnya? Mingguan mStar mendekati lelaki yang mempunyai satu karisma yang unik untuk dikongsi. Lebih-lebih lagi dengan memiliki nama yang janggal didengar, ramai mempersoalkan bagaimana pelakon berusia 33 tahun ini memperoleh nama tersebut. Pelik bukan? "Saya tahu, orang selalu tanya nama itu datang dari mana, kerana nak ikutkan nama sebenar saya adalah Nasrul Suhaimin Saifuddin. "Tapi sebenarnya, Palarae adalah nama keluarga saya. Nama itu sering digunakan kami. Nama Bront pula diberikan oleh kawan-kawan sekolah. Sejarah nama itu tercipta apabila emak saya memanggil saya dengan satu gelaran. Saya kena rahsiakan gelaran itu… malu… "Kawan-kawan sekolah pula tersalah dengar. Mereka seakan-akan mendengar emak saya menyebut "Bront". Jadi gara-gara "insiden" itulah terus terlekat nama Bront sehingga hari ini. "Tapi saya juga ada panggilan lain di rumah dan nama itu agak manja. Bagaimanapun saya enggan beritahu apakah nama itu. Saya enggan mendedahkan terlalu banyak perkara tentang diri dan kehidupan saya. "Lagipun pelakon Hollywood, Johnny Depp juga disukai orang ramai, tetapi mereka tidak tahu mengenainya secara lebih terperinci. Saya selesa cara begitu," katanya tersenyum. Tambah Bront, dia lebih suka peminat mengenalinya menerusi kerja-kerja seninya dan bukannya kisah peribadi. Terlibat dengan filem indie Menyifatkan pengiktirafan yang diterima sebagai satu permulaan, Bront yang berdarah Melayu-Pakistan sebelah ibu dan Siam-Cina sebelah bapa, merasakan kehidupannya sebagai seorang pelakon masih lagi berjalan seperti biasa. "Apa yang saya dapat hari ini adalah satu bonus buat saya untuk memajukan diri. Bagaimanapun, untuk berjaya, saya tidak boleh melakukannya seorang diri. "Tanpa kerjasama seluruh tenaga produksi, impak sesebuah karya filem kepada penonton pastinya kurang," tegasnya yang bakal menerbitkan sebuah filem berjudul, Tiga Rasa di bawah syarikat penerbitannya, Otto Films. Bagaimanapun, kata Bront, terdapat sedikit perubahan yang dirasakan apabila orang di sekelilingnya mula memberi perhatian lebih ketika di set penggambaran. "Walaupun begitu, tawaran filem yang diterima masih lagi sama dan bayaran lakonan juga tidak meningkat. Sekarang ini saya kembali kepada projek-projek indie di mana salah satu filem yang akan saya sertai adalah filem Jalan Pintas, arahan Namron. "Bagi saya, tak salah jika menyokong mana-mana filem indie yang memerlukan saya berlakon dan skripnya menarik bagi sudut pandangan saya. Pelakon James Farey juga masih berlakon dalam filem-filem indie walaupun memiliki nama yang besar," tuturnya. Apa yang diinginkan Bront bukanlah nilai komersial yang terdapat pada sesebuah filem sebaliknya dia gemar menerima watak yang mendatangkan risiko dan cabaran buat dirinya. "Selain skrip yang bagus, saya gemar menerima watak yang pelik dan tidak sama seperti karakter saya yang sebenar. "Selepas Belukar, anda akan terkejut melihat watak saya sebagai Pinto dalam filem Bara Jiwa, arahan Osman Ali yang ternyata berbeza dan pelik," katanya. Dalam pada itu, Bront baru saja tamat penggambaran filem terbitan sebuah produksi Hong Kong iaitu Quatro Hong Kong 2 di negara itu. Menariknya, filem tersebut membabitkan empat pengarah berbeza iaitu dari Thailand, Filipina, Hong Kong dan Malaysia. Tiada inspirasi Setiap pelakon pastinya mempunyai idola atau inspirasi masing-masing dalam menjayakan watak yang diberikan. Lain pula bagi Bront, tiada inspirasi dalam kamus hidupnya. Baginya, dia hanya memainkan watak mengikut skrip dan melakonkan watak tersebut sebaik yang mungkin. "Mungkin saya tertarik dan kagum dengan beberapa pelakon kerana cara pemilihan kerja yang mereka buat seperti Christian Bale, Johnny Depp dan Shawn Hann. Kiranya mereka yang membuat keputusan dalam setiap tawaran kerja yang diberi. "Bagi saya 'jangan bermain dengan peraturan orang, tetapi mainlah dengan peraturan sendiri'. Justeru itu, saya tiada inspirasi sebagai rujukan dalam bidang lakonan. "Saya berlakon mengikut apa yang ditulis dalam skrip. Sebab itu saya memerlukan skrip yang bagus," tegasnya. Kata-kata itu mungkin dianggap agak keras yang menampakkan sisi tegas Bront dalam karier seninya. Namun, kata Bront, ia adalah prinsip hidup yang digunakannya sepanjang lapan tahun dalam industri seni. Selain itu, selepas apa yang dimiliki hari ini, Bront masih lagi ingin menaiki tangga kejayaan dengan menjadi seorang pelakon yang benar-benar berbakat dan mampu membawa pelbagai watak. Mengakui dia agak sukar mencapai impian yang diinginkan, bagi pandangan Bront, perjalanan karier seorang pelakon merupakan satu misteri di mana rezeki dan tuah boleh datang secara mengejut. "Susah bila kita bercakap mengenai tuah dan kejayaan. Bagi saya, hidup ini penuh dengan misteri. "Apa yang kita boleh lakukan ialah berusaha sehingga kejayaan itu tiba dan bekerja keras lagi untuk menjadi yang terbaik," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
Filem Ombak Rindu | MyGosip.com Posted: 19 Nov 2011 09:59 AM PST Posted My Gosip: 20 November 2011 at 1:59 am under filem Sinopsis Ombak Rindu:- filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka. Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah. Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi. Tajuk Filem: Pengarah: Osman Ali Penerbit: Astro Shaw Sdn. Bhd. Dipawagam: 01 Disember 2011 Pelakon Ombak Rindu: Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Bront Palarae - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan