Maya Karin - Google Blog Search |
"Saya Tahu Mana Situasi Sesuai Atau Tidak Untuk Lafaz Syukur <b>...</b> Posted: 09 Dec 2011 04:21 AM PST ![]() 1 step to become a great reader: Hantar ke Twitter! | Full content generated by Get Full RSS.![]()
Merujuk kepada artikel kami yang mengulas mesej di dalam inbox Wardinah Safiyyah ternyata benar-benar mengejutkan Maya Karin sendiri. Beliau yang ditemui di Program Ramah Mesra bersama Yayasan Orang Kurang Upaya (Yokuk) di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, mengata dengan sekerasnya bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian. Artis yang memperoleh pendidikan terakhirnya di Limkokwin University dalam bidang media dan pemasaran ini telah dikatakan memberi komen 'Syukur Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar' kononnya merujuk babak panas yang dilakonkannya dalam filem Ombak Rindu yang dilakonankan bersama aktor kacak Aaron Aziz. Tidak sesuai menggunakan Alhamdulillah setelah berjaya melakukan adegan ranjang. "Perkara ini tidak perlu diperbesarkan kerana saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu. Saya hanya meluahkan rasa gementar apabila perlu melakukan babak sedemikian. Ada juga yang saya tidak sebut langsung dan terkejut apabila terbaca mengenai perkara ini," ujar Maya yang mengakui beliau tahu di mana tempat sesuai untuk berkata "syukur Alhamdulillah". Bagi Maya tidak perlu diperbesarkan kisah ini kerana sememangnya komennya itu sudah disalah tulis. Apapun kita tunggulah apa pula cerita selepas ini. Sudah tentu yang memperkatakan begini akan membalas lagi dan lagi kemudian nanti. Kita tunggu sahajalah ya. OH! ARTIS : KESIAN MAYA JADI MANGSA TOKOK TAMBAH DARI MULUT KE MULUT. |
You are subscribed to email updates from Maya Karin - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan