Nuffnang

Sabtu, 21 Januari 2012

Adi Putra - Google Blog Search

Adi Putra - Google Blog Search


<b>Adi Putra</b> romantis | N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan

Posted: 16 Jan 2012 07:34 PM PST

STATUS suami orang tidak pernah menyekat rezeki pelakon lelaki di negara ini. Lihat sahaja aktor Aaron Aziz yang kini menjadi dambaan pengarah filem.

Terbaru, kemunculan Adi Putra dalam drama bersiri romantis, Tentang Dhia telah mewujudkan satu lagi fenomena baru di kalangan peminat wanita di negara ini.

Masakan tidak, lakonan romantik pelakon bertubuh sasa itu berjaya meletakkan namanya sebagai salah seorang pelakon lelaki yang diminati ramai masa kini.

Mula menceburkan diri dalam industri lakonan pada 2002, nama Adi Putra menjadi sebutan selepas dia muncul dengan watak gangster dalam filem KL Gangster, arahan Syamsul Yusof.

Watak itu nyata memberikan impak tersendiri kepada bintang kelahiran Singapura itu hingga dia begitu sinonim dengan watak gangster.

Bagaimanapun kata Adi, dia sebenarnya lebih cenderung untuk membawakan watak-watak yang mengisahkan tentang keagungan cinta kerana maksudnya lebih luas.

"Saya suka untuk membawakan watak-watak yang mempunyai unsur cinta tetapi itu bukanlah bermakna saya menolak untuk membawakan watak-watak lain.

"Apa yang cuba saya sampaikan ini adalah untuk memberitahu bahawa watak cinta menjadi pilihan saya untuk lakonkan," katanya yang ditemui baru-baru ini.

Menurut Adi, dia merasakan lebih serasi untuk watak romantis yang disifatkannya antara watak yang mampu dijiwai dengan baik.

Malah dia turut bersyukur apabila menerima banyak tawaran lakonan bagi menjayakan beberapa buah filem bertemakan romantis pada tahun ini.

"Cinta terlalu luas kalau mahu dibandingkan dengan watak-watak lain dan saya mahu membawakan watak romantis melalui pelbagai cara. Mungkin saya lebih serasi dengan watak-watak sebegini.

"Bagaimanapun watak yang ganas seperti watak saya dalam filem KL Gangster sebenarnya turut membantu untuk mempelbagaikan bakat lakonan saya," katanya yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem KL Gangster 2 bersama Aaron Aziz.

Tidak mahu dibandingkan dengan sahabatnya itu, tegas Adi, dia lebih suka sekiranya peminat dapat membezakan antara dia dan Aaron melalui kelebihan lakonan masing-masing.

Malah Adi turut menyangkal dakwaan bahawa dia bakal mendahului Aaron dalam meraih populariti pada tahun ini.

"Rasanya tidak perlu untuk membandingkan kami kerana masing-masing juga mempunyai kelebihan tersendiri.

"Saya lebih suka untuk mengatakan ini sebagai rezeki kami berdua sebagai pelakon ," katanya.

Dalam pada itu, Adi yang sudah menjangkau usia 30 tahun menegaskan, dia tidak takut dipanggil hero tua kerana percaya kepada setiap peluang yang terbentang adalah kerana bakatnya.

Dia yang mengagumi Shah Rukh Khan berkata mahu mengikut jejak langkah aktor tersebut kerana biarpun kini sudah berumur namun aktor terkenal Bollywood itu masih mampu membawakan pelbagai watak.

"Saya akui saya bermula agak lewat dalam industri ini. Namun itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus memberikan tahap lakonan yang terbaik," katanya.

Merupakan pencipta lagu tema untuk drama bersiri Tentang Dhia yang bertajuk Dhia, menurut Adi, pembabitannya dalam bidang penciptaan lagu berlaku secara tidak sengaja gara-gara sering membawa gitar ke set penggambaran drama tersebut.

Bagaimanapun menurut Adi dia belum mempunyai perancangan untuk meneruskan minatnya dalam bidang nyanyian secara serius.

"Menyanyi hanya minat saya dari dahulu lagi. Apa pun kini saya masih mahu memberikan fokus kepada bidang lakonan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan