Nuffnang

Ahad, 8 Januari 2012

Faizal Hussein - Google Blog Search

Faizal Hussein - Google Blog Search


Tupai - Portal Hiburan Terkini: <b>Faizal Hussein</b> peneraju utama tiga <b>...</b>

Posted: 17 Nov 2011 07:02 PM PST

Aktor senior Faizal Hussein yang sudah lama menyepi kini bakal terlibat dengan tiga buah filem aksi terbitan AAR Intelligent Sdn Bhd, Northstar Acres Sdn Bhd dan Dzed Resources Sdn Bhd berjudul "Taiko", "Khon Malay" dan "1945" yang akan memulakan penggambaran secara berperingkat pada 16 November 2011.

Bercakap di majlis pelancaran tiga filem tersebut baru-baru ini, penerbit bersekutu Asri Abdul Rahman memberitahu Faizal dipilih kerana sikap komited dalam kerja yang diberikan dalam setiap lakonan serta pengalamannya dalam industri ini.

"Kami senang bekerja dengannya dan jika ada watak yang bersesuaian dengan Faizal, mungkin kami akan memanggilnya lagi selepas ini," jelas Asri.

Malah menurut aktor berusia 44 tahun ini, dia berasa bersyukur kerana masih ada penerbit yang masih mempercayai kemampuannya untuk menarik penonton.

"Saya sebenarnya sudah lama mengenali pengarah Imran Ismail yang inginkan saya menjadi tunggak utama dua buah filem arahannya, "Khon Malay" dan "1945". Pengisian cerita dan watak yang ditawarkan memang menarik minat saya iaitu aksi dan antagonis. Begitu juga dengan filem "Taiko" yang diarahkan oleh Syariman Yaacob.


"Bagi saya ia adalah satu penghargaan kerana mereka masih mempercayai kebolehan saya yang mampu menarik penonton ke panggung nanti," ujar Faizal lagi.

"Khon Malay" yang diarahkan oleh Imran Ismail akan turut dilakonkan oleh aktres kontroversi Zarina Anjoulie, Man Baik, Zed Zaidi serta penampilan istimewa oleh Rosyam Nor dan Hail Amir.

"1945" yang turut diarahkan oleh Imran akan dilakonkan oleh aktres yang sudah lama menghilangkan diri, Wilma Muhammad, Yank Kassim, Lana Nordin dan Murad Zaidi.

Manakala "Taiko" pula turut dibarisi Zed Zaidi, Maria Farida, Neelofa, Beto Kusyairy, Namron serta penampilan istimewa oleh Rosyam dan Dato' Yusof Haslam.


Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan