Nuffnang

Selasa, 3 Januari 2012

Fauzi Nawawi - Google Blog Search

Fauzi Nawawi - Google Blog Search


<b>Fauzi Nawawi</b> Nafi Dakwaan Miliki Kekasih Gelap | Oh! Artis | Dunia <b>...</b>

Posted: 20 Nov 2011 09:23 PM PST

vimax

rahsiarumah

eriesya

yoli4all

wuuhuuonline

1 step to become a great reader:
1. Take a look one by one ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here!! We swear!!

Hantar ke Twitter! | Bookmark Share


Beberapa hari yang lepas kecoh di beberapa portal hiburan 'underground' tentang gosip Fauzi mempunyai kekasih gelap. Kami hanya mengambil sikap dan tunggu dan lihat kerana tidak mahu di saman oleh pelakon terbabit.

Ekoran dakwaan Fauzi mempunyai perempuan simpanan, pelakon itu akan membuat laporan polis terhadap pihak yang dikatakan menyebarkan screenshot Blackberry Messenger (BBM). Menurutnya, screenshot itu palsu.

Berikut ialah kenyataan yang dibuat Fauzi.

"Saya akan buat laporan polis!" tegas Fauzi dipetik sebagai berkata ketika dihubungi oleh media.

"Itu memang bukan saya. Saya memang tak pernah ada kekasih kat luar. Setakat nak tukar nama dan gambar, ia boleh dibuat pada bila-bila masa pun. Sudah tentu sesiapapun boleh menyamar jadi saya. Bagi saya, itu mungkin orang lain yang memang tak suka dengan saya. Jika dia berani menyentuh hal rumahtangga saya, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis."

"Saya dah lihat screenshot itu. Ada salah satu kenyataan kononnya saya tulis 'Kak lis'. Saya tak pernah bahasakan diri isteri saya Kak Lis. Saya selalu panggil dia Lis atau Ayang. Secara logiknya, takkan saya nak tulis Kak Lis, lebih baik saya tulis isteri saya saja. Lis dah tahu mengenai perkara ini dan dia hanya ketawa saja," ujar Fauzi.

"Saya tak pernah kongsi masalah rumahtangga saya dengan ibu atau ibu mertua saya. Inikan pula saya nak cerita kepada orang luar mengenai hal rumahtangga saya. Saya ingin tegaskan bahawa rumahtangga saya dengan Lisdawati bahagia.

"Saya anggap ini semua dugaan. Lagipun, ini bukan kali pertama saya kena macam ini. Sebelum inipun saya pernah kena kononnya mengenai video saya dengan Ida Nerina. Apa-apapun, jika ia melibatkan maruah, saya memang akan membuat laporan polis. Saya juga tidak teragak-agak untuk menyaman blog yang mengeluarkan artikel tersebut jika mereka tidak memohon maaf kepada saya," tambahnya.

OH! ARTIS: SEJAK DARI DULU LAGI ORANG CUBA JATUHKAN FAUZI NAWAWI TAPI TAK JATUH-JATUH LAGI. ORANG YANG BENAR SELALU SELAMAT.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan