Nuffnang

Jumaat, 6 Januari 2012

Fouziah Gous - Google Blog Search

Fouziah Gous - Google Blog Search


Cerita Artis: Tak Pernah Kawan Suami Orang - <b>Fouziah Gous</b>

Posted: 01 Jan 2012 11:57 AM PST


SEJAK kebelakangan ini, mutu lakonan aktres jelita Fouziah Gous boleh dikatakan semakin menyerlah. Tidak hanya terikat dengan karakter lemah lembut dan sopan santun, dia kini muncul dengan watak lebih berani serta mencabar keupayaan diri.

Fouziah atau nama sebenarnya, Nor Fouziah Mohd Gous bukan lagi pelakon sebarangan yang bersandar pada wajah yang cantik. Sebaliknya, dia benar-benar mahu penonton menilai bakat lakonannya yang berkesan menerusi watak wanita bermadu.

Bermula dengan drama Trilogi Cinta di samping Rosyam Nor dan Amyza Adnan, gadis manis berusia 28 tahun ini makin rancak menerima watak 'wanita bermadu' apabila satu demi satu tawaran menjadi miliknya. Terbaru, drama Karma untuk TV9.

Diarahkan Erma Fatima, drama 13 episod itu menonjolkan Fouziah sebagai Karmila, seorang pelakon popular yang jatuh cinta dan berkahwin dengan lelaki berusia, Tan Sri Fahrul Sani lakonan Datuk Ahmad Tamimi Siregar. Namun, tak diterima isteri pertama.

Sarat dengan pelbagai konflik dan perasaan tidak puas hati, drama ini yang disiarkan menerusi slot Ratu mulai Isnin ini, jam 8.30 malam turut membariskan Ziela Jalil, Aaron Aziz, Datuk Rahim Razali, Azlee Khairi serta Fadhilah Mansor.

Ditemui ketika penggambaran drama ini di Plaza Shah Alam minggu lalu, Fouziah berkata Karma adalah lakonan kelima, dia diberi kepercayaan melakonkan watak wanita bermadu selepas Trilogi Cinta, Tahajud Cinta, Kekasih Awal dan Akhir serta Senyawa.

"Biarpun watak itu sama, tetapi tuntutan jalan ceritanya berbeza. Dalam Trilogi Cinta, saya rela menjadi isteri kedua kerana simpati dan kasih sayang. Manakala, Tahajud Cinta pula saya terpaksa menjadi isteri keempat kepada lelaki yang dibenci. Tidak terkecuali, telefilem Kekasih Awal dan Akhir yang menonjolkan saya sebagai madu bersikap antagonis. Begitu juga, Senyawa yang memerlukan saya berkongsi kasih suami kerana tak mampu melahirkan zuriat.

"Kesemuanya nyata sangat mencabar. Namun, ini hanyalah lakonan semata-mata. Dalam kehidupan realiti, saya sentiasa mengharapkan Tuhan memberi jodoh terbaik. Jujurnya, saya berdoa supaya dijauhkan kehidupan bermadu kerana dalam lakonan pun sudah dapat rasakan keperitannya. Inikan pula realiti. Lagi pun, saya tidak pernah berkawan dengan suami orang. Kehidupan harian saya pun hanya tertumpu pada lima perkara iaitu karier, keluarga, gimnasium, bersukan dan makan. Setakat ini, tiada masa untuk bercinta" katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan