Nuffnang

Ahad, 19 Februari 2012

Que Haidar - Google Blog Search

Que Haidar - Google Blog Search


Kembali kerana skrip – <b>Que Haidar</b> | N9 Kini - Portal Berita Negeri <b>...</b>

Posted: 10 Jul 2011 08:28 PM PDT

PENAMPILAN seorang rocker daripoada Que khusus untuk naskhah Rock Ooo.

TEMPOH dua tahun tidak mendengar arahan 'action-cut', 'berkahwin' dengan kawan-kawan lama di set penggambaran, ada keterujaan yang meluap-luap di hati pelakon Que Haidar saat ditemui pada sesi sidang media dan penggambaran filem Rock Ooo di Ipoh, Perak pada hari Rabu lalu.

Banyak yang diluahkan pelakon versatil itu. Kembalinya dia ke lapangan yang tidak pernah melupakan kredibiliti anak seni sejati sepertinya terus dirai. Namun empunya diri sendiri yang berasa kekok.

Que tidak tahu bagaimana mahu memulakan bicara dengan media. Bimbang reaksi yang bakal diterima kelak apabila dia kembali ke lapangan ini. Takut khalayak melemparkan kejian kepadanya kerana 'memakan semula' kata-kata kononnya mahu bersara.

Ironi, aktor berusia 32 tahun itu bukan mahu bersara. Dia hanya menyatakan akan mengurangkan aktiviti sebagai pelakon kerana mempunyai kepentingan lain sebagai ketua keluarga yang dibina lebih dua tahun lalu.

Namun apabila ada naskhah yang bagus pada pandangannya, dia juga tidak mahu melepaskan peluang itu. Kerana itu dia kini kembali melakukan rutin anak seni dengan bergabung semula bersama sutradara Mamat Khalid dan teman-teman seperjuangan yang lain seperti Sofi Jikan, Khir Rahman, Pekin, Azmi dan ramai lagi dalam usaha merealisasikan sekuel filem Rock itu.

Kepada pihak media, Que turut menghuraikan banyak dakwaan nakal terhadap kehilangannya selama dua tahun dan mengapa dia kembali berlakon.

Dakwaan-dakwaan tersebut semua menuduh ia disebabkan oleh isterinya, Linda Jasmine yang tidak membenarkan dia berlakon kerana cemburu serta dakwaan dia muflis yang menyebabkan Que kini berlakon semula.

"Selepas bernikah, memang saya ada membuat kenyataan untuk tidak lagi aktif sebagai pelakon. Ini kerana saya mahu menumpukan fokus kepada kerjaya baharu saya sebagai tenaga pengajar di kolej Universiti Tun Abdul Razak (Unitar), Kuala Lumpur secara kontrak dan di Linda Jasmine Studio.

"Hari ini, saya kembali berlakon adalah atas keputusan saya sendiri. Ia tidak ada kena-mengena dengan Linda dan isteri saya amat menyokong saya kembali aktif. Selama ini, Linda juga tak pernah menghalang saya daripada berlakon, namun ia adalah keputusan saya sendiri untuk memberi fokus kepada pekerjaan lain.

"Saya juga menafikan dakwaan muflis dan sebagainya. Saya kembali berlakon terutama untuk filem ini adalah kerana ia sebuah skrip yang bagus, sutradara yang bagus, tenaga krew yang bagus dan pelakon-pelakon yang bagus, " katanya bersungguh-sungguh.

Malah dia kini melihat dirinya seperti pelakon baru yang hampir tidak dapat mengejar momentum kehebatan pelakon-pelakon di dalam filem ini seperti Sofi Jikan, Khir Rahman dan lain-lain.

Selain itu, Que juga berasa begitu kecil dan kekok untuk kembali berlakon, Que mengaku dia menangis pada hari kedua penggambaran dijalankan.

"Pada hari pertama penggambaran, abang Mamat cakap saya macam 'kayu'. Saya sangat terpukul. Pada hari kedua pula, saya menangis kerana mencari dan tertekan bimbang tidak dapat mengejar momentum lakonan pelakon-pelakon hebat yang lain," ujarnya.

Bagaimanapun perasaan cuak dan kurang keyakinan diri beransur hilang selepas semua memberi semangat dan dia kembali mendapat rentak untuk memuntahkan kredibiliti yang terperosok jauh entah ke mana selama dua tahun tidak berlakon.

QUE bersetuju untuk kembali aktif dalam dunia lakonan jika karakter yang ditawarkan berjaya memikat hatinya.



Sementelah, karakter Amy Mat Piah, vokalis kumpulan Rimba Bara dan sejarah filem ini juga banyak membantu dia bangkit.

Ditanya tentang naskhah Rock Ooo dan karakter Amy, Que memberitahu Rock Ooo kali ini memberi penekanan kepada Amy, seorang penyanyi yang tidak boleh menyanyi namun yakin dia adalah penyanyi yang hebat.

Katanya yang harus menyanyi di dalam filem ini: "Amy percaya dia adalah seorang vokalis rock, namun sebenarnya dia tidak rock langsung. Dia tak sedar bahawa selama ini, dia hanya terikut-ikut dengan trend rock yang cukup hebat pada tahun 80-an itu."

Keputusan

Apabila Que kembali berlakon, ia seperti memberi isyarat bahawa dia mungkin akan terus aktif selepas usai penggambaran Rock Ooo.

Saat persoalan itu dilontarkan, Que menegaskan dia belum berminat untuk kembali aktif seperti dahulu, malah apa yang terjadi pada hari ini (berlakon filem Rock Ooo) juga tidak menjadi perancangannya sebelum ini.

"Saya memilih untuk tidak berani nak cakap bahawa saya akan aktif atau tidak aktif selepas filem ini. Saya tak fikir soal itu. Jadi saya tak ada jawapan. Namun sekiranya ada cerita yang menepati cita rasa saya, mungkin saya tidak akan menolak.

"Tetapi buat masa ini, saya selesa dengan kehidupan saya yang sederhana dan mempunyai masa untuk keluarga serta kerjaya saya sekarang," katanya yang juga memberitahu dia hanya akan bekerja dengan orang yang dipercayainya sahaja selepas ini.

Menyentuh tentang kehidupan peribadinya, bapa kepada Ratu Haidar, satu tahun lapan bulan itu memberitahu dia cukup teruja menjadi seorang bapa.

Malah tanpa berselindung, Que memberitahu dia dan Linda ingin menimang cahaya mata kedua, namun masih belum mempunyai rezeki. "Kalau boleh, saya nak anak lelaki pula," kata Que ringkas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan