Wan Sharmila - Google Blog Search |
<b>WAN SHARMILA</b> SANGGUP KORBANKAN RAMBUT DEMI 'APA <b>...</b> Posted: 15 Feb 2012 12:54 AM PST No of View :99 ![]() Bagi menjayakan watak Marsha dalam drama terbaru 'Apa Celop', Wan Sharmila sanggup mengorbankan rambutnya yang panjang menggurai. Jelas pelakon kecil-molek ini, pihak TV3 telah meminta dia memotong rambut bagi membawa karektor seorang budak kampung yang datang ke bandar dan terlibat dengan dunia rempit. "Saya memang sudah lama tidak berambut pendek. Kalau tidak silap, kali terakhir saya berambut pendek ialah kira-kira lima atau enam tahun dahulu. Ketika itu saya belum lagi aktif berlakon. Memang rasa lain sedikit apabila berambut pendek ini, tapi saya tidak kisah kerana saya memang ingin ubah penampilan untuk tahun 2012 ini." ujar Wan Sharmila. Bercerita tentang pengalaman berlakon dalam drama arahan Ahmad Idham itu, Wan Sharmila memberitahu ia satu pengalaman yang baru kerana sebelum ini dia tidak pernah melakonkan watak yang melibatkan aksi-aksi lasak atau bahaya. Dalam masa yang sama, dia juga berasa seronok kerana dapat bekerjasama dengan baik dengan semua pelakon dan krew 'Apa Celop'. "Memang seronok dapat terlibat dengan drama ini, tapi saya agak gementar apabila terlibat dengan aksi-aksi merempit. Saya rasa takut kerana sebelum ini saya memang tidak pernah mencuba aksi-aksi lasak sebegitu. Maklumlah, saya ini memang tak biasa membonceng motosikal. Apatah lagi hendak menunggangnya. Mujurlah tidak ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Saya rasa setiap kali terlibat dengan adegan motor, saya pasti menahan takut dan cuba mengawal pergerakan kerana tidak mahu kelihatan kekok. Saya cuba buat yang terbaik," ujar Wan Sharmila lagi. ![]() |
You are subscribed to email updates from Wan Sharmila - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan