Nuffnang

Ahad, 11 Mac 2012

Mawi af - Google Blog Search

Mawi af - Google Blog Search


usrahfatihah: Tahniah <b>Mawi</b>

Posted: 01 Mar 2012 05:38 PM PST

Assalamualaikum wb...

Saya sangat teruja bila membaca berita gembira kelahiran puteri sulung Mawi, Cahaya Malaika pada 28 Februari 2012 yang lalu.

Walaupun tak ada kaitan saudara kecuali saudara seIslam, rasa teruja macam sambut kelahiran anak saudara sendiri pula.

Pagi semalam saya terus telefon adik kat rumah sebab nak cakap anak saudara dia dah lahir. Sekali mak sambut. Terus dengan suara yang ala2 terharu, mak cakap.." hmmm.. cucu mak jugak tu.. "..

Kan dah kata dah... :)

Memang dari semasa Mawi kat AF lagi, saya dan keluarga merupakan "kipas keras mati" Mawi. Saya yang waktu tu dalam pantang anak kedua, sampai mengigau2 sebab 24 jam kat rumah mak pasang ulang siaran diari AF yang ada MAwi. Ingat lagi, waktu kat hospital lepas melahirkan, terlepas konsert minggu tu yang Akma terkeluar. Memang tak lupa. Tapi tak pe, sebab balik rumah, memang sepanjang masa pasang diari AF. Memang fenomena betul...

Sebab tu la, kalau sekarang ni ada pihak berkata populariti Mawi dah merundum, saya tak bersetuju. Sebab Mawi masih kukuh bertapak di hati kami sekeluarga dan pastinya di hati ribuan peminatnya yang lain. Tapi mungkin tak tercatat dalam statistik sebab saya percaya kebanyakan peminat MAwi (termasuk kami) bukan dari golongan yang tegar dalam pembelian album. (Mungkin MAwi "rugi" kat situ kot).  Tapi tetap tegar berdoa untuk kebaikan Mawi... :)

Dan pada saya, berbanding dengan artis2 lain yang sedang meletup sekarang, masih belum mampu menggantikan Mawi di hati kami peminat2nya.

Tahniah Mawi dan Ekin.

Semoga Cahaya Malaika  membesar menjadi puteri solehah, penyejuk mata Abi dan Ummi, Insya'Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan