Nuffnang

Ahad, 4 Mac 2012

Tiz Zaqyah - Google Blog Search

Tiz Zaqyah - Google Blog Search


<b>Tiz Zaqyah</b> Nyanyi &#39;Kisah Hati&#39; Untuk Remy?

Posted: 03 Mar 2012 11:31 PM PST

Umum mengetahui pelakon cantik Tiz Zaqyah sememangnya mempunyai hubungan yang intim dengan aktor lelaki Remy Ishak selepas mereka berdua terbabit sama dalan lakonan drama Nur Kasih.

Masing-masing pernah mendiamkan diri ketika ditanya tentang sejauh mana hubungan tetapi, tidak lama selepas itu, Remy Ishak tampil dengan mengumumkan mereka berdua sememangnya sedang berpacaran.

Selepas nama Tiz Zaqyah diangkat menerusi drama itu, aksi dan bakat lakonan wanita cantik itu terus diperkatakan dan menjadi buruan ramai pengarah tempatan untuk cuba menjadikan Tiz Zaqyah sebagai pelakon penting dalam drama mahu pun filem terbitan mereka.

Tidak hanya berpegang kepada satu bakat iaitu lakonan sahaja, Tiz Zaqyah sebenarnya berbakat dalam bidang seni suara.

Buktinya, Tiz Zaqyah sendiri pernah merakamkan lagu tema filem Nur Kasih bersama Yasin.

Baru-baru ini, Tiz Zaqyah sekali lagi melakukan kejutan di mana menyanyikan lagu Alyah, Kisah Hati, untuk kekasihnya itu sewaktu dijemput menjadi artis jemputan di konti radio Hot.Fm.

Memang tidak dinafikan, suara dan intonasi Tiz Zaqyah sewaktu menyanyikan lagu itu sememangnya sangat sedap untuk didengar.

Tapi, mungkin kekok apabila suaranya didengarkan secara terus kepada pendengar-pendengar radio itu, dia sedikit malu dan jelas teragak-agak sewaktu menyanyikan lagu Kisah Hati.

Apa-apa pun, Tiz Zaqyah sememangnya mempunyai banyak bakat dan berani mencuba bidang yang baru.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan