Nuffnang

Jumaat, 20 April 2012

awi rafael - Google Blog Search

awi rafael - Google Blog Search


Konsert Mania: <b>Awi Rafael</b> Tersingkir | RimaAlliq.Com

Posted: 15 Apr 2012 12:56 AM PDT

Kerap berada di bawah dalam carta undian mungkin adalah petanda awal bahawa jangka hayat Awi Rafael dalam program Mania tidak akan bertahan lama.

Itulah hakikat yang harus ditelan oleh penyanyi dari Singapura ini apabila dia diumumkan oleh hos Mania, Aznil Hj Nawawi sebagai peserta yang tersingkir dalam konsert ke 5 Mania yang berlangsung sebentar tadi.

Menyampaikan pesermbahan bertenaga menerusi lagu The Show Must Go On oleh kumpulan Queen, nyata itu tidak cukup untuk memikat hati pengundi serta menyelamatkannya dari tersingkir.

Bagi penebit muzik Aubrey Suwito pula, ini adalah anak didik kedua naungannya yang tersingkir setelah Chaq meninggalkan Mania pada minggu lalu.

Seramai 14 peserta Mania telah membuat persembahan pada malam ini dan selain Awi Rafael yang tersingkir, 13 lagi peserta ialah Ebi yang menyanyikan lagu Anak Kampung dari Jimmy Palikat, Akim (Inilah Cinta/Akim), Shila Amzah (Kau Atau Aku/Elyana), Adira (Kembang Perawan/Gita Gutawa), Kristal (Di Ambang Watie/Wings), Alyah (Kau/Glenn), Estranged (Rolling In The Deep/Adele), Aril (Kenangan Lalu/Flybaits), Jaclyn Victor (Matahariku/Agnes Monica), Stacy (Suralaya Dalam D'Major/Search), Atilia (All Night Long/Mary J. Blidge), Hazama (Semalam Yang Hangat/Wings) dan Hafiz (Bukan Cinta Biasa/Afgan).

Rata-rata peserta Mania pada malam ini telah menyampaikan lagu yang mencabar kemampuan vokal mereka meskipun ada satu dua peserta yang gagal menyerlah.

Konsert Mania pada malam ini turut menampilkan persembahan artis jemputan iaitu kumpulan T.R.I.A.D dari Indonesia. Di bawah pimpinan Ahmad Dhani, mereka telah menyampaikan lagu Sedang Ingin Bercinta bersama barisan peserta wanita Mania.

Teruskan mengundi bintang Mania pilihan anda dengan menaip Mania Nama Bintang dan hantarkan ke 32888.

Mania telah bersiaran secara langsung dari Dewan Seri Putra, Bukit Jalil serta dipancarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104).

Sumber:http://www.murai.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan