Nuffnang

Sabtu, 28 April 2012

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


BERITA ARTIS - Karpet Merah ABPBH 2011 - <b>Remy Ishak</b> & Tiz <b>...</b>

Posted: 11 Apr 2012 09:00 AM PDT

Acara karpet merah sentiasa menjadi tumpuan ramai setiap kali berlangsungnya sesebuah majlis penganugerahan di mana di situlah tempat para peminat melihat artis kesayangan mereka menggayakan busana indah rekaan pereka terkenal. Di sini GUA senaraikan 11 perkara yang berlaku di acara karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, Ahad lalu.

1.    Acara karpet merah bermula jam 7.00petang di mana Nora Danish merupakan artis pertama yang berjalan di karpet merah dengan menggayakan gaun labuh rekaan Innai Red.

2.    Acara karpet merah dihoskan oleh pengacara berbakat, Awal Ashaari.

3.    Petugas ABPBH terpaksa mengira selama 10 saat untuk seseorang artis itu mengambil gambar di karpet merah.

4.    Kehadiran pelakon jelita Fazura mencuri tumpuan. Beliau diiringi 4 jelitawan Lux yang dipilih melalui satu peraduan anjuran jenama mandian terkemuka itu.

5.    Selain Fazura, Shaheizy Sam turut menjadi tumpuan ramai apabila hadir di karpet merah dengan diapit oleh 2 lelaki yang berpakaian ala-ala Tentera Laut.

6.    Acara karpet merah bukan saja riuh dengan sorakan penonton, malah riuh dengan jeritan jurugambar yang ingin mendapatkan syot terbaik para selebriti.

7.    Antara selebriti yang berjalan seiring dengan pasangan ialah Lisa Surihani dan Yusry, Datuk Sheila Majid dan Acis, Dato' Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohd Jiwa, Khai dan Rosma, Puteri Sarah dan Amar, Shila Amzah dan Sharnaaz serta Rozita Che Wan dan Zain Saidin.

8.    Pasangan selebriti, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah turut hadir bersama di karpet merah sekaligus menolak dakwaan kononnya mereka telah berpisah.

9.    Dalam keadaan sesak di karpet merah, pengantin baru, Yusry dilihat memegang erat belakang isterinya agar tidak ditolak orang ramai.

10.    Neelofa hadir dengan menggayakan anting-anting dari Elegance Club bernilai RM 100,000!

11.    Datuk M. Nasir merupakan antara selebriti yang terakhir tiba di karpet merah iaitu beberapa minit sebelum bermulanya siaran langsung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan