Nuffnang

Ahad, 22 April 2012

Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


<b>Rita Rudaini</b> Tuntut Nafkah Dari Aidil

Posted: 21 Apr 2012 03:05 AM PDT

Aktres Rita Rudaini bakal membuat tuntutan tunggakan nafkah terhadap suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razak yang dianggarkan berjumlah ratusan ribu ringgit mengikut perkiraan.

Menurut sumber, Rita akan membuat tuntutan untuk kesemua nafkah tertunggak selama 4 tahun yang sebelum ini diabaikan oleh pemain bola sepak kebangsaan tersebut.

Tuntutan itu kebanyakan nafkah sara hidup bagi dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin (3 tahun) dan Airit Qaqa Arjuna (1 tahun).

"Sepanjang perkahwinan, Rita lebih banyak menanggung keluarga, Aidil hanya sekali sekala sahaja mengeluarkan belanja buat anak-anak dan isteri," katanya.

Dalam sebutan kes perceraiannya di Mahkamah Syariah Petaling Jaya yang akan berlangsung pada 30 April 2012, jelitawan itu dikatakan bakal membuat tuntutan balas tersebut terhadap Aidil Zafuan.

Pelakon berusia itu sedang berhadapan dengan tuntutan perceraian daripada Aidil.

Advertistment

Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
Rita Rudaini Tuntut Nafkah Dari Aidil, 10.0 out of 10 based on 1 rating

10 Artikel Pilihan Ramai...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan