Nuffnang

Sabtu, 12 Mei 2012

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Erra Fazira</b> Pilihan Yang Paling Tepat - Tun Dr. Siti <b>...</b>

Posted: 03 May 2012 01:06 AM PDT

Satu pertemuan eksklusif di antara isteri bekas Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali dengan tenaga produksi teater "Tun Dr. Siti Hasmah" berlangsung lebih 2 jam di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pukul 10 pagi tadi.

Dalam pertemuan itu, Siti Hasmah dengan lemah lembut mengaku tiada apa yang menarik dalam hidupnya untuk dikongsikan dengan penonton lebih-lebih lagi dengan keperibadiannya yang tidak begitu gemar menonjolkan diri di khalayak ramai.

Namun, setelah menghabiskan masa lebih 2 jam bersamanya, pengarah teater itu iaitu Adlin Aman Ramlie cuba sebanyak mungkin untuk menyerap segala pengalaman beliau dan melontarkan idea-idea kreatifnya bagi menulis naskhah teater itu yang bakal dipentaskan mulai 30 Ogos depan di Istana Budaya.

Sementara itu, mengulas pemilihan pelakon Erra Fazira sebagai Siti Hasmah, beliau berkata "Saya menonton lakonannya sewaktu teater Mahathir The Musical dipentaskan di Istana Budaya. Saya akui Erra merupakan pilihan yang tepat berbanding dua pelakon lain yang pernah menggalas watak sama. Hal itu diakui sendiri oleh anak-anaknya yang menyifatkan penampilan Erra sebagai Siti Hasmah kena dan ada iras wajah ibu mereka."

Bercerita selama lebih 2 jam bersama wakil media, Siti Hasmah turut berkongsi pengalamannya sebagai isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed.

"Sebagai isteri, saya perlu menjaga imej suami saya. Saya tidak perlu bersaing dengannya. Saya tidak pernah masuk campur sebarang keputusan yang melibatkan negara dan politik. Yang paling penting, saya kena sokong apa saja keputusan yang dilakukan oleh suami saya. Ini termasuk keputusannya untuk bersara dari politik dan bagaimana saya berdepan dengan saat sewaktu Mahathir membuat keputusan mengejut untuk bersara pada 29 Jun 2002." kongsinya lagi.

Adlin selaku pengarah berkata, idea naskhah tersebut yang akan ditulis olehnya sendiri akan meraikan kejayaan seorang wanita Melayu yang telah berdepan dengan pelbagai zaman.

"Kita sedar bahawa wanita Melayu ini hidup dalam pelbagai zaman iaitu zaman sebelum pendudukan Jepun, zaman perang, zaman sebelum kemerdekaan dan zaman sewaktu Malaysia menuju arus kemodenan."

"Saya melihat ketokohannya dari pembacaan saya melalui buku Permata Dua Zaman dan sebuah buku yang ditulis oleh anaknya, Marina yang bertajuk "50 Days Rantings by MM" Saya akan cuba risik lagi pengalaman-pengalaman menarik yang dilaluinya menerusi wawancara tertutup bersamanya kelak."

Cukup dikenali menerusi teater Puteri Gunung Ledang dan P.Ramlee The Musical, Adlin akan menggunakan pendekatan baru dalam teater arahannya kali ini.

"Walaupun teater ini bukan teater muzikal, teater ini juga bukan teater tipikal realisme. Saya akan menggunakan fast mode sama seperti kaedah yang digunakan oleh pembikin dokumentasi. Pelakon-pelakon lain yang akan bercerita meraikan kejayaan yang telah dicipta oleh Siti Hasmah.

"Teater ini merupakan sebuah teater ensemble piece yang akan menggunakan mungkin antara 5 hingga 6 pelakon ternama tetapi mereka bakal membawakan pelbagai watak. Erra akan kekal sebagai Siti Hasmah sepanjang teater tersebut, tetapi pelakon utama lain akan berubah watak." jelas Adlin menceritakan keunikan arahannya kali ini.

Sepanjang dua jam pementasan, penonton bakal dihiburkan dengan sebuah kisah perjalanan hidup Tun Dr. Siti Hasmah yang akan dizahirkan dalam pelbagai bentuk antaranya drama tari, sketsa komedi, muzikal yang dipecahkan kepada 6 bab.
 
Turut hadir ke majlis itu ialah Dato' Paduka Khairuddin Abu Hassan, Pengerusi World Islamic Network Television, Dato' Mohamed Juhari Shaarani, Ketua Pengarah Istana Budaya dan wakil media.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan