Nuffnang

Rabu, 23 Mei 2012

Farid Kamil - Google Blog Search

Farid Kamil - Google Blog Search


EKSKLUSIF HARI IBU !!! IKUTI LUAHAN <b>FARID KAMIL</b> DAN FIZO <b>...</b>

Posted: 15 May 2012 04:00 PM PDT


kasih ibu membawa ke syurga.Pengorbanan insan paling istimewa ini tidak mampu dibalas dengan wang ringgit hatta harta menggunung tinggi.Bagi Farid Kamil dan Fizo Omar,ibu berada di kedudukan paling tinggi dalam carta hati mereka.Sebagai tanda kasih sayang tidak bertepi,dua aktor yang menjadi kegilaan ramai ini meraikan ibu tercinta sempena sambutan Hari Ibu dengan menikmati hidangan tengah hari istimewa di Kelantan Delights,yang menyediakan bufet sajian tengah hari setiap Isnin hingga Jumaat dengan aneka juadah hidangan tempatan, khususnya dari Negeri Che Siti Wan Kembang.Ia menjadi pilihan Farid untuk ibunya bertukar selera menikmati masakan Kelantan seperti nasi dagang, nasi tumpang dan kuih lompat tikam. Harga juga berpatutan iaitu RM35 seorang.Berpeluang merakamkan detik manis itu,Farid dan Fizo mengakui tidak malu andai ada yang melabelkan mereka anak ibu kerana sememangnya mereka manja dan menyanjung tinggi ibu masing-masing.

Melihat kemesraan Farid dengan ibunya,Sharifah Bardah Idid Syed Abdyllah Idid, 57,dan layanan baik Fizo terhadap insan yang melahirkannya,Hasnah Jidin,52,terbit rasa terharu.Betapa sucinya kasih ibu dan anak,malah apabila perbualan menjurus kepada pengorbanan si ibu,baik Farid mahupun Fizo,tidak mampu menahan sebak. Air mata yang bergenang cuba disembunyikan di sebalik kaca mata hitam.Farid yang baru pulang daripada percutian di Pulau Redang bersama keluarga menjelaskan,ibunya adalah insan yang mampu melembutkan hatinya. Sekeras mana pun hatinya ketika itu, pasti mampu dileburkan dengan kata-kata lembut wanita paling cantik di matanya itu.

"Mak sentiasa ada dalam hati dan fikiran saya.Dia adalah segala-galanya,malah saya sanggup berkorban apa saja untuk mak,termasuk nyawa saya.Mak adalah rujukan terbaik dan kerana itu apa saja masalah,saya pasti kongsi dengannya.Biarpun ada yang tidak saya kongsi sepenuhnya, mak tahu apa yang saya rasa dan lalui.Itulah kelebihan seorang ibu yang tidak ada pada orang lain.Kadangkala belum pun sempat saya beritahu,mak hubungi saya kerana dapat rasakan yang saya ada masalah.Saya akui,keputusan pelajaran saya tidak secemerlang adik tetapi sebagai anak dan abang sulung,saya berusaha jadi contoh terbaik dan buat mak ayah bangga dengan saya," katanya yang berbangga dengan pencapaian empat adiknya.

Bagi Bardah,Farid anak yang aktif,kreatif dan perlu diberi banyak perhatian.Sejak kecil,putera sulungnya menunjukkan kecenderungan terhadap bidang seni apabila sering menjayakan persembahan di sekolah.Pernah dia mengeluh kerana berharap Farid tersenarai sebagai pelajar yang menerima hadiah kecemerlangan, tetapi anaknya berada di atas pentas untuk menjayakan persembahan.

"Sebagai ibu,saya bangga dikurniakan lima anak yang baik.Bagi saya,setiap anak ada keunikan tersendiri.Farid aktif dengan aktiviti seni di sekolah. Bila saya bising, ada teman rapat mengingatkan saya bahawa Farid mewarisi bakat saya.Ketika di sekolah rendah, saya aktif di belakang tabir.Kalau ada persembahan di sekolah,saya bertindak selaku pengarah.Tak sangka bakat itu turun kepada Farid," kata pesara guru itu yang mengamalkan kelembutan dalam mendidik anak.

Celah Farid,dirinya adalah kombinasi keperibadian ibu dan ayahnya.Ciri-ciri fizikal yang ada padanya lebih mirip dengan bapanya,namun dalaman dia banyak mewarisi sikap ibunya,termasuk keberanian serta kesungguhan.

"Kalau nak tahu, mak saya lasak ketika kecil. Dia suka panjat pokok dan sikap itu saya warisi. Kalau mak mahu ambil saya di tadika, tak payah cari tempat lain, tengok saja atas pokok, mesti ada saya.Satu lagi, mak kalau nakkan sesuatu, dia akan usahakan sampai dapat," katanya ketawa sambil berkongsi rasa terharu diberi nama yang membawa maksud insan kamil dan unik.


Sementara itu,Hasnah berkata,dia bangga dianugerahkan zuriat sebaik Fizo yang sanggup berkorban apa saja demi kebahagiaan keluarga.Pelawaan untuk tinggal bersama di Kuala Lumpur adalah hadiah terindah buatnya.Sehingga kini,Fizo tidak pernah lalai menjaga keperluan dan kebajikannya.

"Sejak kecil,Fizo memang rapat dengan saya, malah boleh dikatakan dia paling manja.Apa yang boleh saya simpulkan,dia anak yang taat,baik,senang dijaga,mendengar kata dan sangat bertanggungjawab.Setiap tahun,dia tidak pernah lupa meraikan hari ibu dan ulang tahun saya.Paling tidak dapat saya lupakan, dua tahun lalu,dia meraikan hari jadi saya ke-50 di Langkawi.Majlis yang diadakan di tepi pantai itu sangat istimewa dan menjadi kenangan terindah buat saya.Memori manis membesarkannya, ketika di tingkatan tiga,dia aktif menyertai perlawanan bola sepak dan selalu ketinggalan kelas.Dia pernah tanya saya,kalau keputusan PMR dapat banyak A macam mana? Saya jawab, kenalah saya bawa bas ke sekolah untuk menjemputnya kerana jika naik kereta,tak muat nak bawa banyak A.Ketika ambil keputusan PMR, dia hubungi saya dan minta bawa bas kerana dia dapat 7A.Sebagai ibu,saya sangat gembira dan bersyukur.Sebagai hadiah,saya belikan dia motosikal," katanya yang tidak kisah siapapun calon isteri Fizo asalkan bakal menantunya ikhlas menyayangi Fizo dan keluarga.

Fizo yang setia menemani ibunya mengakui tidak betah berjauhan dengan ratu hatinya. Hidup terasa sunyi dan serba tidak kena jika ibunya pulang bercuti di kampung halaman mereka di Kelantan.

"Ma adalah orang pertama yang saya jumpa setiap pagi dan orang terakhir yang berbual dengan saya sebelum masuk tidur.Selagi saya tak balik kerja,ma akan tunggu walaupun jam 4 pagi.Ma akan buatkan saya kopi dan kami berbual paling tidak pun setengah jam.Kalau ma balik kampung,saya akan minta ma cepat-cepat pulang semula ke Kuala Lumpur sebab saya rindu.Jika dapat berita baik, orang pertama yang akan tahu adalah ma tetapi jika sebaliknya, ma adalah orang terakhir tahu kerana saya tidak mahu dia susah hati.Saya bangga dapat jadi anak ma. Tanpa ma, saya tidak akan berada di tahap sekarang. Ini masa untuk saya balas budi dan bahagiakan ma.Saya sanggup buat apa saja untuk pastikan ma gembira. Memang azam saya mahu bawa ma dan adik tinggal dengan saya dan syukur,ia dapat saya laksanakan.Lebih puas apabila cita-cita saya untuk tunaikan hajat ma menunaikan haji dapat direalisasikan hujung tahun lalu, biarpun berdepan pelbagai dugaan," katanya yang tak dapat menahan air mata daripada gugur.

Katanya,beruntung seorang anak jika ibu menyuarakan selesa mahu menetap bersama. Itu adalah paling indah buat seorang anak. Adalah kesilapan besar apabila anak menolak menjaga ibu, sebaliknya memilih menghantar mereka ke rumah orang tua. Sewajarnya nasib wanita yang pernah bertarung nyawa melahirkan zuriat itu dikasihi dan dijaga sebaik mungkin.

"Susah payah seorang ibu besarkan anak, hanya ibu dan anak yang tahu. Justeru, jika masih ada ibu bapa, jagalah betul-betul. Saya pernah dengar seorang ustaz berkata, rezeki akan masuk bila keluar rumah, kita cium dahi ibu. Di saat itulah rezeki akan masuk. Sesungguhnya bagi saya, menjaga ibu satu nikmat.Sejak dulu jadi amalan saya. Walau sekecil mana pun gaji, saya akan bagi pada ma. Saya percaya 50 peratus rezeki adalah untuk diri sendiri dan selebihnya untuk ma, adik dan orang lain. Setiap kali dapat bayaran,orang pertama saya akan bagi adalah ma.Alhamdulillah, sebab itu rezeki saya tidak pernah putus, malah apa yang saya buat menjadi," katanya yang turut menjelaskan buku masakannya,Air Tangan Fizo adalah hadiah untuk ibunya yang disifatkan sebagai 'chef' paling hebat.

Ditanya tidak takutkah dengan gelaran anak mak yang cukup 'digeruni' kebanyakan wanita, sambil ketawa Fizo berkata, sepatutnya wanita di luar sana bersyukur andai bertemu jodoh dengan jejaka yang diberi jolokan itu kerana lelaki yang mengutamakan ibu serta keluarga akan mendidik zuriat yang bakal dilahirkan supaya menyanjung tinggi insan bergelar ibu.Secara tidak langsung,si isteri akan bahagia kerana mempunyai anak yang menyayangi dan menghormatinya. - Harian Metro

AZMIN ALI MACAM MANA PULAK ???

BILA NAK JUMPA IBU ???

INGAT !!!

SYURGA DI TELAPAK KAKI IBU !!!

IBU ADALAH SEGALANYA !!!

RENUNG-RENUNGKAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan