Nuffnang

Rabu, 6 Jun 2012

awi rafael - Google Blog Search

awi rafael - Google Blog Search


<b>Awi Rafael</b> Lancarkan Album Terbaru

Posted: 03 Jun 2012 08:47 AM PDT

Awi Rafael Lancarkan Album Terbaru? Ok ke Awi Rafael ni ? Penampilan yang segak dan kacak Rafael semestinya mampu menawan hati golongan wanita dengan mudah.

Awi Rafael Lancarkan Album Terbaru

Awi Rafael Dengan Album Terbarunya

Awi Rafael atau nama sebenarnya Muhammad Nabawi Bin Gunawan yang cukup popular dengan lagu seperti "Pulanglah" dan "Bila Aku Jatuh Cinta" kini telah muncul lagi dengan album yang terbaru! Walaupun baru setahun jagung dalam industri muzik tempatan, beliau telah berjaya mencuri perhatian peminat muzik tanah air apabila namanya tersenarai dalam pencalonan "Artis Baru Lelaki Popular" dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 baru-baru ini.

Bakat beliau yang begitu terserlah juga telah menarik minat pihak penganjur apabila beliau telah diberikan kepercayaan untuk menjadi artis pembukaan kepada persembahan artis antarabangsa, Dashboard Confessional pada awal tahun ini. Beliau tidak sekadar membawa wajah tampan sahaja selain dengan garapan Vokal yang hebat setanding artis antarabangsa.

Awi Rafael tidak pernah mensia-siakan bakatnya walaupun beliau mempunyai pakej yang hampir lengkap, wajah yang tampan ditambah dengan bakat bermain alat muzik, semestinya seorang artis yang serba boleh. Kini beliau muncul dengan album baru yang akan memuatkan 8 lagu ciptaanya sendiri.

Seperti lagu-lagu beliau sebelum ini, hasil karya Awi Rafael tentunya tidak akan menghampakan. Lagu-lagu yang akan dimuatkan dalam album ini adalah antara "Hari-Hariku", "Lebih Berat Dari Surga", "Asalkan Aku OK", "Kalista", "My Baby You", "Elvis", "Satu Peluang Sahaja", "Siapa Yang Sempurna" dan "Dewa-Dewi". - Awi Rafael Lancarkan Album Terbaru

Rating: 10.0/10 (3 votes cast)
Awi Rafael Lancarkan Album Terbaru, 10.0 out of 10 based on 3 ratings

Respons

10 Artikel Pilihan Ramai...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan