Nuffnang

Rabu, 27 Jun 2012

Diana Danielle - Google Blog Search

Diana Danielle - Google Blog Search


<b>Diana Danielle</b> bersikap profesional dalam kerja - Tupai

Posted: 08 Jun 2012 05:00 AM PDT

Pelakon yang tidak asing lagi dalam industri perfileman tanah air, Diana Danielle bersikap professional dalam melakonkan adegan mesra bersama aktor, Remy Ishak dalam filem "Jiwa Taiko". 

Diana yang memegang watak sebagai Trisya kekasih kepada Firman lakonan hebat dari Remy Ishak memberikan pelbagai spekulasi dari pihak wartawan mengenai adegan mesra mereka yang telah ditapis oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF). 

Apabila ditanya mengenai perasaan Diana sendiri terpaksa melakonkan babak sebegitu untuk menjayakan babak tersebut, Diana menjawab bahawa dia bersikap profesional dengan tuntutan kerja dan kehendak pengarah. 

"Saya hanya mengikut apa yang diarahkan oleh pengarah, namun semua perkara harus ada had dan batasnya, itu yang telah dilakukan oleh Osman Ali." 

"Ketika penggambaran bermula, saya langsung tidak mengenali Remy melainkan sekadar mengetahui namanya Remy Ishak, ketika di set pun saya tidak bercakap sangat dengan dia melainkan hal berkaitan kerja." 

"Situasi itu saya praktikkan sehinggalah habis penggambaran dan hasilnya, saya tidak malu dan lebih fokus untuk menyelesaikan babak mesra yang ada." 

Apabila ditanya mengenai kesusahan melakonkan babak tersebut, adakah Diana atau nama sebenar, Diana Danielle Danny Beeson berasa tertekan ataupun sebaliknya, Diana merasakan babak berlawan adalah lebih sukar dan memerlukan lebih banyak kesabaran. 

"Kalau nak dibandingkan adegan mesra itu, saya rasa tidaklah terlampau teruk. Saya masih ada had. Cuma apa yang saya rasakan lebih susah adalah babak berlawan, saya perlu menghadiri kelas silat sebelum ke set. Belajar mengenai ilmu persilatan yang mana sebelum ini saya langsung tidak ambil peduli." 

Dalam perkembangan lain, Diana bakal terbang ke Venice untuk tayangan eksklusif filem "Hanyut" di bawah arahan U-Weii bulan November tahun ini. Diana turut berkongsi bahawa dia turut akan melanjutkan pelajaran untuk Ijazah yang akan diambil secara online menerusi salah sebuah universti luar negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan