Nuffnang

Selasa, 5 Jun 2012

Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


<b>Pierre Andre</b> Bersikap Lucah?

Posted: 05 Jun 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 5 JUN 2012: Pelakon dan pengarah, Pierre Andre akui lelaki yang bersikap lucah di dalam filem X yang dibintanginya itu adalah sangat berbeza daripada dirinya.

Malah Pierre Andre berkata dia tidak mahu apa yang terjadi kepada wataknya sebagai Hafiz dalam filem tersebut iaitu suami kepada lima orang isteri yang sudah dieceraikan berlaku kepada kehidupan realitinya.

"Memang nampak cool apabila dalam filem ini saya telah mengahwini lima orang wanita yang kesemuanya sudah pun bergelar janda, tetapi hakikatnya saya sendiri tidak boleh terima jika ia berlaku dalam kehidupan realiti saya.

"Kalau boleh, saya hanya mahu kahwin sekali sahaja kerana ianya perkara yang sangat manis dan berharga dalam hidup.

"Ternyata watak saya dalam filem ini berbeza kerana Hafiz seorang lelaki yang tidak pasti sehingga gagal dengan lima perkahwinannya.

"Bukan sahaja seorang lelaki yang tidak pasti tetapi watak saya dalam ini adalah seorang lelaki yang sangat lucah apabila berhadapan dengan wanita pilihannya," katanya yang ditemui selepas tayangan perdana filem X, di e@Curve, Mutiara Damansara, malam semalam.

Filem yang menggunakan tagline Janda-Jandaku Gangster ini bakal menjengah pawagam seluruh Malaysia bermula 7 Jun ini.

Selain Pierre, filem yang diarahkan oleh Ahmad Rusli Khadri ini turut dibintangi oleh Intan Ladyana, Diana Amir, Siti Chubby, Liana Rafiai, Nuremy Ramli, Vhloe Nicole dan ramai lagi.

Menurut Pierre lagi, filem X merupakan filem berunsur komik komedia menarik yang pertama di Malaysia dan dia akui suka akan wataknya sebagai pelumba drifter.

"Saya memang suka sukan lasak drifter tetapi belum berpeluang untuk mempelajarinya secara praktikal.

"Di dalam file mini saya hanya sempat belajar hanya sedikit sahaja untuk teknik yang senang.

"Selepas ini saya berniat untuk mempelajarinya secara profesioanal dan bercita-cita hendak hasilkan sebuah filem mengenai drifter," luahnya yang bersungguh-sungguh.

Filem X secara ringkas mengisahkan mengenai seorang drifter yang mengalami episode malang dalam hidupnya apabila dikejar ima wanita yang dpernah diceraikannya sebelum ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan