Nuffnang

Ahad, 24 Jun 2012

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


Aksi Panas <b>Zizan Razak</b> Dan Juliana Evans Dalam Filem Mael <b>...</b>

Posted: 20 Jun 2012 01:10 AM PDT

Tahun 2012 antara tahun yang kami tunggu-tunggu kerana tahun ini, industri perfileman Malaysia seringkali mengeluarkan pelbagai filem yang menarik dan lain daripada lain termasuklah filem Mael Lambong. Malam tadi krew MEOW telah dijemput ke majlis tayangan perdana filem Mael Lambong, dan apa yang kami harapkan dalam filem ini agak tinggi kerana Mael Lambong merupakan satu nama yang cukup sinonim dan popular semenjak berakhirnya pentas Raja Lawak dan Maharaja Lawak.

Permulaan filem Mael Lambong yang mengisahkan tentang Mael si penarik kereta agak menarik dan menghiburkan penonton kerana Mael kelihatan cukup hebat dalam menjalankan tugasannya. Aksi-aksi dan lawak yang dipersembahkan oleh Zizan Razak sebagai Mael Lambong pastinya cukup membuatkan kami teruja sehinggalah watak Maria iaitu lakonan Juliana Evans datang secara tiba-tiba dalam babak ketika Mael mahu menarik sebuah kereta. Bagi kami, jalan cerita menjadi semakin perlahan kerana emosi yang ditunjukkan oleh Mael Lambong sendiri, maklumlah, sebelum ini, kita seringkali dihidangkan dengan emosi 'marah' Mael Lambong di pentas Maharaja Lawak, kini beliau terpaksa me'variasikan emosinya.

Beliau yang berlakon di kampung halamannya, Kemaman Terengganu berkata, ini merupakan pengalaman pertama berlakon di tempat kelahiran sendiri, lagi-lagi bersama rakan wanita yang paling rapat bagi Zizan iaitu Juliana Evans. Apa pun, filem yang dipaparkan dan dipertontonkan di TGV Sunway Pyramid malam tadi cukup meriah dengan kehadiran dan hilai tawa dari rakan media beserta blogger, mereka cukup menggemari filem ketujuh arahan Ahmad Idham ini! Filem Mael Lambong turut dijayakan Tiger lakonan Taiyuddin Bakar dan Rozie iaitu Shenthy Feliziana.

Bagaimanapun, ada sesetengah babak yang kami rasakan mempunyai 'double meaning' iaitu ketika babak Maria dan Mael Lambong berlawan di hadapan rumah Mael. Mungkin bagi kebanyakan penonton seperti kami dan media lain, pastinya akan memikirkan 'adegan seks' atau 'adegan panas' maklum sahajalah, kami gemar sesuatu yang kontroversi bukan? Apabila isu itu diajukan kepada Zizan, beliau menjawab, babak yang dikatakan bakal menjadi 'sensored' itu terpulang pada pemikiran sesuatu pihak sendiri, jika pemikiran mereka ke arah 'itu' maka 'itu' lah jadinya. Sedangkan babak itu mempunyai pelbagai maksud tersirat yang lain.

Ditanya kepada Ahmad Idham mungkinkah akan ada filem sekuel untuk Mael Lambong, beliau berkata, itu semua terpulang kepada Zizan sendiri kerana watak Mael merupakan hak eksklusif Zizan yang tercetus berdasarkan perbincangan antara Johan dan Sabri Yunus.

Walau apa pun, filem ini bakal diawalkan sehari tayangannya di pawagam iaitu pada lewat petang 20 Jun 2012 iaitu hari ini di 79 buah pawagam termasuk di Singapura dan Brunei. Jadi, jangan lupa saksikan filem biografi tentang Mael Lambong di pawagam berdekatan, kami beri 4.5/5 bintang untuk filem ini. Jangan lupa tengok ya?

zierazain

Assalamualaikum, Saya menulis berita hiburan tempatan dan juga luar negara berdasarkan sumber yang sah dan sahih dan tidak perlu copy paste artikel di tempat lain ya! I'm also penulis yang langsi di Zierazain.com .

More Posts - Website - Twitter - Facebook

Tiada ulasan:

Catat Ulasan