Bront Palarae - Google Blog Search |
<b>Bront Palarae</b> Seram Masuk Bangsal Jwanita? Posted: 31 Jul 2012 05:00 AM PDT berita | Tempatan Teks oleh Syafiqah Jalal KUALA LUMPUR, 31 JULAI 2012: Tidak seperti ramadan sebelum ini, Bront Palarae akui tahun ini dia tidak punya kesempatan untuk berehat sepanjang menjalani ibadah puasa pada bulan ini kerana sibuk terlibat dalam pembikinan filem Jwanita. Bront yang sudah menjalani penggambaran Jwanita selama 3 minggu di Kemaman Terengganu sejak seminggu lebih sebelum menjelangnya ramadan berkata, agak mencabar apabila dia terpaksa menjayakan penggambaran filem arahan Osman Ali itu ketika menjalani ibadah puasa. "Kalau boleh, saya tidak mahu berlakon ketika bulan puasa kerana saya takut ia akan menjadi alasan untuk saya tidak berpuasa (sekiranya berlaku). Mana tidaknya, sudah tentu kita akan penat apabila berlakon ketika berpuasa. "Namun, kali ini saya terpaksa berkorban sedikit. Bagaimana pun, saya bersyukur kerana penggambaran Jwanita banyak dijalankan pada waktu malam dan ianya tidak langsung mengganggu ibadah berpuasa saya di siang hari. "Cuma di siang hari, badan akan berasa sakit-sakit sedikit kerana sewaktu melakukan penggambaran pada waktu malam, saya perlu melakukan banyak babak-babak aksi seperti bergaduh berkejar dan sebagainya,"katanya ketika dihubungi murai.com.my. Bront Palarae kini sudah pun pulang ke Kuala Lumpur sejak 27 Julai untuk menyambung sebahagian penggambaran filem Jwanita di sini. Mengulas mengenai filem yang turut dibintangi pelakon hebat seperti Maya Karin dan Cristina Suzanne, Bront memberitahu, Jwanita merupakan filem pertama bergenre seram thriller yang pernah dibawakannya. "Secara peribadi, saya seorang yang tidak gemar menonton filem seram kerana jika saya tonton, saya takut ia akan terbawa ke mimpi. Tapi tidak tahu bagaimana saya pula boeh berlakon dalam filem seram pertama arahan Osman Ali ini. "Walaubagaimanapun setakat ini, apa yang saya lihat Osman Ali berjaya membawa cerita ini menjadi filem seram yang segar terutama dari segi cara penyampaiannya yang agak berbeza daripada filem seram biasa tempatan. "Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai filem ini kerana saya rasa penonton patut tunggu sehingga ia ditayangkan untuk lebih menjiwai dan merasai sendiri genre baru daripada pengarahnya. "Namun, apa yang boleh saya beritahu, saya sendiri seram ketika melangkah masuk ke dalam bangsal yang disediakan krew produksi untuk menjayakan babak seram dalam filem ini. Suasana agak menakutkan," jelasnya lagi. Sungguh pun begitu, Bront memberitahu dia tidak perlu risau kerana dalam filem tersebut dia hanya memegang watak sebagai pakar sakit jiwa dan tidak banyak berhadapan dengan babak-babak seram. "Saya rasa watak saya sebagai ahli psikiatri dalam filem ini adalah cukup sinonim dengan saya yang mana tidak percaya kepada hantu," tambahnya lagi. Selepas Jwanita, Bront Palarare dijangka bakal mebintangi sebuah filem daripada arahan pengarah terkenal yang belum dapat didedahkan lagi. |
You are subscribed to email updates from Bront Palarae - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan