Nuffnang

Sabtu, 7 Julai 2012

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


Tupai - Portal Hiburan Terkini: Tips kecantikan <b>Erra Fazira</b>

Posted: 03 Jul 2012 08:14 PM PDT

Usia yang sudah menjangkau 38 tahun masih tidak menjadi penghalang kepada pelakon jelita Erra Fazira untuk terus kekal menawan.

Menurut bekas ratu cantik Malaysia 1992, wanita seharusnya mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk tampil menarik di hadapan orang ramai kerana keyakinan diri akan membezakan daya tarikan setiap wanita. Setiap wanita perlu menyayangi diri mereka tanpa mengenal paras rupa kerana kecantikan sememangnya datang dari dalam.

"Bagi saya, tips kecantikan saya adalah anda jangan punyai sebarang keraguan terhadap diri sendiri. Jika anda sayangi diri dan anda rasakan diri anda cantik, maka cantiklah anda, sama ada anda sebenarnya cantik atau tidak."

Walaubagaimanapun, beliau berkata lagi bahawa terlalu berkeyakinan sehingga mencapai tahap 'perasan' juga tidak elok dan perlu dikawal.

"Kalau terlalu perasan pun tak elok juga. Had itu perlu ada kerana lama-kelamaan, orang mesti akan bosan dengan sikap macam tu."

Ditanya mengenai perkembangan beliau dalam dunia filem, aktres berpengalaman ini kini terlibat dalam penggambaran drama bersiri yang bertajuk "Mana Hilangnya Juwita" yang turut dibintangi oleh teman karibnya sendiri, Umie Aida dan bakal ditayangkan di Astro Ria pada 9 Julai 2012. Mereka berdua juga akan meriliskan sebuah lagu duet yang belum diberi nama lagi pada akhir tahun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan