Arja Lee - Google Blog Search |
- Pengajian Tamat, <b>Arja Lee</b> Bakal Konvo September ini
- Hubungan Bkay Nair & <b>Arja Lee</b> Renggang Tanpa Sebab
- Hubungan Bkay Nair & <b>Arja Lee</b> Renggang Tanpa Sebab » Berita <b>...</b>
Pengajian Tamat, <b>Arja Lee</b> Bakal Konvo September ini Posted: 01 Aug 2012 05:00 AM PDT berita | Tempatan KL, 1 OGOS 2012: Gembira tidak terkata! Begitulah perasaan Arja Lee sebaik saja dia berjaya menamatkan pengajiannya dalam jurusan Sarjana Muda Lakonan dan Pengarahan selama 3 tahun di Universiti Sains Malaysia (USM). Malah, aktor Arja Lee yang yang dicungkil bakat lakonannya menerusi filem ...Dalam Botol arahan Khir Rahman bakal menerima ijazah pada hari konvokesyennya yang dijadualkan berlangsung pada bulan September nanti. "Syukur, Alhamdulillah kerana akhirnya dapat juga saya menamatkan pengajian saya ini selepas 3 tahun menimba ilmu di USM. Sebenarnya bukan segulung ijazah yang saya kejar tetapi apa yang lebih penting adalah ilmu yang saya perolehi sepanjang berada di sini. "Kerana saya tahu ia pasti berguna apabila saya kembali menceburi bidang lakonan secara serius semula, termasuklah mengarah pada suatu hari nanti. Alhamdulillah, sekarang ini sudah ada penerbit drama yang memanggil saya untuk berlakon semula. Insya Allah selepas ini saya akan membuat comeback semula selepas sepi daripada untuk seketika," katanya kepada murai.com.my. |
Hubungan Bkay Nair & <b>Arja Lee</b> Renggang Tanpa Sebab Posted: 22 Jul 2012 05:25 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelakon Bkay Nair berasa pelik kerana hubungannya yang rapat dengan aktor Arja Lee kira-kira setahun lalu menjadi renggang dan terputus tanpa alasan yang kukuh. Bkay atau nama sebenarnya Tryambikay Vengades, 30, berkata keintiman mereka hanya dapat bertahan untuk seketika sebelum hubungan itu berlalu begitu sahaja sehingga dia sendiri tertanya-tanya apakah puncanya. "Saya pun tidak pasti mengapa kami jadi renggang walaupun sebelum itu kami memang rapat. Kami tidak bergaduh atau berselisih pendapat sepanjang berkawan. "Apa yang saya sedar, selepas beberapa bulan, hubungan kami mempunyai jurang dan tidak lagi berhubung antara satu sama lain. "Mungkin faktor jarak jauh kerana dia belajar di Pulau Pinang sedangkan saya di sini menyebabkan kami tidak berhubung dan terputus begitu sahaja," katanya. Bkay berkata demikian selepas pelancaran syarikat perunding imej miliknya, Bkay Nair Resources di Changkat Bukit Bintang di sini, petang Khamis. Katanya, faktor kesibukan dengan komitmen hidup masing-masing antara punca masalah itu berlaku. "Kami langsung tidak pernah bertemu atau berhubung sampai ke hari ini sejak hubungan kami renggang. Kami tidak bergaduh cuma tiada keserasian barangkali," katanya. Mengenai syarikat perunding imej yang baru dilancarkan itu, Bkay berkata dia sudah lama berhajat untuk mengembangkan minat dan pengetahuan dalam aspek kecantikan kepada cabang perniagaan. "Sejak usia 19 tahun lagi saya sudah cenderung pada ilmu penjagaan kecantikan dan penampilan diri. "Berkat ilmu dan kemahiran daripada kursus yang saya ceburi serta pengalaman dalam bidang seni dan peragaan, saya nekad untuk fokus pada perniagaan ini pada tahun ini. "Kalau diikutkan syarikat sudah beroperasi sejak empat tahun lalu, cuma pada penghujung tahun lepas baru saya yakin untuk bergiat sepenuh masa," katanya. Katanya, syarikat itu bakal beroperasi di lokasi baru di Damansara Utama dekat sini selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Untuk maklumat pakej dan harga kursus rundingan imej, boleh layari bkaynair.blogspot.com. [Mstar Online] Respon |
Hubungan Bkay Nair & <b>Arja Lee</b> Renggang Tanpa Sebab » Berita <b>...</b> Posted: 19 Jul 2012 09:52 PM PDT Hubungan Bkay Nair & Arja Lee Renggang Tanpa SebabPosted by Admin on July 20, 2012 , No comment |
You are subscribed to email updates from Arja Lee - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan