awi rafael - Google Blog Search |
<b>Awi Rafael</b> Terharu, Kini Dalam Proses Buang Tatu | OHBULAN! Posted: 28 Jun 2012 03:24 PM PDT Dunia hiburan memang tidak pernah sunyi. Sebelum ini, imej penyanyi yang popular dengan lagu "Pulanglah", Awi Rafael telah tercalar akibat tersebarnya gambar-gambar dirinya yang bertatu. Namun, kesan penyebaran gambar tersebut telah membuatkan Awi terharu dan kini sedang dalam proses membuang tatu tersebut mengikut kaedah rawatan secara Islam. "Saya sangat terharu. Walaupun sedih pada mulanya kerana gambar itu tersebar tetapi ia mempunyai hikmah besar di sebalik kejadian tersebut," ujar Awi Rafael. Dia juga memberitahu selepas gambar itu tersebar, banyak pihak telah tampil untuk membantunya membuang tatu tersebut. "Ramai ustaz yang menjalankan rawatan tradisional secara Islam menawarkan khidmat mereka selain melalui kaedah moden." Awi turut menjelaskan kepada wartawan mStar Online yang dia sebenarnya sudah hampir setahun menjalani proses membuang tatu tersebut secara Islam dan ia memang mengambil masa yang lama. "Sebelum gambar saya tersebar lagi memang saya sudah buat proses membuang tatu tersebut menerusi rawatan secara Islam. Bagaimanapun ia adalah proses yang memerlukan kos tinggi selain memakan masa," dipetik dari mStar Online. Baguslah kalau begitu, mari kita sama-sama menyokong perubahan yang telah dilakukan oleh Awi Rafael. Sumber/Gambar : mStar Online, Gua |
<b>Awi Rafael</b> Buang Tatu Cara Perubatan Islam - Zie Madini Posted: 28 Jun 2012 09:22 PM PDT |
You are subscribed to email updates from awi rafael - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan