Fizo Omar - Google Blog Search |
- :: MYARTIS.COM ::: <b>FIZO OMAR</b> BERCINTA DENGAN DOKTOR
- <b>Fizo Omar</b> Mengaku Kini Punyai Kekasih Bakal Bergelar Doktor <b>...</b>
- <b>Fizo Omar</b> Dedah Cinta Bakal Doktor
:: MYARTIS.COM ::: <b>FIZO OMAR</b> BERCINTA DENGAN DOKTOR Posted: 12 Aug 2012 02:18 PM PDT Setelah didesak berkali-kali oleh media, akhirnya pelakon Fizo Omar, 27, atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar mengakui dia kini sudah memiliki teman istimewa. Bagaimanapun, Fizo enggan mendedahkan siapakah gadis tersebut melainkan memberi gambaran yang sigadis masih melanjutkan pelajaran di luar negara dalam jurusan kedoktoran. "Ada tu ada. Tapi dia sekarang tak ada di Malaysia. Dia masih belajar di luar negara. Tapi saya tak mahu cakap tentang perkara ini lebih-lebih sebab kami belum betul-betul ada ikatan lagi. Tapi saya dan dia memang sudah lama kenal dan kami berkawan. Fizo ketika di Mekah - Klik untuk imej besar... "Lagipun buat masa saya masih belum memikirkan soal bercinta. Fokus saya adalah pada kerjaya seni, perniagaan serta keluarga. Kalau ada jodoh, InsyaAllah", ujar Fizo dipetik sebagai berkata. Menjawab soalan lain, tanpa berdalih Fizo berkata dia mahu berkahwin dalam masa setahun lagi ketika usia 28 tahun. Bagaimanapun, mungkin kerana segan... dia kemudian mengubah pendiriannya iaitu hanya akan berkahwin sebelum usia 30 tahun. Untuk info, baru-baru ini Fizo telah menunaikan umrah dan menyambut hari lahirnya di tanah suci Mekah. Lebih manis, dia pergi bersama ibunya, Hasnah Jidin, 62, setelah hasrat membawa ibunya dipendam sekian lama. "Allhamdulillah walaupun suhu cuaca 50 darjah celcius, tapi tidak terasa sangat panasnya. Dapat berbuka puasa di sana, satu pengalaman yang unik. Bayangkan kami hanya menjamah kurma sahaja tapi tahan sehingga solat Isyak. Selain dapat sambut hari jadi di sana, hasrat saya nak bawa ibu sudah tercapai", tambah Fizo yang akan beraya di Kelantan pada hari raya nanti. |
<b>Fizo Omar</b> Mengaku Kini Punyai Kekasih Bakal Bergelar Doktor <b>...</b> Posted: 12 Aug 2012 10:32 PM PDT Fizo Omar Mengaku Kini Punyai Kekasih Bakal Bergelar Doktor?Lama kita tidak mendengar gossip kisah cinta pelakon lelaki popular ini & kali terakhir adalah ketika beliau di'gossipkan bercinta dengan kakak kepada Anzalna Nasir. Namun, laporan Malaysian Digest hari ini menyebut yang Fizo Omar ada memberikan kenyataan tentang status terkini beliau & juga teman istimewa beliau ketika ini. Fizo Omar di'khabarkan mengakui yang beliau kini mempunyai seorang teman istimewa & gadis tersebut sedang belajar di luar negara dalam jurusan kedoktoran. "Ada tu ada. Tapi dia sekarang tak ada di Malaysia. Dia masih belajar di luar negara. Saya tak mahu cakap tentang perkara ini lebih-lebih sebab kami belum betul-betul ada ikatan lagi" "Lagipun buat masa saya masih belum memikirkan soal cinta. Fokus saya adalah pada kerjaya seni, perniagaan & keluarga. Kalau ada jodoh, InsyaAllah," ujar Fizo Omar. Fizo Omar yang di'temui media ketika pelancaran Terbaik Raya TV3 berkata beliau berhasrat untuk menamatkan zaman bujang sebelum usia 30 tahun. |
<b>Fizo Omar</b> Dedah Cinta Bakal Doktor Posted: 13 Aug 2012 05:00 AM PDT berita | Tempatan Teks oleh Syafiqah Jalal Foto oleh Mazlan Yunos Photography KUALA LUMPUR, 13 OGOS 2012: Aktor kacak, Fizo Omar, 27, akui dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta jarak jauh bersama seorang pelajar jurusan kedoktoran sejak 3 tahun yang lalu, namun dia belum bersedia untuk bersikap terbuka mengenai hubungannya kerana mereka kini masih sibuk dengan urusan masing-masing. "Cukuplah saya beritahu si dia tiada di Malaysia kerana sedang menuntut di sebuah universiti di luar Negara sebagai pelajar jurusan kedoktoran. Hubungan kami sudah mencecah hampir 3 tahun tetapi dia sedang belajar di tahun yang ke empat. Jadi kami sangat jarang berjumpa disebabkan jarak yang menghalang," katanya kepada portal murai.com.my selepas majlis Terbaik Raya TV3, di Sri Pentas TV3, baru-baru ini. Bercakap mengenai arah tuju hubungannya, Fizo Omar memberitahu dia belum ada perancangan dalam masa terdekat kerana kekasihnya itu masih punya baki dua tahun pengajian. "Memandangkan dia masih belajar di luar negara, saya tidak mahu mengganggunya lagi dan disebabkan itu saya berhasrat untuk menamatkan zaman bujang saya dalam masa 2 atau 3 tahun lagi. "Tapi, kalau boleh saya tidak mahulah kahwin selepas usia 30 tahun. Mungkin, selepas dia habis belajar, barulah saya akan fikirkannya kelak. Lagipun, saya sedang sibuk menguruskan perniagaan saya iaitu social media promotion dan lakonan. Jadi lebih baik masing-masing menumpukan pada komitmen yang ada sekarang dahulu sebelum kami membuat keputusan untuk ke melangkah ke fasa yang seterusnya," jelasnya lagi. Selain sedang sibuk menjalani penggambaran berlakon drama bersiri Julia untuk siaran TV3, Fizo juga berniaga serunding resepi neneknya di bazar Jalan Tunku Abdul Rahman sepanjang bulan Ramadan ini. |
You are subscribed to email updates from Fizo Omar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan