Nuffnang

Jumaat, 10 Ogos 2012

Lisdawati - Google Blog Search

Lisdawati - Google Blog Search


Our Wonderful Simple Life: Skipping rahsia <b>Lisdawati</b> kekal langsing

Posted: 09 Aug 2012 06:14 PM PDT

Dapat dari majalah Rapi keluaran 1 Ogos 2012.
Jom kita baca temuramah antara wartawan majalah RAPI dengan Lisdawati,
semoga menjadi inspirasi buat akakni...

RAPI : Nyata Lis seorang yang pandai menjaga badan. Buktinya, lihat sahaja bentuk badan Lis. Masih tetap langsing dan fit. Sungguhpun Lis sudah mempunyai dua orang cahayamata namun Lis berjaya mengekalkan berat badan yang ideal. Apa rahsia yang Lis amalkan? Boleh kongsi dengan semua pembaca RAPI di luar sana.
LISDAWATI : Oleh kerana setiap hari saya sering 'dihimpit' dengan waktu jadi saya tidak berpeluang untuk bersenam di luar. Jadi apa yang saya lakukan ialah melakukan aerobik di rumah sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tetapi skipping memang saya lakukan setiap hari. Setiap satu sessi saya lakukan 200 kali skipping . Dalam sehari saya akan lakukan sekurang-kurangnya 1000 kali skipping. Walau bagaimanapun saya tidak menetapkan waktu-waktu tertentu untuk saya melakukan skipping kerana saya lakukan skipping mengikut waktu kelapangan. Jika waktu tengah malam ada masa lapang, saya akan lakukannya pada waktu itu. Bagi saya, lebih baik lakukannya pada waktu yang kita betul-betul ada kelapangan berbanding menetapkan waktu-waktu tertentu tetapi pada waktu tersebut kita sibuk atau terikat dengan urusan lain.

Rasanya mudah ajer kalau skippingni
 tapi alasan akak yang rajinni rumah akak kecik.
Tak sanggup mak mertua akak tengok akak berskipping depan dia..
kalau kat luar malu pulak nak terlompat-lompat maalumler bergegar nanti ...
padahal tali skipping dah beli duduk diam-diam dalam laci..
alahai... impian kurus yang semakin jauh...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan