Wan Sharmila - Google Blog Search |
Tirai HiduP PelaNgi Sepi: <b>Wan Sharmila</b> dibenci peminat - angkara <b>...</b> Posted: 27 Jul 2012 02:14 PM PDT Views Dek kerana sering membawakan watak antagonis dalam kebanyakan drama lakonannya, Wan Sharmila mengakui pernah di pandang serong oleh masyarakat sekeliling…… Ujar gadis kecil molek ini, senario sesetengah pihak berbisik dan kelihatan benci melihatnya bagai sudah menjadi kebiasaan. "Dulu orang 'benci' saya kerana watak Yvone menerusi drama bersiri Nora Elena. Kini, orang benci saya kerana Anida menerusi drama bersiri Seindah Sakura," selorohnya. Berbicara mengenai watak antagonis yang sering dijayakannya, pemilik nama Wan Sharmila Wan Mohamad ini berkata, ketika awal penglibatan sebagai pelakon wujud perasaan kurang selesa apabila dilabel sebagai perempuan jahat dan gedik. Namun, baginya semua itu membuktikan kredibiliti dalam bidang ini, selain pendorong untuk mencabar kemampuan diri. "Memang rasa tak selesa bila digelar perempuan jahat. Pernah satu hari, ketika sedang beratur untuk membeli minuman, ada beberapa orang berhampiran saya berbisik sesama sendiri sambil memandang ke arah saya. "Namun bila sering berdepan dengan pengalaman sama, saya rasa sudah biasa dengan situasi sebegini," jelasnya kepada Zass. "Kebetulan, saya terbaca sebuah blog yang menceritakan mengenai anaknya bertanya mengapa dia memotong rambut pendek seperti perempuan jahat di dalam televisyen. "Perempuan jahat yang dimaksudkan itu adalah saya kerana menerusi Seindah Sakura saya berambut pendek dan dia sering menonton drama itu bersama ibunya. "Bila saya baca, rasa tak seronok juga kerana saya boleh bayangkan, jika anaknya itu berjumpa saya tentu dia lebih takut," katanya. "Saya tidak kisah membawa watak seumpama ini. Bahkan saya tidak kesal kerana selalu diberikan tawaran untuk membawa watak perempuan yang jahat. "Memang orang akan meluat melihat lakonan saya, tetapi ia menerangkan bahawa lakonan saya berkesan dan menjadi. Namun dalam ada yang membenci, ada juga yang memberikan pujian. "Kata mereka, saya mampu menjiwai watak jahat dengan baik dan ia sangat sesuai dengan saya," kata pelakon berusia 31 tahun ini. Berb eza karakter BERBEZA menerusi lakonannya, anak kelahiran Johor Bahru ini sebenarnya seorang yang pendiam dan tidak gemar bergaul dengan orang lain. "Di dalam drama saya dikenali sebagai perempuan jahat, gedik dan banyak bercakap. Tetapi, di luar, saya adalah sebaliknya. Saya hanya akan bercakap dengan kawan-kawan yang rapat sahaja. "Malah, apabila mempunyai kawan baru, mereka terkejut kerana saya tidak sama dengan apa yang difi kirkan," katanya yang baru sahaja selesai penggambaran bagi drama bersiri Rock Kapak yang akan disiarkan di Astro Warna bermula 19 Jun ini. Rock Kapak bakal menggandingkan Wan bersama Jalil Hamid, Kazar dan Acong Sumber : boyzonne |
You are subscribed to email updates from Wan Sharmila - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan