Diana Danielle - Google Blog Search |
<b>Diana Danielle</b> Bakal Sambung Belajar Ke Australia Selepas <b>...</b> Posted: 23 Oct 2012 07:09 PM PDT Adakah selamat kami katakan yang Farid Kamil mengambil keputusan untuk bernikah awal adalah kerana Diana Danielle akan berjauhan selama setahun lamanya? Heh. Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Diana Danielle berkata yang beliau akan menyambung pelajaran ke bumi Australia awal tahun hadapan selepas selesai hal perkahwinan. Tunang kepada Farid Kamil ini akan melanjutkan pelajaran dalam jurusan produksi siaran langsung di National Institute of Dramatic Art (NIDA), Australia selama setahun. "Sebenarnya saya hanya mengambil kursus intensif & selepas kami berkahwin, saya akan sambung pelajaran sekitar awal tahun hadapan. Butirannya masih terlalu awal untuk dikongsi" "Namun, nampaknya, kami terpaksa berjauhan buat sementara selepas kahwin nanti. Itu pengorbanan yang harus dilakukan demi masa depan kami berdua," jelas Diana Danielle. Menariknya, Diana Danielle juga menyebut yang Farid Kamil akan turut melanjutkan pelajaran ke peringkat doktor falsafah di Malaysia dalam masa yang sama. Oh perfect! |
<b>Diana Danielle</b> Mahu Sambung Belajar Lepas Kahwin - Gua.com.my Posted: 21 Oct 2012 06:45 PM PDT Walaupun bakal berkahwin dan akan menjadi isteri tidak lama lagi, Diana Danielle juga berhasrat untuk tidak melepaskan peluang untuk menyambung pengajiannya di National Institue of Dramatic Art (NIDA) di Australia dalam bidang penerbitan. "Saya akan sambung belajar pada tahun hadapan di National Institue of Dramatic Art (NIDA), Australia dalam bidang 'production'. Jangka masa pengajian saya selama setahun."ujarnya ketika ditemui pada siri Jelajah Anugerah Skrin baru-baru ini. Dia juga berhasrat untuk menyambung belajar kerana mahu membantu bakal suaminya, Farid Kamil, selain hasratnya untuk membuka syarikat produksi sendiri. "Selain belajar untuk menambahkan ilmu saya juga belajar untuk membantu Farid dalam bidang produksi ini. Selain itu saya juga berhasrat untuk membuka syarikat produksi sendiri. Bukan apa, sampai bila saya nak berlakon, kerana berlakon ini ada masa surut, dan ada masa pula lebat,"katanya. Menurutnya juga, Farid Kamil akan menyambung belajar di peringkat PHD. "Farid juga akan sambung belajar di peringkat PHD. tetapi hanyalah di sekitar Kuala Lumpur sahaja. Walaupun kami berkahwin. ilmu tetap dicari dan saya tidaklah terlalu risau kerana tiket penerbangan untuk ke Sydney murah. Ramai juga pasangan yang sudah berkahwin tetapi masih lagi belajar. Sebelum kami lebih serius, Farid sudah tahu mengenai keinginan saya untuk menyambung pengajian di luar negara, dan memang dia faham dengan menyokong impian saya itu. Usia saya pun masih muda lagi, cuma perlulah berjauhan sedikit. Kalau saya dan dia mempunyai ilmu, bolehla kami berkongsi untuk masa hadapan."ujarnya mengakhiri perbualan. |
You are subscribed to email updates from Diana Danielle - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan