Nuffnang

Selasa, 16 Oktober 2012

Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


<b>Hans Isaac</b> Nafi Bercinta Dengan Neelofa - Gua.com.my

Posted: 15 Oct 2012 11:05 PM PDT

Aktor serta penerbit popular Hans Isaac menafikan beliau dan aktres jelita Neelofa sedang bercinta, sekaligus menepis dakwaan sebuah portal yang menulis kononnya beliau mempunyai hubungan yang serius dengan pengacara Nona itu.

Walau bagaimanapun, pemilik nama Gerald Hans Isaac ini mengakui masih di peringkat berkawan dengan pelakon filem Azura 2012 itu dan memberitahu tidak melihat hubungan yang terjalin ini akan sampai ke tahap yang lebih serius buat masa ini.

"Sejak dulu sampai sekarang saya sudah tegaskan yang saya dan Neelofa hanya berkawan. Sejauh mana perkenalan kami, itu adalah hal peribadi kami dan saya tidak selesa untuk menyentuh mengenai hal ini melainkan hal kerjaya saya kepada umum.

"Jika benar saya bercinta, saya akan maklumkan kepada semua dan tidak perlu untuk keluar sebarang gosip yang tidak benar," ujar pemuda berusia 41 tahun ini mengulas mengenai isu yang timbul.

GUA cuba menghubungi Neelofa bagi mendapatkan reaksi beliau mengenai hal ini namun telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi.

<b>Hans Isaac</b> Mengakui Hubungan Dengan Neelofa Kini Serius <b>...</b>

Posted: 14 Oct 2012 11:23 PM PDT

Macam soalan orang yang sangat naif lagaknya tajuk kami ini. Kalau sudah mengakui yang hubungan itu serius, pastinya cinta sudah terbit dalam hati masing masing.

Bercakap secara eksklusif kepada mStar Online hari ini, Hans Isaac mengakui yang hubungan antara beliau dan Neelofa kini memang sesuatu yang serius.

Namun, Hans Isaac memilih untuk berdiam diri tentang kisah hubungan itu selama ini kerana serik dengan kegagalan dalam percintaan yang beliau alami sebelum ini.

"Saya tidak menafikan kami memang berkawan secara serius ketika ini. Tetapi, saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai sejauh mana hubungan kami kerana ia terlalu peribadi"

"Cukuplah, saya sudah serik untuk berkongsi kisah peribadi kerana selama 20 tahun bergelar artis, terlalu banyak yang saya kongsi cerita hubungan cinta terdahulu tetapi akhirnya saya juga yang dipertikaikan itu dan ini," ujar Hans Isaac.

Menjawab gossip bercuti bersama Neelofa ke Koh Samui, Thailand baru baru ini Hans Isaac berkata beliau tidak bodoh & tidak sensitif akan budaya untuk bercuti berdua sahaja.

"Tiada apa yang hendak saya katakan mengenai gosip itu. Biarlah kerana saya sudah lalui macam-macam gosip sebelum ini," tambah beliau lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan