Nuffnang

Selasa, 30 Oktober 2012

kumpulan Jinbara - Google Blog Search

kumpulan Jinbara - Google Blog Search


Berita terkini <b>kumpulan</b> rock terkenal <b>JINBARA</b> tidak bimbang <b>...</b>

Posted: 12 Oct 2012 06:43 PM PDT

PEREDARAN aliran muzik di seluruh dunia kini dilihat semakin berkembang dengan pesat dan kehadiran bakat baru memperjuangkan muzik mereka yang tersendiri sememangnya memberikan warna-warni dalam industri hiburan.

Di Malaysia juga turut merasa tempiasnya apabila bakat baru yang hadir dengan pelbagai idea yang lebih kreatif kini boleh dikatakan semakin berani tampil mengetengahkan kebolehan mereka.

Maka tidak hairanlah perkembangan itu sedikit sebanyak mempengaruhi cita rasa peminat yang kini lebih gemar memilih aliran muzik baru yang lebih segar seperti 'electropop, dance, electro house' dan sebagainya.

Namun bagaimana pula dengan nasib penyanyi dan kumpulan yang sudah lama berkarya dalam industri ini? Adakah nama dan bakat mereka akan terus dilupakan?

15 tahun memperjuangkan muzik yang dibawa, kumpulan yang suatu ketika dulu popular dengan lagu Farhana (Puteri Bumi Kenyalang), Jinbara tidak pernah bimbang dengan keadaan itu malah mereka menganggap ia sebagai satu perkembangan yang positif.

Menurut Mohd Jeffry Johari, 38, atau Cepot, kehadiran muzik yang pelbagai seperti hari ini adalah satu petanda baik yang sedang berlaku dalam industri muzik tempatan.

"Kami tidak lihat perkembangan ini sebagai satu masalah buat kami kerana bagi saya, kita memerlukan genre muzik yang berbeza untuk memeriahkan lagi industri muzik dan sebagai seorang penggiat seni, kita seharusnya bersedia dengan perkara ini.

"Kami mengambil perkara itu sebagai satu cabaran untuk bersaing secara sihat supaya nama Jinbara akan terus kekal dalam industri ini.

"Kami percaya pada rezeki Jinbara. Apa yang penting kami mahu teruskan perjuangan sebagai tanda penghargaan buat peminat yang tidak jemu-jemu menyokong kami sehingga ke hari ini," katanya.

Persembahan di luar bandar

Mungkin ramai yang tertanya-tanya ke manakah hilangnya kumpulan ini kerana kemunculan mereka jarang dilihat menerusi kaca televisyen.

Namun pada hakikatnya, kumpulan yang terdiri daripada lima anggota iaitu Syamsul Bakhtiar Zakaria (Tia – Vokalis),

Mohammad Jeffrry Johari (Cepot – Gitaris), Abdul Halim Hassan (Anjang – Gitaris), Mohd Nizam Mohd Nor (Akin – Bass) dan Shahrin Sabudin (Ahtan – Drum) sehingga kini masih lagi bergerak aktif membawa muzik mereka.

Menurut Cepot, walaupun jarang tampil dengan sebarang program mahupun rancangan hiburan di televisyen, namun rezeki membuat persembahan pada majlis-majlis tertentu begitu menyebelahi mereka.

"Alhamdulillah, kami sering mendapat tawaran buat persembahan untuk menghiburkan peminat yang berada di luar bandar Kuala Lumpur.

"Kalau boleh, kami tidak mahu terlepas satu pun tawaran seperti itu kerana peluang untuk menghiburkan peminat di luar bandar mungkin jarang-jarang. Lagi pun bukan senang mahu menghiburkan peminat secara langsung di luar bandar," katanya.

Menyentuh mengenai masa, Cepot mengatakan walaupun ke semua anggota kumpulan sibuk dengan komitmen masing-masing, mereka tetap akan bersatu menguruskan masa dengan baik supaya aktiviti nyanyian dapat berjalan seperti biasa.

"Pada kebiasaannya, kami akan diberitahu awal sama ada perlu membuat persembahan di mana-mana majlis. Jika ada tawaran kami akan meluangkan masa bersama untuk menjalani latihan.

"Kami akui bukan mudah sesebuah kumpulan untuk bertahan dalam industri ini. Keserasian dan persefahaman amat penting bagi memastikan anggota kumpulan terus berkekalan," katanya.

 Kecewa cetak rompak

Berkongsi cerita mengenai perjalanan Jinbara dalam industri hiburan sejak 2001 hingga kini, Cepot mengakui pengalaman mereka yang bermula dari bawah sememangnya penuh dengan pelbagai cabaran.

Katanya, sehingga kini mereka masih lagi belum merasai kepuasan yang diidamkan dalam karier nyanyian.

"Pada kami, selagi gejala cetak rompak masih mendapat perhatian peminat muzik tempatan, selagi itulah kami belum mencapai kepuasan.

"Jika peminat terus menyokong cetak rompak, itu bermakna mereka masih belum tahu menilai dan menghargai karya kami dengan sebaik mungkin," katanya.

Tambahnya, kewujudan pihak yang tidak bertanggungjawab mencuri hasil karya daripada titi peluh artis buat mereka memendam rasa dan kecewa dengan gejala tidak sihat itu.

"Walaupun kecewa, tapi tidak bermakna kami akan berputus asa memperjuangkan muzik kami selagi termampu. Saya mahu semua peminat membuka mata untuk lebih menghargai karya semua penyanyi yang ada.

"Mesej yang sama juga turut kami bawa kepada peminat ketika menerima undangan mahupun tawaran membuat persembahan di luar bandar dan mengharapkan ia akan beri kesan yang positif," ujarnya.

Kolaborasi Metal

Menyentuh mengenai perkembangan buah tangan terbaru mereka 'Kolaborasi Metal' yang telah dilancarkan sejak Jun lalu, Cepot yang turut terlibat dalam lagu 'Hilang' sebagai vokalis mengatakan setakat ini penjualan album tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat.

"Kami bersyukur dengan rezeki yang ada dan sambutan yang diberikan oleh peminat setia kami sememangnya tidak menghampakan.

"Setakat ini kami masih lagi belum mendapat sebarang maklumat terbaru mengenai penjualan album kami yang sebenar dari pada pihak Warner Music Malaysia, namun berdasarkan jumlah muat turun lagu 'Milik Siapakah Gadis Ini' telah mencecah 50 ribu," katanya.

Selain daripada itu, Jinbara difahamkan bakal beraksi membuat persembahan pada malam Piala Malaysia yang akan berlangsung pada 20 Oktober ini di Stadium Shah Alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan