Nuffnang

Khamis, 25 Oktober 2012

Neelofa - Google Blog Search

Neelofa - Google Blog Search


<b>Neelofa</b>-Anzalna Bertentang Mata Selepas Tiga Bulan Bermaafan

Posted: 17 Oct 2012 09:21 AM PDT

 

..

Masih ingat pada kontroversi sengketa antara dua bekas 2010/11 ini? Ya, masa kan anda tak ingat. Tapi anda boleh lupakan kerana Neelofa dan Anzalna sudah pun berdamai. Ya, itupun ramai yang tahu. Walaubagaimanapun masih ada cakap-cakap belakang mengenai kebenaran sejauh mana mereka sudah berbaik? Ini kerana, sewaktu pertemuan di majlis bermaafan kira-kira tiga bulan lalu, tiada salam dihulur baik dari Lofa mahupun Anzalna. Malah mereka berdua mengelak dirakam gambar bersama.

Namun petang semalam, segala spekulasi terjawab apabila Neelofa dan Anzalna secara kebetulan bersua di majlis sidang media Anugerah Skrin 2012 yang diadakan di hotel Royal Bintang e@Curve, Damanasara.

Menerusi reaksi Neelofa dan Anzalna, nampak gaya mereka sudah melupakan atas apa yang berlaku. Bahkan kedua-dua pelakon itu bersikap profesional apabila bersedia untuk bergambar bersama buat kali pertama selepas tamatnya sengketa antara mereka.

Bercakap kepada malaysiandigest.com, Anzalna berkata ketika bertentang mata dengan Neelofa, dia mengganggap pertemuan dengan bintang Kau Yang Terindah itu seperti berjumpa kawan baru.

..

"Tadi baru jumpa dia, saya anggap dia macam kawan baru. Saya dah tak ingat lagi dah pasal perkara (kontroversi) tu. Saya dah buka buku baru. Tak mahu kontroversi atau gosip nak fokus pada kerjaya. Sekarang ni pun orang dah mula kenal saya menerusi drama-drama saya.

"Sebenarnya lepas daripada kes tu, ada media yang mahu buat sesi fotografi dengan kami. Tapi waktu tu, dia (Neelofa) tak dapat penuhi permintaan sebab dia sibuk dengan shooting. Jadi bila tadi (semalam) jumpa, kami okay", kata Anzalna sambil tersenyum.

Begitu juga dengan Neelofa yang memberitahu dia langsung tidak menyimpan dendam serta sudah pun melupakan apa yang berlaku.

..

"Masa raya hari tu bila ada orang interviu saya bertanya tentang bermaaf-maafan, daripada situ saya dah lupakan semua pasal perkara tersebut. Sebelum perkara tu berlaku pun, kami kawan baik. Saya rasa soal gaduh-gaduh ni semua orang pun pernah alami dengan kawan baik diorang, kan. Terpulang pada masing-masing macam mana kita berdepan ngan situasi tu.

"Setiap orang buat silap, dan kita masing-masing pun dah mengakui kesilapan kita. Jadi kita mulakan lah balik persahabatan ni", katanya yang akan berganding dengan Awal Ashaari bagi mengacarakan Anugerah Skrin 2012 pada 9 November ini.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan