Nuffnang

Selasa, 20 November 2012

Aliff Aziz - Google Blog Search

Aliff Aziz - Google Blog Search


Anne Ngasri Dan <b>Aliff Aziz</b> Sudah Berpisah | OHBULAN!

Posted: 23 Sep 2012 05:43 PM PDT

Menerusi laporan media Murai.com semalam, Anne Ngasri mengaku sudah berpisah dengan Alif Aziz. Namun begitu, Anne enggan mengulas lebih lanjut punca perpisahan mereka kerana menganggap segalanya adalah terlalu peribadi untuk dikongsi kepada umum.

"Benar, saya dan dia (Aliff Aziz) kini sudah pun putus (membawa haluan masing-masing) dan saya anggap sudah tiada jodoh di antara kami," jawab Anne Ngasri ringkas.

Disamping itu, Anne turut akui keputusan berpisah dengan Aliff, bukanlah atas tekanan atau desakan sesiapa. Semuanya hanya melibatkan dirinya dan Aliff sahaja. Dalam laporan yang sama, Anne turut meminta agar hal peribadinya tidak dijadikan isu lagi selepas ini.

Pada bulan Ogos lalu OHBULAN! pernah mengeluarkan berita kononnya Anne Ngasri menerima Aliff Aziz atas dasar gentleman dan menganggap penyanyi tersebut bersikap lebih matang dripada usianya. Selain itu, Aliff turut pernah mengeluarkan kenyataan yang dia juga ikhlas dalam perhubungannya bersama Anne.

Nampaknya segala pujian dan kata-kata manis tersebut telah ternoktah setakat ini sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan