Nuffnang

Ahad, 18 November 2012

Sara Ali - Google Blog Search

Sara Ali - Google Blog Search


<b>Sara Ali</b> Terpaksa Jadi Pelakon Stereotaip – Perak Today

Posted: 13 Nov 2012 06:06 PM PST

Pelakon Sara Ali bersetuju dengan persepsi segelintir pihak yang menyifatkan lakonannya sebagai stereotaip selepas dua tahun berkecimpung dalam bidang seni.

Sara, 22, berkata, dia menyedari perkara itu tetapi tidak mengamalkan sikap memilih tawaran yang diterima kerana masih baru dalam bidang lakonan.

"Saya akur dan terima pandangan itu. Malah, saya sendiri bersetuju kalau orang mula melihat gaya lakonan saya hampir sama pada tawaran-tawaran yang diterima.

"Saya percaya hal ini terjadi kerana saya menerima karakter yang lebih kurang sama tetapi sebagai orang baru apa yang dapat saya lakukan?

"Takkan pula saya hendak jadi seorang yang memilih watak sehingga boleh menjejaskan reputasi dan pendapatan?" katanya ketika ditemui mStar Online, baru -baru ini.

Aktres filem Songlap ini berkata, senario penghasilan skrip dan watak drama televisyen dan filem yang terhad dan kurang variasi di negara ini menjadi punca utama dia terpaksa melakonkan watak yang lebih kurang sama berulang-kali.

"Tiada lagi karakter yang saya jayakan sehingga kini berbeza dan unik selepas filem Songlap.

"Jika pengarah berpuas hati dengan apa yang saya berikan dalam lakonan, apa lagi yang boleh saya buat? Tetapi itu tidak bermakna saya selesa dengan tahap lakonan sekarang," katanya.

Justeru itu, Sara berkata, dia mengambil pendekatan untuk berehat seketika sehingga menerima tawaran yang unik dan belum pernah dijayakan.

"Saya tidak mahu terus 'melekat' dengan watak yang sama sahaja sehingga menimbulkan persepsi sedemikian (stereotaip).

"Buat masa ini biarlah saya berehat seketika sehingga menerima tawaran watak yang berlainan dan menonjolkan lakonan berbeza daripada saya," katanya.

-mStar Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan