Fouziah Gous - Google Blog Search |
<b>Fouziah Gous</b>: Soal Kahwin, Saya Memang Memilih! Posted: 20 Dec 2012 04:00 AM PST berita | Tempatan Jangan Tak Lihat Teks oleh Syafiqah Jalal Foto oleh NSK Sdn Bhd KUALA LUMPUR, 20 DIS 2012: Meskipun belum mempunyai calon suami, namun pelakon jelita, Fauziah Gous akui dia sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga, apatah lagi dalam usia yang telah mencecah 30 tahun ini. Namun, Fouziah Gous berkata, dia perlu memilih yang terbaik sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga. "Terus-terang dari segi mentally saya sudah bersedia untuk berkahwin dan hati saya memang nak kahwin tetapi tiada jodoh lagi. Saya seorang yang memilih dan sudah semestinya saya nak pilih yang terbaik untuk hidup saya. "Malah, saya juga seorang yang susah untuk jatuh cinta kerana cinta itu terbit jika saya dan pasangan mempunyai aura dan chemistry yang kuat," katanya kepada murai.com.my ketika ditemui di lokasi penggambaran filem Sunti @ Facebook di rumah lama Quarters JKR, Taman U Thant, baru-baru ini. Sebelum ini, Fouziah Gous dilanda kontroversi apabila dia dikatakan sudah berkahwin dengan jejaka berstatus VVIP. Namun, pelakon 2 Hati 1 Jiwa ini sekeras-kerasnya menafikan gossip itu dan kesal apabila ada pihak yang sengaja menimbulkan isu sensitif seperti ini. "Rasanya gosip ini sengaja diwujudkan. Mungkin saya tidak ada gosip untuk diketengahkan, jadi timbul isu mengatakan saya telah berkahwin secara senyap. Kalau saya nak kahwin pun, saya akan pastikan perkara baik seperti ini diketahui ramai dan tidak perlu dirahsiakan. "Malah, kalau betul saya dah kahwin, sila kemukakan bukti yang mengatakan saya sudah pun berkahwin, tak perlu cakap tanpa bukti. Saya rasa kelakar tentang perkara ini dan saya tidak ambil serius, lainlah kalau perkara itu betul-betul berlaku," jelasnya lagi. Mengenai perkembangan terbarunya, Fouziah Gous barus aja selesai menjalani penggambaran filem Sunti @ Facebook yang dibarisi pelakon lain seperti Izzue Islam, Lufya Omar, Jenny Cotez, Anas Mentor, dan juga Syazwan Zulkifli. |
You are subscribed to email updates from Fouziah Gous - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan