Nuffnang

Khamis, 6 Disember 2012

Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


<b>Pierre Andre</b> Terbitkan Novel Berunsurkan Islam - Gua.com.my

Posted: 04 Dec 2012 06:03 PM PST

"Buat masa sekarang saya sedang fokus untuk menerbitkan sebuah novel yang berunsurkan keIslaman. Judulnya diberi nama 'Road to Darussalam' dan setakat ini 15% telah disiapkan dan bakal dilancarkan pada tahun hadapan," ujar Pierre Andre ketika ditemui semasa tayangan perdana 'Strawberi Cinta' baru-baru ini.

Beliau yang merupakan seorang pelakon dan pengarah filem merasa terpanggil untuk menerbitkan sebuah novel berunsurkan keIslaman kerana baginya itu adalah dakwah dan tanggungjawabnya sebagai seorang yang beragama Islam. Beliau juga begitu teruja semasa menghasilkan novel tersebut yang merupakan sebuah novel motivasi bercirikan Islamik.

                

"Sebenarnya sudah lama saya ingin menulis tetapi kerana faktor kerjaya, hasrat saya itu terbantut seketika. Dan sekarang saya sudah mula menulis balik dan bagi saya menulis ini merupakan satu kepuasan di mana saya boleh luah apa yang ingin saya luahkan kerana dalam filem tidak semua saya boleh terjemahkan ke dalam naskhah filem atas faktor-faktor tertentu. Apabila saya membaca kitab tafsir Al-Quran saya menganggapnya sebagai sebuah buku dan ianya amat menarik untuk dibaca dan diteliti."

Ditanya kemungkinan beliau akan berhenti berlakon, ini komennya: "Saya tidak akan berhenti berlakon dan akan terus berlakon dan menyampaikan saluran dakwah saya melalui karya lakonan. Tetapi filem-filem yang akan saya lakonkan selepas ini mestilah ada hadnya kerana saya lakukannya untuk berdakwah."

                 

Selain itu, beliau juga akan mengehadkan babak-babak dalam lakonan seperti berpegangan tangan bersama pelakon wanita dan sebagainya. Pierre berkata cabarannya selepas berhijrah adalah 'mulut orang' dan baginya dia tidak kisah apa yang ingin orang perkatakan kerana baginya, dia lebih mengenali dirinya.

Menyentuh tentang isu perkahwinan, Pierre juga ingin menamatkan zaman bujang tetapi menurutnya, masih terlalu awal baginya untuk memperkatakan tentang bakal isteri. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan