Sazzy Falak - Google Blog Search |
Corat-Coret Percutian <b>Sazzy Falak</b> | EH! Posted: 27 Dec 2012 01:11 AM PST 1. Apa yang mesti bawa kala bercuti? Pasport, helaian asas, sehelai gaun yang cantik, dua pasang kasut (sepatu leper dan tumit tinggi), toiletries saiz kembara, kit solekan asas, topi (fedora atau cowboy hat), sedikit aksesori (yang boleh dipadankan dengan semua helaian) dan kad kredit. 2. Destinasi percutian paling menarik pernah dikunjungi? Oh gosh! Semuanya menarik. Tetapi saya cukup sukakan pengalaman ke Los Angeles dan Dublin, Ireland. 3. Destinasi idaman? Ada beberapa, tetapi saya memang teringin mahu ke Amsterdam dan New York. 4. Mesti buat kala bercuti? Sightseeing dan tentu sekali membeli-belah. 5. Berapa lama biasanya masa diambil sewaktu bercuti? Paling ideal tujuh hingga ke 10 hari. 6. Peruntukan percutian (bajet)? Bergantung ke mana saya pergi. Jumlah yang dibelanjakan mungkin kurang andai bercuti di sekitar Asia (kecuali destinasi mewah seperti Jepun). Untuk Eropah dan Amerika, tentunya lebih banyak perlu dibelanjakan. 7. Anda sukakan percutian yang mencabar, relaks atau elegan? Semuanya. Saya memang suka mengembara dan saya sukakan semua jenis percutian.
8. Tip percutian yang mahu dikongsi? When in Rome, do what the Romans do. Pelajari adat dan budaya serta cara kehidupan mereka. Hanya dengan itu anda akan merasai cara hidup mereka sekali gus memahami dunia mereka dengan lebih dekat. |
You are subscribed to email updates from Sazzy Falak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan