Nuffnang

Ahad, 27 Januari 2013

Bunkface - Google Blog Search

Bunkface - Google Blog Search


<b>Bunkface</b> Rela Kena Maki Demi Pertahankan Muzik Tempatan

Posted: 27 Nov 2012 09:57 AM PST

..
Kumpulan Pop Punk, Bunkface meluahkan rasa kecewa mereka dengan senario industri muzik tempatan kini yang lebih membuka peluang kepada artis luar berbanding artis tempatan. Tiga anak muda ini berpendapat kemasukkan artis antarabangsa juga muzik KPop yang semakin berleluasa hari demi hari seolah-olah 'membunuh' pemuzik-pemuzik tempatan.

Kerana itu tidak hairanlah sejak-sejak akhir ini, Sam, Pa'an dan Youk lantang dan dilihat bersikap prejudis terhadap muzik luar atau sesiapa saja artis yang datang dan mengadakan konsert di sini. 

"Industri kita sekarang semakin kurang menghargai artis tempatan. Sebaliknya terlalu senang 'membuka pintu' untuk orang luar. Kita tak salahkan 100% peminat yang nak dengar KPop atau Justin Bieber dan sebagainya. Cuma kami minta pihak bertanggungjawab hadkan kemasukkan muzik luar. Dan beri peluang kepada pemuzik tempatan. Berilah peluang kepada artis-artis baru kita.

"Macam mana peminat nak sayang dan hargai muzik tempatan kalau kerap di sogok dengan muzik luar. Kami bukan bercakap untuk kami sahaja tapi juga untuk artis-artis tempatan akan datang. Kami bimbang peminat akan terus lupakan industri muzik kita. Sebab itu, kami rela kena maki kerana kami nak pertahankan industri muzik kita", kata Sam mewakili dua lagi temannya.

Bunkface ditemui pada majlis pelancaran album Bunk Not Dead versi Agumented Reality (AR) yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, di Bukit Bintang, semalam.

Dalam pada itu ketika diminta mengulas mengenai kegagalan mereka mara ke peringkat final Anugerah Juara Lagu ke-27, Sam berkata kemungkinan dek kerana kontroversi yang pernah melanda lagu berjudul Panik itu antara penyebab mereka gagal melayakkan diri ke peringkat akhir.

. .  
"Mungkin juga sebab kontroversi lagu itu. Tapi kami tak kutuk sesiapa pun dalam lagu tu. Siapa yang makan cili dia lah yang terasa pedasnya. Apa yang penting pada malam itu kami dah cuba sehabis baik. Cuma kami jangka tahun ini banyak band yang akan mara ke final sebab lagu-lagu dari band juga sedap dan tak kurang hebatnya tapi artis solo yang lebih ramai", kata Sam.

"Mungkin juga lagu lain lebih bagus dan sedap. Mungkin juga lagu kami tak cukup patah seribu", celah Youk secara berseloroh.

Sementara itu menyentuh mengenai album AR mereka, trio anak muda ini telah membelanjakan sebanyak RM200,000 bagi melaksanakan projek album Bunk Not Dead versi aplikasi teknologi Agumented Realiti (AR) pertama di Asia. Pelaburan tersebut merangkumi tenaga kerja produksi, karyaseni dan termasuklah applikasi khas Blippar. Sekali gus ia sebagai satu langkah berani trio anak muda ini dalam dunia perniagaan.

"Mana-mana perniagaan pun ada risikonya. Dan kami sedar apa yang kami lakukan ini ada risiko tapi ini sebagai perjudian kami untuk memberikan sesuatu yang berlainan kepada peminat. Ini juga salah satu langkah mencegah cetak rompak. Selain tekonologi ini sebagai salah satu cara kami lebih dekat lagi dengan peminat-peminat kami", ujar Sam.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir menerima cenderahati daripada BunkfaceTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir menerima cenderahati daripada Bunkface
Menariknya, aplikasi yang membolehkan pengguna mengimbas kulit album terbaru mereka di telefon pintar dan peminat boleh berinteraksi dengan kumpulan itu secara digital. Peminat hanya perlu memuat turun aplikasi Blippers ke dalam telefon pintar yang menggunakan sistem IOS dan Android bagi membolehkan mereka berinteraksi terus tanpa perlu memasuki laman web lain untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Bunkface.

Selain AR Blippable album Bunkface ini juga menampilkan video eksklusif Dunia yang hanya boleh di tonton melalui album AR ini. Selain turut dimuat dengan "real-time update" oleh Bunkface seperti jadual lawatan band, berita, kandungan eksklusif yang dikemaskini dan juga menghubungkan mereka terus kepada peminat mereka secara interaksi langsung melalui platform media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram hanya dengan sekali Blipp. Keupayaan AR ini serta potensinya adalah tidak terhad dan tidak terbatas.

"Walaupun AR ini masih baru dikalangan penduduk Asia tetapi kami yakin ia akan menjadi satu kegilaan kerana ia sangat mudah dan memberikan banyak manfaat kepada pengguna", tambahnya lagi.

- mD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan