Fauzi Nawawi - Google Blog Search |
Rita Rudaini Tak Matang – <b>Fauzi Nawawi</b> | MyNewsHub Posted: 16 Jan 2013 07:34 PM PST Semalam, baru saja Mynewshub.my melaporkan yang aktres Rita Rudaini dan Lisdawati sudah berdamai dan bersetuju untuk berlakon sama dalam drama arahan Murali Abdullah, Kerana Sarah. Namun, tidak tahu pula yang suami kepada Lisdawati iaitu Fauzi Nawawi turut berlakon sama dalam drama berkenaan. Patutlah Rita ada mengeluarkan syarat, yang dia tidak mahu Fauzi Nawawi berada di set pengambaraan ketika dia berlakon. Susulan daripada syarat itu, melalui Harian Metro, hari ini, Fauzi berpendapat yang Rita tidak matang. "Sikap dia seperti budak belum matang. Saya sendiri tidak faham apa masalahnya sampaikan tidak mahu saya berada di lokasi penggambaran ketika dia ada. "Saya tiada masalah dengannya dan boleh bekerja dengan sesiapa saja. Lakonan adalah karier saya, jadi apa jua situasi yang berlaku, saya kena menempuhnya," katanya. Bagaimanapun, Fauzi bersikap profesional dan menghormati permintaan Rita. Tambahnya lagi, skrip asal menampilkan mereka bertiga dalam drama itu tetapi ia dipinda atas permintaan Rita. Malah, Fauzi turut berharap tiada kejadian yang tidak diingini yang berlaku antara isterinya dan Rita. Lisdawati dikatakan tidak mempunyai masalah berlakon bersama Rita dan penggambaran yang membabitkan dirinya dengan Rita turut berjalan lancar. Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN Iklan Teks:Artikel Berkaitan:PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
You are subscribed to email updates from Fauzi Nawawi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan