Izreen Azminda - Google Blog Search |
<b>Izreen Azminda</b> Tak Mahu Terlalu Teruja Dengan Kehamilan <b>...</b> Posted: 21 Nov 2012 04:00 PM PST Semalam pelakon cantik Izreen Azminda telah berkongsi foto kehamilannya yang sedang berusia lima minggu menerusi laman Instagram. Bagi mendapatkan keterangan lebih lanjut mengenai perkara tersebut, pihak OHBULAN! telah menghubungi Izreen dan dapatkan kenyataan daripadanya berhubung perkara itu. "Mula-mula saya rasa sakit di bahagian perut, ingatkan sebab nak datang bulan. Tapi bila dah berhari-hari tak juga datang, saya ambil keputusan untuk buat pemeriksaan di klinik sakit puan. Bila doktor sahkan saya hamil lima minggu, saya merasa begitu terkejut dan gembira sangat. "Lepas dapat tahu perkara tersebut, orang pertama yang saya hubungi adalah keluarga." "Tapi saya tak nak terlampau teruja, sebab orang tua-tua ada cakap, tak elok gembira sangat sebab kandungan masih di peringkat awal. Macam mana pun saya tetap bersyukur dan tak sangka dengan rezeki ini," ujar Izreen. Memandangkan Izreen sudah berbadan dua, timbul juga persoalan adakah aktres ini akan berehat daripada bidang lakonan dan ingin tumpukan sepenuh perhatian pada kandungan pertamanya? "Sekarang saya tengah jalani penggambaran drama 'Sehangat Asmara.' Saya terima tawaran ini pun sebab jadual penggambarannya tak terlalu padat dan ada masa untuk berehat. Jadi tak ada masalah untuk teruskan penggambaran tersebut." "Tambahan pula saya seorang yang tak suka duduk diam. Saya seorang yang lasak. Tapi mungkin selepas ini saya akan cuba berehat dan tak terlalu membuat kerja berat." Mengulas lebih lanjut mengenai kehamilan pertama ini, Izreen akui sikapnya menjadi sedikit berubah dan perkara tersebut turut dirasai oleh suaminya.
Oleh kerana ini adalah kehamilan pertama buat Izreen, justeru itu dia telah mengambil keputusan untuk belajar serba sedikit mengenai proses kehamilan dan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang. Izreen turut akui akan menjaga polar pemakanan yang sihat agar kandungannya tidak terjejas. "Sebenarnya saya memang suka makan makanan pedas. Tapi bila dah mengandung, saya akan cuba kurangkan dan tak terlalu mengambil minuman yang berais. "Saya akan rujuk serba sedikit dengan ibu dan mak mertua saya tentang segala pantang larang ketika mengandung. Lagipun ini adalah kandungan pertama saya, jadi banyak perkara yang perlu saya pelajari." |
You are subscribed to email updates from Izreen Azminda - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan