Nuffnang

Jumaat, 11 Januari 2013

Saiful Apek - Google Blog Search

Saiful Apek - Google Blog Search


<b>Saiful Apek</b> Simpati Nasib Yang Menimpa Uji Rashid | Jom Berita.Com

Posted: 06 Jan 2013 07:39 AM PST

Selepas beberapa artikel mengenai kontroversi melibatkan pengganti Yunalis Zarai di pentas Anugerah Juara Lagu ke 27 pada Ahad ini dinaikkan di portal murai.com.my, nampaknya berbagai komen diterima.

Dalam pada Murai Batu duk membaca komen-komen tersebut, tiba-tiba seorang 'informer' memberitahu ada juga golongan artis yang tidak bersetuju dengan tindakan penganjur yang menggantikan tempat Uji Rashid (yang sepatutnya menyanyikan lagu Terukir Di Bintang)dengan penyanyi Aizat di saat-saat akhir.

Kata 'informer' tersebut, orang yang dimaksudkan ialah pelakon dan pelawak terkenal Saiful Apek dan perkara itu diluahkan di laman sosial Facebooknya – Saiful Apek Official Fan Page. Tanpa berlengah lagi Murai Batu terus menjengah ke Facebook yang diperkatakan oleh 'informer' tadi.

Ternyata apa yang disampaikan adalah benar dan ini antara yang diluahkan di laman Facebook tersebut: "baru b'sama luahan & tangisan biduanita t'knl Uji Rashid, yg tlh ditawarkn sndiri oleh Yuna & kluarga, utk menyanyikan lagunya smpena AJL tdk lma lg. nmun bliau adlh org t'akhir, diumumkn oleh phk p'anjur, bhwa khidmat bliau sdh tdk dprlukn lg ats p'setujuan smua phk. stlh bliau sndiri b'gadai nyawa klr dr wad hsptl ktika dlm keadaan yg blm btul2 sht, hnya utk m'hadiri smua sessi p'sdiaan yg d'ptggjwbkn pdnya.."

Dalam ayat yang sama turut terdapat tanda tanya yang berbunyi begini: "P'soalannya : bginikah etika & adab kita sbg manusia b'ilmu & b'jariah, dlm m'bri p'hormatan & p'hargaan pd mreka2 yg msh lg b'nyawa, prnah b'jasa m'bri sumbangan pd industri & juga pd ekonomi negara, yg sbnarnya tiada nilai dgn wang ringgit?! ALLAHUAKBAR."

Murai Batu cuba mendapatkan Saiful Apek mengenai kenyataan yang dikeluarkan, tetapi panggilan tidak berjawab. Mungkin sedang menjalani penggambaran atau tidak berada berdekatan telefonnya, Murai Batu pun tak pasti.

Bagaimanapun, Murai Batu harap kenyataan Apek itu tidak disalah erti oleh mana-mana pihak buat masa ini kerana ia dikeluarkan di Fanpage beliau, risau juga kalau kenyataan tersebut bukan datangnya daripada pelawak itu sendirikan?. – Murai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan